Be My Friend :)

12 September 2011

kdrama review: City Hunter

Sambil2 tengok drama Heartstrings kat internet hari tu, aku sempatlah juga tengok City Hunter ni sebab Heartstrings tu kena tunggu tiap2 minggu yakni mengikut siarannnya di korea nun sedangkan siri drama City Hunter ni dah habis siarannya bulan Julai yang lalu so sirinya dah lengkap. so walaupun City Hunter ni ada 20 episode, drama ni aku tengok habis dululah berbanding Heartstrings. Drama ini sebenarnya telah diadaptasi dari sebuah novel karya penulis terkenal Jepun iaitu Tsukasa Hojo. Pada asalnya cerita ini mengisahkan peristiwa yang terjadi di Jepun tapi telah diubahsuai kepada peristiwa yang berlaku di Korea.

City Hunter ni dibintangi oleh pelakon hebat iaitu Lee Min Ho (Boys Over Flower, Personal Taste) sebagai Lee Yoon Sung dan juga Park Min Young (Sungkyunkwan Scandal) sebagai Kim Na Na. Drama ini mengisahkan Lee Yoon Sung (Lee Min Ho) yang dilarikan semasa dia masih bayi oleh kawan ayah dia iaitu Kim Sang Joong sebagai Lee Jin Pyo/Steve Lee ke Thailand demi untuk mempersiapkan dirinya untuk menuntut bela di atas kematian ayah Yoon Sung yang dibunuh boleh kerajaan Korea semasa menyertai satu operasi ketenteraan. Pendek kata, drama ini dipenuhi dengan unsur sejarah, politik, dendam, aksi dan sedikit percintaan.

Overall pada aku, cerita ini agak menarik, tambah2 lagi sebab ada hero hensem macam Lee Min Ho. Tetapi disebabkan drama ini ada 20 episode maka jalan ceritanya agak lambat berkembang. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa Lee Min Ho sebagai pelakon utama dalam drama ini segak memainkan wataknya sebagai seorang yang cekap dalam seni mempertahankan diri. Jadi kalau korang suka drama aksi, City Hunter ini semesti tidak akan mengecewakan korang. Cuma pada aku, kalau endingnya lebih jelas iaitu terang2 mengambarkan bahawa Yoon Sung tu selamat walaupun terkena tembakan pada akhir cerita, alangkah lebih baik. Babak percintaan antara Yoon Sung dan Na Na juga agak sedikit so x puas rasanya. Anyway, yang pastinya drama ini juga ada lagu2 ost yang best untuk didengar so seperti biasa korang boleh cari di SINI dan untuk drama ini aku bagi 3 bintang.

No comments: