Be My Friend :)

06 September 2011

hari raya

syawal pun dah berlalu 7 hari kan.. kejap jer.. dan sepanjang sebelum raya dan berhari raya aku x sempat pulak nak buat entry baru kat blog ni. bahan ada banyak (kononnya).. tapi x sempat nak on laptop pun..(bajet busy giler) :P..haha..

so macam mana raya korang? ok? mestilah ok kan.. nama pun raya.. letih tu biasalah..tapi seronok dapat jumpa adik beradik, saudara mara dan kawan2 semua. betul tak? aku macam biasalah tiap2 tahun beraya di pulau pinang ni dulu. rumah opah mr. hubby. dah stay pun kat penang.. eloklah beraya terus kat sini dulu. lagipun keluarga mr. hubby aku tu kecil jer.. dia pun 2 beradik jer pun. so pil (parent in law) aku tu cuma ada sorang anak lelaki, sorang anak pompuan (sil aku), sorang menantu (aku) dan sorang cucu (anak aku) :).. keluarga kecil.. kalau aku sekeluarga pun cabut balik kg aku sebelum raya, mestilah pil aku sedih kan.. so xmolah sedih2 di hari raya.. aku pun x kisah pun selalu kena raya kat penang ni dulu. xde hal.. small matter jer.. :)

malam menjelang raya aku dan mr. hubby dah plan nak buat aktiviti sket malam tu.. sebab semua cousin dia pun balik kg kali ni. so sajalah nak meriahkan lagi suasana raya tu. kami plan nak buat barbeque (bbq) kat rumah opah mr. hubby.. kami kongsi2 modal bersama sepupu2 dan mak/bapa saudara semua...hehe..dan aku & mr. hubby ambil tugas sebagai penyelaras yang bertanggungjawab beli barang2 semua. so sehari sebelum raya tu (Isnin), kami pun pergilah beli barang2 semua (ayam, daging, udang dsb) kat carrefour & Tesco. Fuhh.. letih betul. sebab orang pun ramai.. nak beli pun macam berebut2..hehe.. mujur dari rumah aku dah buat list siap2 apa barang yang nak dibeli. so sampai jer terus ambil troli dan cari barang2 ikut list ajelah.. kalau masa tu nak beli sambil nak fikir apa yang nak dibeli, alamatnya ada jerlah barang yang x dibelilah jawabnya. hehe..lepas beli semua barang, terus hantar semua barang2 tu kat rumah opah mr. hubby. sinsing lengan pulak la nak perap ayam, daging tu semua. mujur sepupu2 mr. hubby tolong sama. habis kerja2 tu semua, kami balik dulu ke rumah dan datang semula ke rumah opah mr. hubby sebelum berbuka puasa. best berbuka puasa ramai2.. sampai berbuka cara buffet jer..x cukup tempat nak buat hidang.. hehe..meriah! :)

lepas solat Isyak, bermulalah aktiviti bbq kami tu.. kat dalam rumah, sil aku bersama beberapa orang sepupu sibuk mencucuk udang dan daging yang telah diperap pada lidi bersama bawang, tomato dan lada benggala (capsicum) seperti gambar kat bawah ni... ayam dan sosej yang diperap secara berasingan pulak dah dibawa ke luar rumah. sementara aku dan mr. hubby ambil tugas hidupkan api dan sediakan peralatan untuk membakar di luar rumah...gambar2 kat luar xde sebab tangan aku kotor dengan arang dan sibuk mengipas..hehe..so xleh nak tayang kat korang..haha..sorilah yer..korang imagine ajelah suasana buat bbq yer sebab aku pun belum berkesempatan nak mintak gambar masa buat bbq tu dari sepupu2 aku yang ada ambil gambar masa tu..






dan as a result, bbq malam tu bolehlah dikatakan success dengan jayanya... :) semua pun kata sos perap adalah sedap dan menjadikan bahan2 yang dibakar menjadi sedap juga.. wahh..bangga aku kejap sebab masa perap tu aku main bubuh jer sos apa pun..hehe.. dalam debar jugak masa membakar tu takut jugak x sedap sebab inilah first time aku try perap sendiri dan praktikkan cara baru membakar iaitu menggunakan aluminium foil..dan ternyata idea menggunakan butter dan sos perap semasa membakar juga menjadi..alhamdulillah.. boleh buat lagi lain kali.. :)

No comments: