Be My Friend :)

23 September 2011

anak angkat 2

alkisahnya...selalunya aku bagi hamster2 tu makan kuaci atau makanan hamster yang aku beli kat kedai. tapi aku tengok diorang tu macam dah x lalu pulak nak makan...jemu kot. sudahnya 2-3 hari sudah aku try la bagi diorang ni makan salad pulak (butterhead lettuce) yang kebetulan ada dalam peti ais...tengok2 diorang macam suka sangat makan salad tu. tambah2 lagi si noni tu. dah tu semalam sebelum pegi kerja aku pun letak lagi salad dalam sangkar diorang. lepas tu aku terus pegi kerja.

masa kat ofis baru terfikir nak cari apa jenis makanan yang hamster boleh makan. rupanya banyak juga jenis makanan yang diorang boleh makan umpamanya brokoli, epal, carrot dsbnya. bila tengok senarainya, aku rasa legalah sebab benda2 tu senang gak nak beli so bolehlah nanti tukar2 menu diorang. sekali dalam satu artikel tu, kat bahagian bawahnya ada stated yang "excess lettuce can cause liver problem for your hamster"... arghh sudah...x boleh makan salad rupanya hamster nih.. dah tu? mati dah kot hamster2 aku kat rumah tu sebab makan salad? alaaa.... duduk kat ofis pun dah jadi x tenang. bukan apa.. kalau diorang mati disebabkan salad yang aku bagi tu..mesti la aku menyesal kan..kesian diorang. balik kerja cepat2 aku check sangkar. diorang tidur kot x bergerak. suspen jer aku. dalam hati dah terfikir "mati ke".. sekali tengok si noni dah terjaga dan memandang aku. ooo... lega..haha...sihat lagi diorang tu. fuhh!

lepas tengok diorang sihat jer walaupun salad yang aku letak pagi tadi dah habis, aku pun cepat2 potong buah epal dan carrot pulak. memang aku sengaja beli epal dan carrot tu masa rehat tadi. tengok budak dua tu pun suka sangat dapat makan menu baru. alhamdulillah.. walaupun aku ni not really into pet, tapi kalau dah jaga mesti rasa bertanggungjawab juga. and this week, sorry to say, aku terpaksa hantar diorang balik kg aku balik. sebabnya rasanya x sesuai aku nak jaga diorang memandangkan banyak masa kat luar rumah jer. yer la.. aku ngan mr. hubby kerja..anak aku pun pegi sekolah, so dekat2 pukul 7 baru kami sampai rumah. sudahnya malam baru boleh nak tengok diorang. itupun tengok2 gitu jer la. kalau kat kg, mak dan abah aku ada, adik2 aku pun ada.. ramai yang boleh tengok2kan. lebih baik begitu. kan?

2 comments:

Naja said...

pendapat aku :

i) sesuai diohamster tu di hantar balik kg.
ii)hang adalah penjaga hamster yang sangat baik, rajin dan berhemah serta bertimbang rasa
iii)jaga bukan sekadar jaga, kena carik info mcm2 jugak ye.. hang mmg terbaik lah rini.

sekian

marstories said...

naja: haha.. sebab aku ni penyayang.. :)