Be My Friend :)

22 June 2011

ye ke salah nombor?

aku ni jenisnya jarang nak check hp kalau kat office. kadang2 hp tu dok dalam beg sampai terlupa nak bawa keluar dari pagi sampai petang pun ada. macam semalamlah. dah dekat pukul 5 petang baru aku teringat nak tengok hp dalam beg. aku tengok ada 2 miss call dan satu sms dari satu nombor yang tidak dikenali. oleh kerana aku ni jenisnya kalau x kenal nombor tu, aku xkan call balik jadi aku biar ajelah. tapi sms tu buat aku macam terkonfius sikit sebab text tu macam ni: "esok htr fail kat sy ok"

terus aku terfikir..ni sapa pulak yang suruh aku hantar fail. fail apa? kepada siapa? nak hantar ke mana? sebab bos aku ada jer kat bilik dia di depan aku ni seharian semalam. xde pulak dia mintak fail ke apa. lagipun kalau bos aku tukar nombor hp baru, takkan dia x bagitau aku. nak pulak masa aku baca sms tu, bos aku ada jer kat meja dia. apahal dia nak sms2 pulak kalau dia boleh cakap direct jer kat aku. tambah lagi, aku x serve pegawai lain di bawah bos aku. kecuali kalau diorang mintak tolong la kan. tapi diorang kalau nak minta apa2 terus jer mintak kat aku. x pernah pulak nak hantar sms nih. pelik kan. so aku balas la..."sorry. fail apa? siapa ni?". lepas tu terus aku pun balik rumah since masa tu dah pun pukul 5.30 petang.

balik rumah aku check hp lagi. ada miss call lagi dari nombor tu dan dia ada hantar sms juga.."mesyrt..dkt ipoh ada ats meja..kt pjbt sy". lagi buat aku confius..ni sapa pulak yang nak mesyuarat kat ipoh ni? bos aku xde mesyuarat kat ipoh. mesyuarat kat kl ada la. hoh! malas nak layan so aku x balas pun. aku pun ada bagitau kat mr. hubby dan dia pun cakap jangan layan. tapi selang 15 minit kemudian dapat lagi sms dari nombor yang sama.."awak ni sapa ek, patutla fail x sampai slh org ni..awk kt mana?". pulak. aku fikir orang ni bukan x sengaja hantar sms kat aku tapi memang sengaja pun. lagipun ikut logik, sms pertama tu kata nak fail tu esok...apa pasal dia cakap fail tu x sampai pulak...esok la patutnya baru dia tahu fail tu sampai ke tak kan? ni dah terang2 dia tahu dia memang hantar sms kat orang yang salah. pastu dapat lagi sms dia.. "awk kt mana?"...dan lagi "sy badrul awk sapa? ble kenal tak"... sahlah memang mengarut dah ni.

aku hairan la. kenapa la orang ni susah payah nak menipu orang lain cara macam ni. xde faedah nak bazirkan kredit hp dengan menghantar sms kepada orang yang kita x kenal pun kan. aku ada terfikir juga. ntah2 orang ni orang yang aku kenal tapi sengaja hantar sms begini untuk mengusik aku ke..atau orang ni memang orang jahat yang memang ada niat yang x baik..atau memang orang ni memang betul2 salah nombor...ntahlah...sorry la..whatever or who ever it is kalau nombor tu bukan dalam senarai contact list aku dan x bagitau pulak dia tu siapa, aku x layan punyalah..

No comments: