Be My Friend :)

06 September 2011

kdrama review: Heartstrings (You've Fallen For Me)

korang dah tengok korean drama terbaru - heartstrings? drama ni baru jer habis siarannya di korea sebelum raya yang lalu. aku dah tengok online..hehe..peminat setia drama korea la katakan..heartstrings ni dibintangi oleh Jung Yong Hwa (CN Blue) sebagai Lee Shin dan Park Shin Hye sebagai Lee Kyu Won. drama ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar universiti di mana Lee Shin (Jung Yong Hwa) sebagai pelajar aliran muzik moden, manakala Kyu Won (Park Shin Hye) pula pelajar aliran muzik tradisional. pada peringkat awalnya Kyu Won ni jatuh hati pada Lee Shin tapi Lee Shin x layan sebab Lee Shin ni suka pada seorang profesor dia (Jung Yoon Soo) tapi profesor dia ni pulak masih suka pada boyfriend dia masa di universiti (Kim Suk Hyun) yang kemudiaannya dilantik menjadi pengarah teater muzikal untuk persembahan universiti tempat Lee Shin & Kyu Won belajar. Lee Shin dan Kyu Won ni pulak kemudiannya terpilih untuk menyertai teater muzikal yang diarahkan oleh Kim Suk Hyun ni... jadinya kisahnya berkisar tentang teater muzikal inilah sehinggalah akhirnya Lee Shin ni tanpa sedar dah jatuh suka pada Kyu Won... gitu..

Pada keseluruhannya drama ni menarik. banyak konflik yang terjadi masa diorang ni berlatih teater muzikal ini. tambah pulak drama ini dibintangi pelakon2 hebat dan tak lupa juga lagu2 ost dalam drama ini pun memang best..korang boleh cari lagu2 ost drama ni di SINI yer. just taip saja heartstrings... so untuk drama ni aku bagi 4 bintang.

No comments: