Be My Friend :)

12 October 2011

gila beli buku

aku gila beli novel sejak dua menjak nih. x pasal2 untuk bulan lepas jer aku 'terbeli' 5 buah novel (habis duit gaji aku!)..huhu...tu belum termasuk beli majalah2 dan buku2 untuk my daughter sama..sebab dia selalunya akan jeles..kalau beli buku aku, mesti beli jugak buku untuk dia sebab bila kat rumah boleh lepak sama2 atas katil baca buku masing2..hehe..bulan ni pun aku dah 'terbeli' (lagi) 2 novel lain pulak..dan untuk mengelakkan aku 'terbeli' novel tiap2 minggu, novel terakhir yang aku beli minggu lepas is novel bahasa inggeris setebal 612 ms sebab kalau buku inggeris lambat sket aku nak berjaya habiskan...so selamatlah 2-3 minggu tanpa beli novel baru.. adooi..

so antara 5 buah buku di atas.. yang paling best is Baju Melayu Hijau Serindit by Syud. Aku bagi 4.5 bintang untuk novel nih. Ceritanya menarik, bahasa yang digunakan pun simple dan bersahaja. Thumbs up for Syud!..dan buku yang kedua best is Contengan Jalanan by Hlovate sebab aku suka semua novel tulisan Hlovate sebenarnya. Cuma naskah terbaru tulisan Hlovate ni agak complicated sebab ada antara alat2 muzik yang diceritakan dalam novel tu aku tak tau sebab aku bukan musician..dan ada antara lagu2 yang dia sebutkan dalam tu jugak aku x pernah dengar sebab i'm not listening to that kind of song. tapi jalan ceritanya menarik dan mesejnya bagus. Novel ni pun secara kreatifnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian (i) story by Fend and another section (ii) is a story by K2...so untuk novel terbaru karya Hlovate ni aku bagi 4 bintang! yang 3 novel lagi tu..boleh tahan la ceritanya kalau korang nak baca.. huhu..(sorry)..so starting minggu lepas dan at least 2-3 weeks more, aku akan stuck baca The Brightest Star In The Sky by Marian Keyes la nampaknya..hehe..(padan muka aku).. :P

2 comments:

Naja said...

besttttttttt.. aku gila beli buku gak dua tiga bulan lepas, pastu gia takdan baca ! huhuhuhu..ada novel yg tak koyak plastik lgpun... memang gila !

umieliza said...

tingat last beli buku doc in the house.. x habis baca lagi pun..last2 wat hiasan jer buku tu.