Be My Friend :)

27 September 2011

pagi ini

pagi ini hujan lebat sangat. masa tu dah elok2 jer nak keluar rumah. fikir punya fikir punya fikir (ntah berapa lama)..akhirnya aku buat keputusan nak redah ajelah. sebab hujan pun xde tanda nak berhenti. makin lebat ada. lepas pakai baju hujan aku pun keluarlah dari rumah. pasrah. kat highway sebelum sampai tol sungai dua ada 2 eksiden yang berlaku. dekat2 jer. x teruk. cuma berlanggar depan dan belakang kereta secara berturut. eksiden pertama melibatkan 3-4 kereta agaknya. aku pun tak perasan. jeling dari ekor mata aje. berselang 5km dari eksiden pertama, 3-4 buah kereta juga mengalami nasib yang sama. mungkin sebab jalan terlalu licin akibat hujan lebat. atau sebab kabur pandangan mata ketika memandu yang memungkinkan kemalangan berlaku. atau juga mungkin akibat daripada sikap kurang sabar. mungkin. sekali lagi aku hanya sekadar memandang apabila motor yang aku bawa melalui tempat kejadian sementelah hujan juga masih lebat dan aku juga tidak mahu menambahkan lagi kesesakan yang sudah sedia ada.

bawa motor masa hujan lebat bukan sekadar aku basah sebab ditimpa hujan sahaja. sepanjang perjalanan nak sampai ke jeti beberapa kali aku disimbah dengan air hujan yang bertakung di jalanan dari kereta yang lalu di tepi aku. iye, aku tahu... itulah untungnya orang yang bawa kereta masa hujan lebat. x basah. tak macam orang yang menunggang motorsikal. tapi boleh tak bawa kereta tu perlahan sedikit ketika tengah hujan? ini tak, bawa laju juga. makanya bila lalu di kawasan yang terdapat air bertakung, habis hasil simbahan tayar kereta tu terkena penunggang motorsikal yang ada kat betul2 sebelah kereta awak tu. bila laju, maknanya air yang disimbah tu juga kuat la yang terkena. sudahnya beberapa kali menonong motor aku dibuatnya bila air simbahan tu terkena pada aku dengan kuat bermula dari atas helmet. double basah aku hari ini dengan air hujan dan air simbahan hujan. terbaik. terima kasih la tuan empunya kancil biru tua dan si wira hitam yang membawa kereta secara berhemah benar tadi sehingga teringin nak mandikan aku di tepi jalan. mujur hujan lebat tadi menyukarkan aku melihat nombor plat kereta anda. kalau tidak sudah tentu aku paparkan nombor plat kereta awak semua itu di sini. moralnya: hujan lebat, bawalah kereta slow sikit dari biasa dan ingat, bukan kita sorang jer yang guna jalanraya tu. bukan kita punya pun. kita kongsi guna, jadi bertimbang rasalah...

No comments: