Be My Friend :)

09 August 2011

cerita bulan puasa 2

dah masuk minggu kedua pun kita berpuasa yer. so korang macam mana? ok? hehe..mestilah ok2 jer kan? aku pun macam tu la jugak. cumanya selain berpuasa, xde aktiviti lain dah yang dibuat sampai x tau nak citer apa dalam blog ni ha..haha.. tapi kan korang, dari hari sabtu lepas, telinga aku yang belah kiri macam ada bunyi2 la sket. ala..bunyi cam 'krek, krek, krek' macam semut masuk telinga cuma lebih perlahan. xlah sakit tapi x selesa sebab bunyi tu agak mengganggu. aku terfikir jugaklah..mungkin telinga aku sakit sebab aku selalu guna earphone untuk mp3 kot sebab memang hari2 aku dengar mp3 masa bawak motor pergi kerja. ye la.. perjalanan dari rumah ke pejabat pun makan masa 1 jam atau lebih so kalau diam jer sure boring dan aku boleh mengantuk. eh! betul tau...bukan bawak keter jer boleh mengantuk, bawak motor pun macam tu la jugak. dah hari2 lalu jalan yang sama pastu nak kena tunggu feri lagi.. aduhhh... boring betul.. jadi salah satu caranya nak kurangkan boring, kena ada mp3 dan spare buku untuk dibaca masa tunggu dan masa dalam feri.

ok..berbalik pasal telinga aku yang berbunyi tu.. dalam dok fikir2 segala kemungkinan tu, aku berdoa jugaklah moga2 telinga aku ni x bertambah teruk hingga memaksa aku pegi jumpa doktor ENT... yer la.. dalam keadaan eko.no.money ni, harap2 janganlah sakit sebab nak pegi klinik pun kena ada bajet gak kan.. so berterusanlah bunyi 'krek, krek, krek' tu sampai hari isnin... dekat ofis, aku citer la kat akak ofismate aku kat sini..kawan baiklah..dia kata mungkin telinga aku tu masuk air. eh! kenapa aku x terfikir pulak kan? bila aku fikir2, mungkin jugaklah sebab telinga aku ni jenis rapat kat kepala jadi x mustahil air senang nak masuk masa mandi.. so akak tu sajes aku tepuk telinga sebelah kanan sebab yang sakit sebelah kiri. tepuk perlahan2 la..kang kuat2 mau aku pekak terus..haha.. ataupun kalau x okay, dia soh masukkan air dalam telinga. jadi aku pun try la tepuk2 telinga sebelah kanan lepas balik kerja semalam sebab nak masukkan air kang batal puasa pulak kan.. haha.. nak tepuk2 kat ofis pulak macam x sesuai pulak sebab nanti kalau bos aku nampak sahih dia konfius plak PA dia nih tengah buat apa kan.. so oleh kerana x mau menimbulkan spekulasi yang x munasabah, aku tahan jer bunyi tu sampailah balik rumah. makanya semalam aktiviti aku menepuk telinga ajelah..haha.. sampailah lepas buka puasa pun masih lagi menepuk telinga.. dan alhamdulillahh...bunyi tu dah hilang rasanya.. hehe.. syukur..kalau x hilang jugak, memang terpaksalah aku pegi klinik jugak sebab xkan sanggup nak dengar bunyi 'krek, krek, krek' hari2 kan..so korang, itu ajelah cerita aku minggu ni..kita jumpa lagi nanti yer..

2 comments:

Naja said...

rini.. kalo seseorang dah start berhalusinasi pun leh dengaq samting bunyi dlm tinger gak.. wakakakakaka! ok ok, aku harap ia adalah air semata.

marstories said...

hahaha..hampeh! kalau berhalusinasi kan, bukan dengar bunyi 'krek, krek, krek' la.. mestilah terdengar mcm ada orang bercakap ngan kita walaupun kita x nampak..gitu! walau bagaimanapun, your side of view amatlah dihargai..hahaha...:P