Be My Friend :)

24 July 2011

kdrama review: 49 days & ost

sepanjang minggu lepas aku habiskan menonton 2 drama korea. so tengok secara marathon la jawabnya..hehe..sebab sirinya banyak kan.. nak abiskan satu siri pun makan masa sejam dah..jadi terpaksalah mr. hubby dan anak aku bersabar dan beri laluan pada aku..hehe..ala.. lagipun diorang tido awal tiap2 malam..so lepas pukul 10 malam tu dua2 orang dah pengsan. so aku la konker tv tu sorang2.. :)

oklah kita citer drama yang bertajuk 49 days ni dulu. ini drama tahun ini yang telah habis siarannya di korea pada bulan Mei yang lalu. Drama ini ada 20 siri. genrenya ialah fantasy & romance. Ianya menceritakan tentang Shin Ji Hyun lakonan Nam Gyu Ri yang secara tidak sengaja terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori yang berhenti akibat kemalangan sebelum itu. Akibat daripada kemalangan itu, dia koma (mati otak). Dia ni pada permulaan cerita selamat bertunang dengan Kang Min Ho (Bae Soo Bin). makanya dalam koma itu, roh dia keluar dari badan dan dia dapat nampak segala yang berlaku di sekeliling dia. dari situ dia tahu rupanya kawan baik dia Shin In Jung (Seo Ji Hye) sebenarnya ada affair dengan tunang dia si Min Ho tu dan rupanya mereka berdua memang dah berpakat nak rampas harta Ji Hyun ni dari awal. Dalam pada itu, dia berkenalan dengan malaikat maut yang dipanggil Scheduler (Jung Il Woo) yang kemudiannya memberi peluang kepada dia untuk hidup semula tetapi dengan syarat Ji Hyun ni kena dapatkan 3 titik air mata dari orang yang betul2 ikhlas menangis untuk dia (x termasuk family) dalam masa 49 hari dari hari dia koma tu. untuk merealisasikan tujuan tersebut, dia dibenarkan untuk meminjam badan seorang wanita yang bernama Song Yi Kyung (Lee Yo Won) waktu Yi Kyung tu tidur sahaja sebab Yi Kyung ni keje shift malam dari 12 tengah malam hingga 7 pagi. maka Ji Hyun boleh guna badan Yi Kyung dari Yi Kyung balik rumah sampailah sebelum tengah malam. Yi Kyung ni pun tak sedar yang badan dia digunakan sepanjang waktu tu. cuma Ji Hyun ni tak boleh beritahu pada orang yang dia Ji Hyun sepanjang dia menggunakan badan Yi Kyung ni. seksa jugaklah dia sebab dia kena kerja dan dalam pada tu meneruskan misi dia untuk mendapatkan air mata dari orang yang betul2 menangis dengan ikhlas sebab sayangkan dia dan di samping tu nak menguruskan hal2 yang berkaitan dengan tunang dan kawan baik dia yang jahat tu dan menghalang mereka dari merampas harta keluarga Ji Hyun ni.

nak tahu keseluruhan cerita ini, korang bolehlah tengok citer ini yer. pada aku cerita ini ada jalan cerita yang menarik dan para pelakonnya pun bagus2 belaka. salah satu watak yang menarik dalam cerita ini sudah tentulah Scheduler si malaikai maut tu. cara dia berinteraksi dengan Ji Hyun sangat kelakar dengan mimik muka dan tone suaranya. Yi Kyung pulak cantik. banyak scene2 yang sedih terutama yang melibatkan Ji Hyun dan kawan baik dia dari sekolah iaitu Han Kang (Jo Hyun Jae) yakni hero drama ini yang banyak membantu dalam misi 49 hari Ji Hyun ni. masa tu juga dia tahu bahawa Han Kang ni yang sebenarnya mencintai dia dengan ikhlas. Hensem betul Han Kang ni tau. hehe..cuma aku sebenarnya berharap endingnya lebih kemas. rasa cam x cukup pulak endingnya tu. it could have a better ending..but anyway drama ini masih best untuk ditonton so aku bagi rating 4 bintang untuk drama ini dan ost song untuk drama ini pun memang terbaik dan sangat best. so here the list:

3. Even If I Live Just One Day - Jo Hyun Jae
4. I Can Feel You - NAVI
5. Why Are Not - TIM
6. Scarecrow - Jung II Woo
7. Always - Park Bo Ram
8. Seo Seung Eun (tajuk lagu x tau) :P
9. My Angel (penyanyi plak x tau) :P

4 comments:

BurBerry said...

kak rini..berry n kakcik skrng dok ikut cite Lie To Me..hero dia hensem..hehhhe

marstories said...

hehe..memang hensem si Ki joon tu..citernya pun best.. kak rinie dah buat review citer tu minggu lepas..selamat menonton yer.. :)

BurBerry said...

tuelah..tak boleh missed ni..if ter missed pasti berry tgk online..heheh

marstories said...

tengok online la senang.. cepat tahu ending dia..hehehe.. :)