Be My Friend :)

22 August 2011

cerita bulan puasa 4

minggu lepas masa cuti nuzul al-quran dari pagi lagi dah keluar. mentang2 la cuti umum. program sendiri pun banyak berderet2 nak dibuat dalam masa sehari. hehe.. memula pepagi tu pegi ikut mr. hubby pergi servis kereta. tukar minyak enjin la, minyak gear la dan last sekali tukar tayar. boring giler menunggu benda2 tu settle satu persatu. my daughter pun mula buat muka. hehe..nasiblah..dah mr. hubby tu buat apa pun bukan nak pegi sorang2. dia nak angkut jugak aku ngan anak aku tu pegi sekali. sudahnya kami pun terpaksa rela la lepak kat workshop dengan dia sekerat hari. pukul 3 petang baru settle bab kereta.

pastu terus gegas ke Sunway Carnival Mall pulak. dah plan nak beli hadiah birthday mr. hubby dan berbuka puasa di situ sekali. orang ramai betul di Sunway Carnival. nak parking pun susah. dapat jer parking terus mulakan hunting for hadiah mr. hubby. taklah susah pun nak cari hadiah dia nih sebab mr. hubby dah tahu apa yang dia nak. dia nak apa? ala.. dia nak kasut.. hehehe.. ini dah tahun ketiga berturut-turut kot beli hadiah kasut. satu almari kasut kat umah tu dah penuh dengan kasut2 dia jer. kasut orang lain xleh tumpang! haha..senang beli hadiah dia ni sebab dia dah set siap2 dia nak kasut jenama apa dan pattern apa. raknya pun dia dah tahu yang mana satu. jadi masuk jer parkson terus tuju kat bahagian kasut yang dia nak tu ajelah.. terus ambil, belek2 kejap, mintak saiz, try kejap.. pastu terus boleh bayar..hehehe..senang kan?

elok mr. hubby dah dapat kasut yang diidamkan, giliran my daughter pulak merengek. dia kata, kasut dia x beli lagi. hehe.. diorang berdua tu memang selalu jeles menjelesi antara satu sama lain. maknanya kenalah beli kasut raya dia pulak. tapi oleh kerana kasut dia nak kena cari kat kedai2 di luar parkson, kami pegi cari baju raya dia dulu di dalam parkson sebelum survey kedai2 di bahagian luar tu. dapatlah baju2 dia. senang juga nak cari sebab anak aku tu x banyak songeh. ok jer dia dengan baju2 yang aku pilih. dia ikut jer. mr. hubby pun sama..semua pun okay jer dengan baju2 yang aku pilih...hehe..perangai abah & anak sama...dalam hati mesti cakap "suka hati mamalah"..hehe..

lepas beli baju2 dia, kami pegilah cari kasut dia pulak. lagi x beli, selagi itulah dia dok potpetpotpet kat tepi telinga. x puas hati lagi sebab abah dia dah dapat kasut dan dia belum..hehe..lepas beli sepasang kasut sandle dan sepasang lagi kasut penuh, senyumlah dia sampai ke telinga. haha..habis shopping, awal lagi nak tunggu berbuka jadi kami jalan2 dulu dalam sunway carnival tu. bila dah penat jalan, lepak pulak kat bangku2 yang disediakan. untuk berbuka, awal2 lagi sebelum mula shopping kami dah pegi booking table dan order. takut nanti last minit xde tempat nak berbuka pulak kan. makan kat mana? kali ni kami makan kat rasamas kat lower ground. order set for 4. Alhamdulillah.. lepas makan terus balik.

weekend pulak kami balik kg. pukul 10 keluar rumah, pukul 12 sampailah kat kg. alaa..bukan jauh sangat.. itupun mr. hubby bawak slow-mo jer. sebelum sampai umah mak, aku dah call diorang yang kat umah tu soh siap. elok sampai jer, punggah barang keluar dari kereta, relax jap regangkan badan, terus kami gerak ke ipoh pulak..nak shopping baju adik2 kat jusco ipoh. wahh..ramai giler orang kat jusco ipoh. pusing2 dan beli baju2 untuk adik2 dalam 3 jam kot di situ pastu kami gerak ke kuala kangsar pulak nak cari baju2 kurung pulak untuk aku, anak aku, mak dan adik perempuan aku kat belakang stesyen bas kuala kangsar. banyak sungguh pilihan..cuma kena pandai2 la pilih ikut bajet yang bersesuaian... haha.. lepas tu kami berbuka di restoran tomyam dekat2 situ jer bersama adik aku sefamily yang baru sampai dari kl.

setelah beberapa siri shopping, aku rasa persiapan aku sekeluarga dah 80% kot.. ada sikit2 jer lagi nak tambah. kuih raya setakat ini masih belum berkesempatan nak buat nampaknya. ada harapan beli jer kot last2 minit...hehe..tengok mood akulah dalam seminggu ni. kalau nak tu seribu daya..ye tak?..oklah..nanti kita sambung lagi yer.. :)

No comments: