Be My Friend :)

12 July 2011

kdrama review: lie to me

baru-baru ini aku tengok drama ni di internet. drama ni sebenarnya baru je habis ditayangkan di korea. ianya menceritakan tentang heroin cerita ini iaitu Yoon Eun Hye sebagai Gong Ah Jung yang secara tidak sengaja berkenalan dan akhirnya buat perjanjian untuk pura2 sudah berkahwin dengan hero cerita ini iaitu Kang Ji Hwan sebagai Hyun Ki Jun. Ah Jung ni kerja sebagai kakitangan kerajaan di kementerian kebudayaan manakala Hyun Ki Jun ni adalah merupakan seorang presiden di sebuah rangkaian hotel terkemuka di korea iaitu world hotel. masing2 mengaku sudah berkahwin secara sembunyi2 sebab Ah Jung ni nak balas dendam dekat kawan baik dia yang dah kawin dengan senior dia di universiti yang dia suka sangat. manakala Hyun Ki Jung pulak menggunakan Ah Jung untuk mendapatkan tender membina hotel di China apabila wakil dari China dan isterinya suka pada Ah Jung. jadi diorang berdua ni buat kontrak la sesama mereka. memula dua2 xdelah suka antara satu sama lain sebab memang masing2 pun x kenal antara satu sama lain. tapi lama kelamaan, bila dah semakin kenal dan pelbagai peristiwa berlaku, diorang tanpa sedar sudah jatuh cinta. gitu. for more info, korang boleh baca SINI dan kalau nak tengok drama ini online, boleh tengok kat SINI.

overall pada aku, cerita ini menarik sebab jalan ceritanya best dan ada pelakon2 hebat2 terutamanya heroinnya si Yoon Eun Hye dan heronya Kang Ji Hwan. memang sesuailah diorang berdua ni. aku memang suka yoon eun hye ni. sebab itulah aku tengok cerita ni. banyak drama lain yang ada yoon eun hye macam first shop of coffee prince, take care of the young lady, the vineyard man dan goong aku dah tengok. memang dia antara heroin terbaik la di korea. manakala kang ji hwan pulak sangat hensem...hehe.. oh yer, ini pulak adalah list lagu2 ost drama ini yang memang terbaik jugak...enjoy! :)

(1)This is really goodbye - M to M

(2) You are my love - Kim Yeon Woo

(3) Midnight passes - Kim Hyung Jun (SS501)

(4) I belong to you - MBLAQ

(5) Shameless Lie - Jadu ft E-Tribe

(6) Walking on the cloud (pouring rain) - Cho Kyu Chan

jadi, kalau nak muat turun lagu2 ni, korang bolehlah cari kat SINI and as for rating, aku bagi 4 bintang untuk drama ini :)

No comments: