Be My Friend :)

14 July 2011

book review: norwegian wood by haruki murakami

baru2 ini aku habiskan membaca novel ni setelah membelinya 2 minggu yang lalu. novel yang pada asalnya dalam Bahasa Jepun telah dialih bahasa ke Bahasa Inggeris sebanyak 2 kali sejak diterbitkan pada tahun 1987 adalah hasil penulisan penulis terkenal Jepun iaitu Haruki Murakami dan sudah terjual di Jepun sebanyak 10 juta salinan dan 2.6 juta salinan pula di luar Jepun. buku ni dah dikategorikan sebagai vintage pun. walaupun ini novel yang dialih bahasanya, jalan ceritanya mudah difahami sebab penggunaan dan susunan Bahasa Inggerisnya yang ringkas. jadi senang nak faham dan yang membuatkan aku tertarik nak baca buku ini ialah sebab aku pernah baca novel lain dari penulis yang sama iaitu Kafka On The Shore sebelum ini dan merasakan mesti novel ini pun best macam Kafka On The Shore sebab dari penulis yang sama.

buku ini menceritakan tentang hidup seorang pelajar universiti zaman 60-an di Jepun iaitu Toru Watanabe yang mengambil kursus dalam bidang drama. dia ni bolehlah aku gambarkan sebagai seorang yang sederhana dari segi rupa parasnya, gemar membaca dan juga pendiam. dia juga tak ada ramai kawan. satu-satunya kawan baik dia ialah Kizuki tapi Kizuki ni dah bunuh diri masa umur 17 tahun kerana tekanan jiwa. lepas Kizuki ni bunuh diri, Toru Watanabe ni jadi rapat pula dengan Naoko iaitu girlfriend Kizuki dan oleh sebab selalu keluar jalan2 dengan Naoko ni, Toru jatuh cinta pada Naoko. Naoko ni pun suka pada Toru tapi dalam pada itu dia juga mengalami tekanan perasaan selepas kehilangan Kizuki. sebab dia dengan Kizuki ni dah kenal dari umur mereka ni 3 tahun lagi. maka bila Kizuki bunuh diri, Naoko ni macam tak boleh nak terima kenyataan dan akhirnya mengalami depresi dan masuk hospital sakit jiwa. maka ceritanya banyak berkisar mengenai Toru yang berusaha untuk mengurangkan tekanan Naoko kerana cintanya pada Naoko dan seterusnya mengenai hubungan dia dengan Midori iaitu rakan seuniversiti dengan dia. Midori ni, dari personalitinya adalah berlawanan dengan Naoko sebab Naoko ni aku rasa lebih pasif, sederhana dan pendiam tapi Midori ni lebih aktif, cantik dan bersahaja orangnya.

pada keseluruhannya, novel ini banyak menceritakan tentang emosi sama ada emosi Toru, Naoko, Midori, Kizuki, Reiko (roomate Naoko di hospital sakit jiwa) serta Nagasawa & Storm Trooper (satu asrama dgn Toru). mujur aku tak emosi sekali..hahaha.. tapi novelnya bolehlah aku katakan menarik juga. jalan ceritanya juga digarap dengan baik. cuma oleh kerana novel ini ditulis oleh penulis Jepun, maka banyak juga plotnya menceritakan tentang hubungan bebas remaja jepun yang ditulis dengan agak terbuka yang aku kira sekiranya di Malaysia, ianya tidak sesuai untuk dibaca oleh yang belum berkahwin. dan juga ada juga cerita tentang bunuh diri iaitu Kizuki yang bunuh diri pada umur 17 tahun, Kakak Naoko pada umur 21 tahun serta Naoko juga pada umur 21 tahun (semuanya sebab tekanan jiwa). Novel ini telahpun difilemkan dan telah ditayangkan di Jepun pada bulan November 2010 yang lalu. Dalam filem ini, watak Toru Watanabe dibintangi oleh Kenichi Matsuyama, Rinko Kikuchi sebagai Naoko dan Kiko Mizuhara sebagai Midori. Kalau kat Malaysia, aku rasa filem ini tidak akan ditayangkan sebab melihat trailernya di YouTube pun aku rasa filem ini mengikut hampir 90% apa yang ditulis di dalam novel maka tentunya tidak sesuai ditayangkan kepada penonton di Malaysia. akhir sekali, rating untuk novel ini, aku bagi 3 bintang.

No comments: