Be My Friend :)

29 July 2011

kdrama review: The Greatest Love

Aku dah lama nak tengok drama ni sebab berdasarkan review dari internet, citer ni best walaupun para pelakon drama ni aku x familiar kecuali Yoo In Na yang melakonkan watak antigonis sebagai Kang Se Ri, pelakon lain boleh dikatakan baru first time aku tengok diorang dalam drama korea. So drama ni ada 16 episode yang dilakonkan oleh Gong Hyo Jin sebagai Goo Ae Jung, Cha Seung Won sebagai Dok Go Jin dan Yoon Kye Sang sebagai Yoon Pil Joo. Ia menceritakan tentang Goo Ae Jung yang berhempas pulas nak menaikkan semula namanya dalam industri hiburan korea setelah namanya tenggelam dek pelbagai masalah sehingga memaksa kumpulannya The National Treasure Girls dibubarkan 10 tahun yang lalu. Masa tu, Ae Jung adalah antara ahli yang paling popular dalam kumpulannya yang disertai oleh 4 orang dan apabila kumpulan ini dibubarkan, Ae Jung yang paling banyak dipersalahkan di atas pembubaran tersebut. Maka sejak dari itu, kerjayanya dalam bidang seni seolah2 semakin tertutup dan dia sangat suffered malah hanya bergantung kepada penglibatan dalam program variety show sahaja. kesian dia.

Hidup dia kemudiannya berubah apabila secara tidak sengaja dia terlibat dalam pelbagai insiden yang melibatkan artis terkenal korea iaitu Dok Go Jin. Dok Go Jin ni sombong gile sebab dia rasa dia sangat popular. Jadi pada peringkat awalnya, Dok Go Jin ni selalu tunjuk lagak pada Ae Jung. Cuma yang anehnya, bila tiap kali jer Dok Go Jin ni terdengar lagu lama kumpulan Ae Jung ni, jantung dia berdebar2 dengan pantasnya. Dia ni sebenarnya bergantung kepada artificial heart untuk hidup setelah membuat pembedahan jantung 10 tahun yang lalu. Maka setelah itu, sedikit demi sedikit, dia jatuh hati pada Ae Jung. Tapi Ae Jung ni pulak jual mahal sebab mulanya dia tak percaya yang artis terkenal macam Dok Go Jin tu boleh jatuh hati pada dia. Tapi Dok Go Jin ni seterusnya banyak bantu Ae Jung dalam bidang hiburan sehingga Ae Jung dipilih untuk menyertai sebuah program yang dinamakan Couple Making bersama dengan doktor rawatan alternatif Yoon Pil Joo. Doktor ni pun jatuh hati juga pada Ae Jung.

So kalau nak tahu apa jadi dengan Ae Jung, Dok Go Jin dan Yoon Pil Joo ni seterusnya, korang kenalah tengok drama ni yer... but for sure, endingnya mestilah happy ending.. :) citer ni pun sangat kelakar dan juga sedih di beberapa part. Jadi untuk rating drama ni, aku bagi 4 bintang.

p/s: Dikesempatan ini juga aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada korang semua yer.. Selamat Berpuasa.. :)

No comments: