Be My Friend :)

26 July 2011

kdrama review: Baby faced Beauty

Sebelum aku tengok citer 49 days hari tu, aku tengok citer Baby Faced Beauty ni dulu. Drama ini ada 16 episode dan baru sahaja habis ditayangkan di korea pada 5 Julai yang lalu. Sebab utama aku tengok citer ni sudah semestinya sebab ada Jang Nara yang dulunya popular dengan drama My Love Patzzi pada tahun 2002. Dalam drama ini, Jang Nara berlakon sebagai Lee So Young yang berumur 34 tahun yang bekerja di sebuah kilang tekstil. Dia ni selalu orang salah anggap yang dia berumur 25 tahun sebab badan dia kecik sangat dan muka dia awet muda gitu. Cute betul dia. Namun setelah 14 tahun bekerja di kilang tekstil tu, dia kena buang kerja atas alasan kompeni tu mengalami kerugian dan terpaksa membuang pekerja. dan oleh kerana So Young ni bujang lagi, dia la yang terpaksa berhenti kerja. Padahal kompeni tu dah ambil pekerja perempuan yang lebih muda untuk menggantikan So Young. kesian dia.

Jadinya So Young ni sangatlah frust. dalam umur dia yang dah 34 tahun tu malah dengan fizikal yang kecil molek tu, susahlah bagi dia nak dapat kerja baru. adik perempuan dia yang berumur 25 tahun pun selalu menyusahkan dia. so hidupnya kemudiannya jadi lebih complicated selepas dia terpaksa menyamar jadi adik dia untuk bekerja part time di sebuah syarikat pakaian bila adik dia ni x mau pergi. kira adik dia pekena dialah. orang kat syarikat pakaian tu pun percaya yang dia berumur 25 tahun sebab muka dia mmg mcm orang berumur 25 tahun pun. jadi dia guna kad pengenalan adik dia, adik dia pulak ambil kad pengenalan dia. mcm2 benda la jadi kat syarikat pakaian ni. dan di situ juga dia dapat mengembangkan bakat dia sebagai designer sebab walaupun So Young ni xde kelulusan dalam bidang rekaan pakaian, tapi dia sangat minat dan sangat pandai menjahit baju. kat syarikat inilah juga dia bertemu dengan hero citer ini iaitu Choi Daniel sebagai Choi Jin Wook dan pengerusi syarikat yang juga suka pada dia iaitu Ryu Jin sebagai Ji Seung Il. Banyaklah benda yang jadi sepanjang dia bekerja di syarikat tu. dengan kawan2 seofis dia yang suka buli dia la.. dengan ketua unit dia yang selalu dengki kat dialah, dengan masalah keluarga dia lagilah.. macam2...so kalau nak tahu drama ni macam mana, kenalah tengok drama ni yer.. :)

pada keseluruhannya, pada aku drama ni menarik jugaklah sebab jalan ceritanya menarik dan boleh menjadi inspirasi kepada orang lain dengan sikap So Young yang tidak mudah putus asa dan bersungguh2 dalam melakukan sesuatu tu. juga menarik bila Choi Ji Wook yang mulanya tidak suka pada So Young, akhirnya jatuh cinta pada So Young tanpa mengira umur So Young yang tua 7 tahun dari dia. Jang Nara pun dah lama x berlakon drama korea so ini bolehlah dikatakan comeback dia setelah sekian lama menghilang. Drama ni pun happy ending. So akhir sekali, rating untuk drama ni aku bagi 3.5 bintang.. :)

No comments: