Be My Friend :)

13 July 2011

kdrama review: my girlfriend is a gumiho

My girlfriend is a gumiho adalah salah satu drama korea terbaik tahun lepas. ianya telah disiarkan di korea sekitar pertengahan bulan 8 hingga ke pertengahan bulan 9 tahun 2010 tapi aku baru jer habis tengok citer ni..hehe..sebab tahun lepas ada banyak drama korea yang best di samping kebizian aku menghabiskan pengajian aku di semester yang terakhir membataskan aku untuk selalu tengok drama. kang kantoi aku jugak yang susah..hehe..so berbalik kepada drama ni, gumiho tu ialah nine-tailed fox yer...maknanya, serigala berekor 9 yang dipercayai secara lagendanya suka makan hati manusia. kisahnya tentang hero drama ini iaitu Lee Seung Gi sebagai Cha Dae Woong yang dengan tak sengaja telah melepaskan gumiho yang telah terkurung selama 500 tahun dalam sebuah lukisan di dalam sebuah tokong. gumiho inilah heroin cerita ini iaitu lakonan Shin Min Ah. apabila dia bebas, dia mengikut Dae Woong ni ke mana sahaja Dae Woong ni pergi dan akhirnya mereka jatuh cinta. huhuhu..gumiho ni nak sangat jadi manusia sebab dia nak hidup bersama dengan Dae Woong. maka macam2 la perkara terjadi sepanjang proses dia nak jadi manusia ni. dan pada akhirnya, dia x berjaya jadi manusia malah terpaksa berpisah dengan Dae Woong. kalau nak baca banyak lagi info mengenai drama ni, bolehlah baca kat SINI yer.

overall, cerita ni ada banyak scene yang kelakar yang boleh buat kita tergelak sorang2 depan pc dan ada juga scene2 romantis serta yang sedih juga. cukup perisalah drama ini. so aku memang suggest korang tengok citer ni kalau korang belum tengok lagi drama ini. drama ni ada 16 episode dan setiap episodenya best sehingga korang x sabar nak tengok episode berikutnya pulak sampai ending dan jangan risau, endingnya best!..lakonan Lee Seung Gi ni pun memang terbaiklah. Dia ni bukan setakat pelakon jer tapi juga seorang penyanyi dan pengacara yang popular di korea nun. Shin Min Ah pun sama..sangat cantik malah ada lesung pipit kat kedua2 belah pipi dia pulak tu. so kat bawah ni pulak adalah list lagu2 ost untuk drama ini dan seperti biasa, kalau nak muat turun lagu2 ni semua, sila cari dekat SINI yer.. :) dan akhir sekali, rating untuk drama ini aku bagi 4 bintang juga dari 5 bintang..

My Girlfriend is a Gumiho OST:

(1) Losing my mind - Lee Seung Gi

(2) Starting now i love you - Lee Seung Gi

(3) Fox rain - Lee Sun Hee

(4) Two as one - LYn

(5) Sha la la - Shin Min Ah

(6) Trap - No Min Woo

(7) The person i love - Lee Seul Bi

(8) Oh la la - Kim Gun Mo

(9) Look at me - Park Hong

(10) I can give you all - Shin Min Ah

No comments: