Be My Friend :)

12 September 2011

hari raya 2

Raya kedua awal2 pagi lagi dah bersiap2 nak balik kg aku pulak. semangat betul. tapi jadi lambat gak keluar sebab mr. hubby diserang sakit perut. berbelas kali jugaklah dia berulang ke toilet. hehe.. mungkin sebab makan macam2 sangat kot masa hari raya pertama tu sampai perut pun terkejut dan x dapat memproses dengan baik...hehe..sian dia. so bila dah ok sket barulah kami keluar rumah. sampai di exit kuala kangsar alahai sesak la pulak macam gambar kat bawah nih. tapi kebanyakkannya nak bayar secara tunai. kami yang pakai smart tag pun tersangkut sama sebab x boleh nak celah untuk masuk ke lane smart tag. dan akhirnya berjaya juga masuk ke lane smart tag yang kosong. lorong touch n go pun kosong jugak. kan senang kalau ramai yang guna kad touch n go.. x payah bersesak nak tunggu giliran bayar tunai. kan?sampai rumah mak aku dah tengahari pun. selalunya on hari raya kedua, kami terus gerak pergi beraya ke rumah bapa saudara aku di Kuak, Kuala Kangsar. tapi memandangkan ahli majlis x cukup raya kali ni sebab 2 orang adik aku x dapat cuti raya, mak aku suruh balik ke rumah dulu. lagipun mak aku dah masak makan tengahari katanya. sorang lagi adik aku pun belum sampai lagi dari rumah mertuanya di ipoh. so tinggal mak aku dan sorang adik perempuan aku saja yang ada kat rumah manakala 3 orang adik bujang aku tu dah keluar beraya secara berkonvoi ke rumah kawan masing2.

cadangnya lepas makan tengahari nak gerak la pergi rumah bapa saudara aku tu (abg mak aku) tapi stuck kat rumah sebab ramai betul tetamu yang datang. memula kawan2 adik perempuan aku tu datang beraya, pastu kawan2 abah aku pulak, kemudian adik beradik mak aku datang pulak dan lastly keluarga sepupu aku (belah abah aku) pulak datang. elok diorang balik jer kami cepat2 keluar rumah. hehehe.. takut orang datang beraya lagi sampai x sempat nak keluar sebenarnya. masa tu pun dah pukul 6.30 petang dah pun. mesti bapa saudara aku tu pun dah tertanya2 manalah adik bongsu (mak aku) dia nih x datang2 lagi..hehe.. sebab keluar pun lambat, dekat nak maghrib baru sampai rumah dia. lepas makan kuih2 raya yang sedap2, lemang dan rendang, kami pun baliklah. selalunya kalau raya rumah bapa saudara aku ni time tengahari mesti ada acara makan nasi dengan ikan bakar ramai2. tapi sebab dah sampai malam, mana nak ada dah ikan bakar..huhu.. tapi bapa saudara aku tu ada simpan ikan lagi tau..soh bawak balik rumah..nanti boleh bakar sendiri.. best! terima kasih pak lang... :)

sampai kg aku pun dah dekat pukul 10 malam sebab sebelum tu kami singgah shopping barang2 basah untuk menu esoknya dekat pasaraya kat pekan. lepas tu boleh melencong pulak singgah raya lagi kat rumah adik abah aku pulak di kg yang sama. rumah baru tu.. :) makan lontong pulak kali ini. duduk kejap terus balik rumah..fuhh...mata pun dah x boleh nak angkat..punyalah letih...ini barulah dikatakan raya sakan..ye tak?..hehe..

No comments: