Be My Friend :)

26 August 2011

cerita bulan puasa - akhir

kihkihkih..macam drama pulak ada siri akhir ek..saje je. aku pun bukan ada idea sangat di bulan puasa ni. hehe..ni boleh dikatakan minggu terakhir la kita berpuasa kan.. kejap jer dah nak raya. aku pulak minggu ni boleh dikatakan minggu paling mencabar kot sebab x sihat. ini diary aku minggu ni:

Isnin: bangun2 jer nak bersahur tetiba diserang migrain. sakit kepala sangat2. tapi bangun juga siapkan untuk makan sahur. masa sahur cuba juga makan tapi x rasa apa benda pun. makan sesuap xleh nak telan so mintak tolong air tolong tolakkan (minum). sudahnya memaksa aku berlari ke bilik air.. muntah 15 minit. lepas tu dah xde tenaga lagi..kepala pun tambah sakit..sudahnya naik atas katil terus tido. hari tu x pegi keje..EL..

Selasa: keje tapi rasa macam nak demam jer. tangan dan kaki sejuk macam letak dalam peti ais. kepala pulak panas. tapi boleh bertahan sampai balik kerja. sampai umah rasa nak pengsan. terus baring depan tv. tapi lepas tu rasa cam ok lagi sebab tu boleh ikut mr. hubby buka puasa di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. cumanya lepas makan terus jer ajak balik sebab rasa macam bertambah tak larat. takde mood nak tengok show nyanyian lagu2 melayu asli kat situ. on the way balik tu singgah jap kat farmasi beli ubat demam. balik rumah terus makan ubat demam dan tertido sampai 11.30 mlm. yang x sakit lagi 2 orang tu pun sama tido sebelah menyebelah aku jer. haha.. bila terjaga tu rasa mcm dah sihat. mungkin sebab dah berpeluh. terus bangun gosok baju dan bersolat.

Rabu: bangun sahur rasa macam ok. so pegi keje. lagipun masa sahur dah makan ubat demam siap2. pagi tu ok lagi. elok menjelang tengahari, suhu badan pun makin meningkat. tangan dan kaki dah numb. sejuk macam letak dalam peti ais bahagian freezer. badan pun dah panas dan rasa sengal2. duduk rasa x kena, berdiri rasa x kena. nak baring jer x boleh sebab di ofis. sudahnya lepas rehat mintak kebenaran untuk pegi klinik dan terus balik. bawak motor rasa macam melayang2. x selesa. pegi klinik dapat ubat 4 jenis dan mc 2 hari. balik rumah terus tido sebab nak makan ubat, sayang pulak nak buka puasa. sudahnya tahan ajelah sampai berbuka. untuk berbuka mr. hubby buat semua. masak nasi, buat air dan hidang. lauk2 pun dia yang beli. aku makan nasi 3 sudu. sangat x lalu. semua pun bukan ada rasa apa2 pun. tawar. lepas tu terus makan ubat2 segala. lepas makan ubat terus tido. pengsan sampai pagi.

Khamis: x kerja sebab dapat mc. rehat kat rumah je. my daughter ponteng sekolah temankan aku. risau kalau aku nak apa2 nanti xde sapa nak tolong. dia pun sebenarnya malas nak pegi sekolah tu..aku tau..hehe..kesihatan pun semakin baik. aku pun x buat apa. lepak jer tengok tv. tapi bila petang boring pulak. jadi aku cuba buat biskut cornflakes madu. senang je. sekejap dah siap. my daughter pun tolong juga. rasanya bolehlah.. ok la bagi aku yang baru first time buat kuih raya sendiri ni. lain2 jenis yang susah2 aku beli je la nanti. haha..

Jumaat: hari ni rasa dah ok. tapi mr. hubby risau. dia takut aku demam balik sebab aircond kat ofis kan kuat. takut xleh tahan. tapi setakat ni aku rasa ok. lagipun hari ni kena datang juga ofis sebab nak ambil duit tukar untuk duit raya. pastu nak ambik duit raya yang ofis bagi untuk staff sama. ofis aku memang dah jadi tradisi bagi duit raya kat semua staff..korang ada? hehe...ada nada riak di situ..sori.. maafkan aku.. :)

so itulah diari aku minggu ini.. harapnya x demam la dah sampai raya. rumah pun x kemas lagi nih. banyak benda nak buat. walaupun x raya kat rumah sendiri memandangkan akan balik beraya di kampung yang di sini dan di sana, kena gak kemas2 kan. so oklah.. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat korang yer. aku mohon ampun dan maaf andainya ada terkasar bahasa ke apa ke kan..tapi rasanya xde kot sebab aku pun cerita mengenai diri aku je pun kan.. anyway.. take care and happy holiday everybody! :)

No comments: