Be My Friend :)

19 July 2011

movie review: Harry Potter and the deathly hollows (part 2)

Last sunday aku tengok movie ni di GSC Sunway Carnival setelah berjaya membeli tiketnya secara online dari hari isnin sebelumnya. selalunya bila movie baru keluar hari khamis, hari jumaat aku dah pegi tengok tapi memandangkan seperti yang aku dah bagitau dalam entry terdahulu yang aku ada exam pada hari sabtu, jadi rancangan nak tengok wayang ni terpaksa ditunda ke hari ahad. yer la.. aku nak juga prepare untuk exam tu kan. walaupun aku x confident sebab belum ready, kena jugak cuba yang terbaik untuk exam tu. and secara kesimpulannya utk exam tu, aku rasa xdelah susah sangat sampai x boleh jawab tapi xlah senang sangat sampai aku pejam mata pun boleh jawab kan..hehe..maksudnya, tahap kesusahannya bersesuaian la dengan jawatan yang ditawarkan. cuma mungkin agak tertekan sebab masa exam bagi setiap paper tu sangat terhad. jadi stress juga apabila nak mengejar masa bagi memastikan setiap soalan dah dijawab sebelum habis masa tu. tapi walau bagaimanapun, usaha telah dilakukan dan yang tinggal kini hanyalah berdoa dan bertawakal. moga2 aku boleh lepaslah saringan pertama ni dan seterusnya berjaya ke peringkat seterusnya. amin.. :)

oklah, berbalik kepada Harry Potter and the Deathly Hollows part 2 ini sememangnya antara movie yang ditunggu2 memandangkan ini adalah siri terakhir harry potter. aku pun dah x sabar2 nak tahu macam manalah agaknya final movie ni memandangkan aku peminat setia siri harry potter ini sedari siri pertama lagi. Ianya merupakan kesinambungan dari part 1 yang ditayangkan tahun lepas. dalam bahagian kedua ini, harry, hermione dan ron menyambung pengembaraan mereka mencari horcrux bagi melemahkan kuasa voldemort. ada 3 lagi horcrux yang perlu mereka musnahkan sebelum harry terpaksa berdepan dengan voldemort. dalam bahagian ini, lebih banyak aksi2 yang mencemaskan ditonjolkan. terutamanya scene di dalam tempat simpanan harta Bellatrix yang melibatkan seekor naga ketika harry mencari horcrux yang tersembunyi di sana serta scene2 di hogwarts ketika mereka diserang oleh angkatan voldemort. untuk sinopsis penuh movie ini, korang bolehlah baca di SINI yer.

so secara keseluruhannya, memang bahagian kedua ini adalah filem yang terbaik bagi rangkaian siri harry potter ni. ceritanya juga berkembang dan berakhir dengan baik. best ending. harry akhirnya dapat membunuh voldemort. seterusnya, harry kawin dengan ginny weasley (adik ron), ron dan hermione juga berkahwin dan draco malfoys pun sama. mereka sama2 dilihat menghantar anak2 mereka pulak untuk menaiki keretapi ajaib untuk ke hogwarts yang menandakan bahawa hogwarts masih wujud walaupun teruk musnah diserang oleh voldemort sebelum itu. so bagi yang belum tengok, aku rekomen korang tengoklah movie ni sebab walaupun ini cerita fantasi, kesan teknik visualnya sangat baik dan menyakinkan malah jalan ceritanya juga sangat best. so the rating for this movie, aku bagi 4.5 bintang... :)

3 comments:

BurBerry said...

betul tu kak rini..berry setuju..berry sampai nangis over kan..ehhehe

marstories said...

hehe..memang over..tapi citer ni memang best..sayangnya ni dah siri terakhir..xper..nanti nak tengok twilight series: breaking dawn pulak.. :)

BurBerry said...

yup..tue pun hensem tu mamat twilight tue...hehehhe