Be My Friend :)

16 August 2011

cerita bulan puasa 3

emm.. minggu ni kita dahpun masuk minggu yang ketiga berpuasa yer.. kejap jer rasa.. so macam mana persiapan raya korang? dah buat sikit2? aku?..aku belum buat apa2 lagi pun..hehe.. bajet belum ada.. tapi ada jugaklah angan2 nak buat biskut raya sendiri tahun ni.. hehe.. julung2 kalinya. oven dah beli 3 bulan lepas.. tapi masih elok jer dalam kotaknya. tengok pun tak..haha.. xper.. cita2 tu ada... kira ok la tu kan. sekarang ni bila tengok majalah semua ada resepi raya kat bahagian belakang kan.. ha...aku tengok juga mana resipi biskut raya yang senang2 dan berpontensi untuk dipraktikkan..haha..maklumlah..rajin sangat buat biskut raya (kat kedai) la katakan..tu pasal kena cari biskut yang senang amat nak buat sahaja..kang cari yang susah2, potensi nak jadi tu x berapa tinggi peratusnya..hehe..

kalau aku rajin, dapat buat 2 jenis biskut pun jadilah..tak semestinya nak buat banyak2. biskut raya ni macam buat syarat jugaklah. kalau xde rasa macam x meriah pulak raya walaupun pada hakikatnya masa raya kita lebih cenderung nak makan laksa, nasi impit, lemang, ketupat, rendang dan sebagainya. kuih raya tu kira menu sampinganlah letak dalam balang lawa2 atas meja. gitu. hehe...tapi ntah bila pulak nak buatnya..aku pun x sure. yang pastinya, weekend ni nak balik kampung. kampung aku la sebab mr. hubby xde kampung. umah mak dia, tiap2 sabtu pun kami pergi berbuka bersama. kampung opah dia pun, dekat2 sini jer. so nak balik kampung aku la pulak minggu ni nanti. rindu betul kat mak. walaupun hari2 bersms atau call, x sama macam jumpa secara live. hehe.. pastu nak ajak mak pegi shopping baju raya sekali. aku pun belum beli baju raya lagi. elok sangatlah tu.

sebelum balik kampung, semestinya nak celebrate birthday mr. hubby dulu. hari ni birthday dia.. :).. hadiah pun belum beli. tapi dah tahu dia nak apa. selalu gitulah..kalau birthday aku, aku pun dah bagitau siap2 aku nak apa..hehe.. senang kan.. xyah sakit2 kepala nak fikir nak beli apa sebab kalau beli benda yang dia xnak atau x berapa guna, x best juga. so baik soh dia fikir sendiri apa yang dia nak untuk birthday dia, and then kami pegi beli sama2. dia puas hati dapat barang yang dia nak, aku pun puas hati sebab belikan barang yang dia suka. gitu. mutual understanding..hehe..ini yang kami praktikkan sejak mula2 kawin dulu dan kebetulan esok cuti Nuzul Al-Quran kan..so esok la cari hadiah dia dan pastu berbuka puasa di luar..so happy birthday to my mr.hubby.. i luv u.. :P

lepas raya nanti, hujung bulan 10, aku nak konvo pulak..hehe..dalam kepala tengah fikir2 nak pakai baju apa nanti.. kalau x beli baju baru, pakai baju raya pun ok jugak. sebab bukan nak nampak sangat pun baju yang dipakai memandangkan akan pakai jubah. tengok mood macam mana nanti. kalau ada bajet, harus aku beli baju baru gak tuh..haha..oklah korang.. selamat meneruskan ibadah puasa.. kalau tolak minggu ni, ada lagi seminggu lagi kita nak kerja kan.. pastu masing2 nak cuti dah. tengoklah minggu depan, kalau jadi biskut raya aku, aku jaja kat sini.. hehe.. kalau xde tu, maknanya aku beli jer la tuh.. :P

2 comments:

BurBerry said...

chaiyok2 kak rini selamat mencuba buat kuih raya..heheh

marstories said...

haha berry.. insyaAllah.. kalau jadi nanti bolehlah rasa.. :P