Be My Friend :)

12 September 2011

Taiwanese Drama Review: Love Keeps Going

Selain dari drama korea dan jepun, aku juga ada tengok drama taiwan sebab pelakon2 Taiwan pun hensem2 dan lawa2 juga. lagipun bahasa mandarin yang digunakan senang nak faham sebab aku tau juga bahasa mandarin ni sebenarnya (sikit2 jer pun)..hehe.. dan baru2 ini aku tengok drama best ni di internet. Drama Love Keeps Going ini ada 11 episode kesemuanya dan dilakonkan oleh Mike He yang hensem tu sebagai Han Yi Lie dan Cyndi Wang sebagai Zha Mei Le. Ceritanya telah diadaptasi dari sebuah novel dari Taiwan yang bertajuk Wang's Love Song.

Drama ini mengisahkan mengenai Mei Le yang sangat baik dan pandai. Dia mulanya bercinta dengan abang Yi Lie iaitu Han Yi Feng lakonan Eli Shih dan mereka berdua kemudiannya membuka sebuah kedai roti bersama2. Dari situlah dia kenal dengan adik Yi Feng yakni Yi Lie iaitu seorang komposer terkenal yang sangat berlagak. Hubungan diorang ni yang pada awalnya membenci antara satu sama lain bertukar menjadi suka apabila Yi Feng berlaku curang pada Mei Le dengan pekerja kedai roti mereka sendiri. Dek kerana kesian pada Mei Le dan sebab Yi Lie dah jatuh cinta pada Mei Le, Yi Lie ni yang tolong Mei Le melupakan kesedihannya akibat perbuatan Yi Feng. Akhirnya Mei Le pun jatuh cinta juga pada Yi Lie nih. So banyak lagilah peristiwa yang terjadi sepanjang mereka dua ni bercinta sehingga pada satu tahap Yi Lie ni eksiden dan hampir2 meninggal dunia dan seterusnya Yi Lie ni juga disahkan mengidap sejenis penyakit yang merbahaya sehingga memaksa dia berpisah dengan Mei Le.

Overall pada aku, drama ini sangat best dan happy ending juga. Memang x rugilah tengok cerita ni..hehe..lagu2 ost drama ini seperti Don't Cry (Cyndi Wang), Stick To You (Cyndi Wang), The Next Page of Me (Cyndi Wang), Hearts Garden (Mike He), Lonely Storm (Blue Bird Flying Fish) dan banyak lagi pun best2 untuk didengar (sila cari di SINI). so untuk drama Love Keeps Going ni aku bagi 4 bintang.

No comments: