Be My Friend :)

08 June 2011

penipuan melalui internet: laila & suraya

baru-baru ni kan ada kisah penipuan internet dalam tv kan? yang lelaki negro menyamar jadi 'laila mohd faisal' tu... aku pun ada dapat email dari 'laila' ni. dia hantar email macam ni:

"Apa kabar,my name is laila mohd faisal,i am presently in Uk, My father is from (sabah) Malaysia and my mum from UK,i will be coming to Malaysia for my Vacation soon.i want us to be close before i come to Malaysia so that you can show me around Malaysia when i visit.please feel free to write me ,so we can get to know our self more. hope to hear from you,, my email is lailamohdfaisal@yahoo.com"

email ni dihantar dalam email rasmi aku dan lepas surf internet, aku jumpa banyak kes yang melibatkan nama yang sama bukan sahaja di malaysia tapi di indonesia dan Filipina juga. so aku tak layan pun email ni. lepas tu, aku dapat lagi email yang lebih kurang sama tapi dari nama yang lain pulak macam ni:

"Hello, how are you? Well it might seem strange contacting you, but i want to meet a malaysian, Someone with my ancestors blood, i want to know my root better,so can i be your friend and can you be of any help to me? Here is my Personal email id: sura.annakamal@gmail.com Hope to hear from you soon..Best Regards Suraya A.Kamal"

again, aku surf di internet tapi tak jumpa lagi kes yang melibatkan nama ni. so aku decide to play along. nak tengok macam mana respon dia. lepas aku balas email dia ni thru email add yang dia bagi, 2 hari kemudian dia balas macam ni pulak:

"I am so happy to hear from you. Are you a Malaysian if yes, how is Malaysia?may i know your name i would love to know you better. My name is Suraya Anna Kamal, I am mixed Malaysian and British, my father is a Malaysian and my mother is British. My Dad died when i was 10 years old, so its just i and my mum now hehehe. I was born in London but studied in the United States,i live alone with my cat (Mimi) i have lived all my life here in the UK. I have been wanting to visit Malaysia, but i have never really had a good reason to do that. I have never been to Malaysia,i feel so happy that i can communicate withsomeone from my father's land and i now have hope that i will visit soon, haaaaa!!!,i am so excited. Well i am 29 years old single lady....I livein London, I work with the Toyota company as a computer analyst. My parentshave everything they want in life, they are shareholders in many bigcompanies here in the UK, so my mum still try to do everything for me whichi really don't like anymore, she's making me feel like a baby for too long, iam 29 years old!! for crying out loud, My late Dad bought so many bank shares forme that pays me now so much well. I would really love to meet a nice Malaysian personsome day,so we can get to know each other much better and for you to tell memore about my beautiful Malaysian people and our culture since my dad never did before he died. I feel so lost not knowing about my culture. Please i will be most delighted to hear from you soon. I got your email id through an email finder when i was doing a research about Malaysia I hope you don't mind"

panjang berjela2 dia balas kan? lepas tu, dia hantar email lagi:

"Thanks for replying back. How are you doing today? I actually live in Central London UK. Please Can you tell me a little about Malaysia and too bad i cannot speak Malay but, am willing to learn and i hope you will teach me. My mum is currently based in Dublin Ireland. Am working and living here alone in the London,UK. and i'm the only child of my parent. Actually my late father was from Sarawak (Kuching) Malaysia, but since i wasborn i have never been there, which is why i have decided to come over andsee how Malaysia looks like because i learnt is very peaceful.Would you be chanced to show me around? I would love to come there next month,because its my one month leave from work tostay for 2 to 3 weeks, i hope i will not be inconveniencing you. I attached my pictures to this mail hope you like it please you can send me your pictures too if you don't mind. I will be waiting to hear from you soon"

dan kali ni disertai dengan 6 keping gambar dia dan berterusan la email dari suraya ni sehingga sampai satu tahap, dia kata nak hantar hadiah pada aku sebagai tanda persahabatan. nak tau apa yang dia nak hantar? ini email terakhir dia:

"I hope you are fine. So sorry for the long silence i still outstation. I'm actually at the seapot i have not had access to communication I know you must have tried contacting me on my cellphone. Anyways my dear am so happy i met you, you are a dream come true for me, i have always desire to come to Malaysia for a better reason, i think now is the right time. Honey have you tracked the parcel? Its a token of my appreciation to you sweetheart hehehe, you know how much i appreciate you and i want you to do the same. I wanted the parcel to reach you first before i tell you the content on the brown envelop, but am so anxious i cannot wait any longer,hehehe, i wanted to tell you myself on the phone but the network was messed up, hummmmmm. Do you know what i put inside the brown envelop? i put the sum of 120,000 thousand pounds and along with a model HP laptop, a gold wristwatch, IPhone, flowers, My recent pictures and some beautiful t-shirts and Polo sleeves hehehehehe. Darling i want you to take 40,000 pounds from the 120,000 pounds and pay a deposit for the house i intend to buy then keep the balance 80,000 pounds for me that is part of the money am going to use to start the investment when i come to Malaysia....then from my 80,000 pounds you have to take some money inside and book a hotel for me a place were i will stay when i come over i hope you understand me because i really don't want to inconvenience you or anybody, please as soon as you receive the parcel just give me a call and let me know so that we make more plans because i really want to enjoy myself with you when i come to Malaysia..... i will be coming to Malaysia soon, i am waiting for my boss to completely approve my leave. Please note i am currently outstation for a seminar and will be back to London shortly and also i used a special diplomatic service because it is more safe and convenient. Do have a nice day. Love you hummkisssssss..."

kelasss kan? memang terbaik la ada kawan macam nih! bukan setakat bagi laptop dan iphone, siap nak pos duit lagi sampai 120 ribu pound..wahh..lepas tukar ke ringgit malaysia.. fuhhh! kaya aku..haha..adoii..agak-agak la kan kalau kot yer pun nak menipu. jangan terlampau2 sangat camnih..sangat over tau! lepas dapat email ni, aku dah xde hati nak balas email dari dia lagi dah so dia pun dah x hantar email pada aku. mungkin dia dah tersedar yang aku sebenarnya tau dia menipu. aku rasa ni adik-beradik si laila tu la agaknya sebab dari email2 laila yang dia hantar pada orang lain, ayat dia lebih kurang macam ni jugaklah cuma si suraya ni terlebih rajin hantar email panjang2 berjela. mungkin nak yakinkan aku yang dia ni mesra orangnya...haha..tapi nak menipu orang sampai dah jadi x logik pulak kan? apa pun, benda macam ni, jadi pengalaman dan pengajaran pada aku dan aku harap dapat jadi pengajaran pada orang lain sama. Alhamdulillah la xde menyebabkan aku habiskan duit ke apa ke sebab dari awal memang aku syak yang suraya ni orang yg lebih kurang sama jer dengan laila tu...so korang beringatlah kalau dapat email yang macam nih yer terutamanya kalau email tu dari Laila Mohd Faisal & Suraya A. Kamal :) ...

74 comments:

Naja said...

baguih dok ada. syian... dia ingat semua orang bodo mcm dia ka ? patut rini hang tunggu smp dia bagi no parcel tu.. smp peringkat dia soh hang tlg bayq duti kastam bagai.. time tu baru hang gelakkan kat dia guling2... wakakakakakaka!! sian suraya ni, hajat nak mai malaysia tak tercapai la gamaknyer.

p/s: kalo dpt duit tu jgn lupa share dgn aku separuh! hahhahaa

marstories said...

hiks..ada naja dia bagi no. parcel dan siap boleh link ke website syarikat penghantar parcel tu lagi..terbaik la diorang nih...kiranya cerdik IT jugaklah kan..aku check, 3 minggu sudah parcel tu transit di dubai. maybe 2-3 bulan lagi sampailah kot sebab dia guna kapal laut tuh..hahaha..x pun parcel tu tenggelam dalam laut dah pun..kalau dapat hang jangan risau..aku ingat perjanjian kita dulu tuh..hahaha..

Anonymous said...

saya baru dpt email dari suraya kaml ni. ayat sebijik sama. nasib baik saya google dulu dan jumpa blog awak. dah boleh agak pon mesti kes menipu la ni. xkan la blh sesuka hati hantar email kat org lain. bukannya dia tau kita ni org malaysia or tak hanya berdasaran pada email.

marstories said...

ye ke? good to know yang entry saya ni dapat membantu awak dan orang lain sebab masa saya mula2 dapat email dari suraya ni, belum ada entry yang melibatkan nama yang serupa di mana2. sebab itulah saya nak try balas dan tengok respond dia. so dari situ barulah tahu suraya ni macam mana.. :)

Anonymous said...

wahh kes awk sama mcm saya..mmg kalau dia dah email ramai org maknanya dia tipu ni..nasib baik x bg no phone or adress kt suraya ni

WanstaticX said...

kah kah kah~ aku pn dpt gak emel ni.... yg sempoi aku dah trbagi no phone plak.... no phone je,,,, dia kata dia duk UK tp bila check Ip adress dia kat US... mount view airport pnya IP.... layan je smpai dia bosan.. aku pn tgh bosan gak ni...

marstories said...

anonymous & wan: haha..saya bagi jer no tel dan alamat pejabat saya sebab nak tengok dia nak hantar apa..tapi lepas saya pun dah malas nak layan dia, dia pun dah perasan kot saya tau dia tipu so dia terus x hantar email lagi dan setakat ni xde plak dia call atau apa2. kira stop cam gitu ajelah.. :)

chip said...

OMG! saya pon dapat email sebijik cam ni!!!! baru dapat reply dia...saya pon dok balas laa email dia..alamak....bengong nyerr...pastu baru terpikir nak google..then jumpa la blog awak ni! apasal lah saya tak terjumpa blog awak ni terlebih dulu sebelum penat2 jer taip pasal Malaysia yg dia nak tau sesgt tuh! adehhh.... tapi kira bagus jugak la lepas ni dah boleh expect laa dia ni nak reply apa kann.. tq laa sebab berkongsi... ini kaki penipu dari mana ni agaknya ...cam ni punya orang pon ada ke?

marstories said...

chip: hehe.. baguslah saya dapat bantu ramai orang dengan entry nih..diorang ni guna jalan yang senang untuk kaya. mungkin sebab diaorang tahu orang Malaysia ni baik2 belaka so diorang ingat mungkin senang nak ditipu tapi sayangnya orang Malaysia bukan saja baik tapi bijak juga.. hehe..

chip said...

hi...seperti yg dijangkakan memang betul la mcm yg awak cakap kan tu..hari ni saya dapat email dari dia ayat pon lebih kurang cam yg awak dapat tu ...berserta 6 keping gambar dia tu - bukan main posing.. meluat plak tgk dah tau yg dia tu menipu kan... sekarang ni awak rasa patut tak saya balas dan katakan dia tu penipu?

marstories said...

hehe..memang dia guna skrip yang sama jer pada semua orang..saya rasa pun eloklah awak balas dan bagitau dia, sudah2lah..memang penipu besar..buang masa awak jer layan dia chip.. hehe :)

Anonymous said...

tapi kan..lau dye mnipu..dye nak apr dr kta ek?saya pun dapat email sbjik cmni..ble check ngan courier service memang ada parcel tu..hmm pelik gak..ape yang dye nak or dapat lau mnipu cmni??

marstories said...

mmg kalau check melalui link yang dia bagi tu, kita boleh tengok senarai brg yang dia hantar tu tapi mesti pending/transit kat mana2. dia akan soh kita tggu dan check selalu. so dalam masa kita ingat brg tu pending, akan ada orang yang akan call kita bgtau yg parcel tu dah sampai dan dia akan minta bayaran untuk release parcel tu pada kita sebab brg yang dia hantar tu mmg for sure terbaik la kan. kat situlah nanti kita terkena. bayar tapi parcel xde pun. saya agak mcm ni la sebab saya ada dapat call dari no. yg saya x kenal masa dia kata dia dah hantar parcel tu. cumanya saya ni jenis x suka layan no yang saya x kenal so saya x angkat call tu. dan kalau surf internet, syarikat kurier yg dia kata dia hantar brg tu kan, mmg x wujud pun. mungkin web tu sindiket tu yang bangunkan sendiri..

Anonymous said...

no courier service tu 016 277 7785..kat sepang nma pmpuan yg call saya tu nor halimah..

marstories said...

oic.. camtu awak dah ambil ke barangnya? jangan dia hantar barang terlarang dah la..

Anonymous said...

saye x ambil sbb saya x bayar rm 3850 utk clearance and delivery charges..pmpuan yang nama suraya tu ada call saya sndri dr london..dye merayu sgt2 tlg byar charges tu sbb dlm parcel tu ada 120k pound!syukur sgt2 sbb x terpedaya..

marstories said...

haa..itulah saya kata tu..dia mesti kata kena bayar some amount untuk release parcel tu..dari situlah dia dapat untung..dia ingat dia dah cukup pandai la tuh..ikut logiknya, dia yang hantar barang pada kita, dia la kena bayar semua charges sebab bukan kita yang mintak dia hantar barang kat kita tapi dia yang lorat sangat nak hantar..kan? alhamdulillah la kita semua x terkena dengan tipu daya dia nih.. syukur.. :)

Emphbone said...

Hai..
Gambar dia cun tak hehe.. Nak jgk tgk
Erm dapat jgk email camni,
igtkn pmpn mat saleh man anak berkenalan.. Baru nak perasan diri ni hensem ekekek..

Erm apa pun ini scam terbaru ni
Sian org yg nama dia betul Suraya Kamal huhu

marstories said...

hai emphbone..hehe..gambar dia? bolehlah..tapi pada saya, kalau kita nak berkawan, x kisahlah orang tu lawa ke x lawa ke kan.. yang penting dia ikhlas..ni sebab menipu, cun pun xde maknanya! lagipun saya rasa, dia tentu2 guna gambar orang lain. kalau awak nak tengok gambar dia, cuba awak balas email dia tu..sekejap jer dia balas dan bagi gambar gambar dia sampai 6 keping..hehehe.. trylah!

Anonymous said...

salam kawan2 yang belom terkena harap hati2 pada ogos baru2 ni saya ada terima email dia kata dia nama fatima abd rahman....dia asal sabah dia tinggal kat uk ngn mak dan adik dia...dia cakap dia mix ayah dia mamak dan mak dia mat salleh...dia ada cakap dia nak hantar gift berupa jam tangan wristwatch gold,mu jersi,hp nokia bunga gambar dan duit 100000pounds....dia dok ayat tp saya xcaya mana mungkin bru knai dalam fb dia jatuh ht....jd kalau la ada sapa2 3ma layan baiknyer dia akan pura2 hantar parcel pas 2 akan stuckj kat lcct dia akan goreng kita kononnya sangkut kat kastam kene cuka sebab parcel 2 lebih muatan 22kg...pas dia suh bankin kat ajen kurier 2 yg nama dia antony floyed....delivery officer kononnya....tp dia bg akaun maybank nama len aisha alfa abu....ht2 kalau dapat email mcmni...bila nak tengok parcel dia elak....ni no email saya izlan_lan06@yahoo.com kalau nak add saya fb mohd izlan lan

P/s saya xmau org malaysia tipu kita...

jom hebahkan benda ni

marstories said...

wsalam izlan..hehe..saya rasa modus operandinya sama jer walaupun nama berlainan. saya rasa diorang ni bukan orang malaysia pun tapi mgkin dapat kerjasama dari org malaysia juga. saya pun harap xde orang yang kena tipu sebab nampak sangatlah x logiknya kan.. :)

Anonymous said...

ya, saya pun ada dapat email ni, guna nama lain pulak, tapi cerita isi, jumlah wang semua sama..

saya pun balas email dia..

dia guna nama maryam ahmad.
email maryamahmad63@yahoo.com
fb pun ada.. tapi tak pernah approved pun.

yup, no telefon wakil curier pun sama..
016 2777785

dia ada bagi no akaun maybank suh masukkan duit. kasnah binti amit.
maybank 1600 1868 0743

pergh.. nasib baik saya surf pakai no telefon 016 tu.. rupa2 mmg penipu.

yang saya syak bila minta no telefon office dan no telefon wakil yang hantar tu, trus dia senyap. call pun asyik offline phone...

perghhh, gila licik sungguh.

saya siap print out alpha currier service detail tracking number. 3 hari je sampai.. tapi sangkut kat sepang.

alamat dia bagi lot 986, pantai bagan lalang, sungai pelek,sepang..

saya nak datang opis tuntut parcel tu dia kata tempat ni org luar takleh masuk.. mmg la takleh masuk sbb hutan banat.. ciss..

so guys becarefull.

anybody yang terkena cite ni can add me thru fb rime lazir, pm me... codename - maryam ahmad.

marstories said...

wah..memang sekarang dah banyak dah siri penipuan ni tapi menggunakan nama yang berlainan. tapi for sure diorang ni guna nama ala2 orang melayu untuk menipu kita...dari maryam ahmad yg mcm awak dapat ni pun saya ada terima email dia. tapi saya xlah layan sebab ayat dia sama jer dengan suraya. pastu ada yg nama aisyah la..fatima la.. jahat diorang ni kan.. hampeh betol dia bagi alamat syarikat dia dalam hutan banat.. alhamdulillah la awak x terkena.. :)

Anonymous said...

i dah kena tipu, dia kata dia transfer 10,00 euro pada i, then i transfer rm26, 000 pada dia, ingat dapat untung, tapi bank pun kosong jer...
i lapor pada polis, harap dapat tangkap itu fraud dan memulihkan amount i dah loss

marstories said...

anonymous: ye ke? banyaknya you hilang duit..tu la..diorang ni ada banyak taktik nak kenakan orang..moga diorang ni semua kena tangkap juga akhirnya..dan jadikan ianya sebagai pengalaman dan pengajaran untuk masa depan...sama2 kita beringat yer..

Anonymous said...

i kena tipu juga... i lost 9thousan200hundred....

Anonymous said...

saya juga kena tipu , boleh tau awak orang mana tak ?

marstories said...

anony: mak aihh...banyaknya duit awak hilang...kesian awak..

ladyelena said...

saya pun kena jugak dgn sorang mamat....matsaleh dri UK.....hehe...tpi cam nonsense...tiba2 nk bgi hadiah...mcm2...cam kat atas tu jugak...tpi tu lah kan....bila fikir2 balik....agak2lah bagi hadiah kan...tu semua boleh buat hadiah kawen tuuu...ehehehe...

marstories said...

ladyelena: hehe..tu la pasal..nak tipu pun logik2 laa kan..nampak sangat menipunya tu.. :)

Anonymous said...

ni saya dapat dlm fb msg saya.. saya cuma reply sekali je sbb pk betul pastu bila dpt reply pjg lebar, rasa lain macam je, terus google dan mmg betul benda ni scam..

ni dia msg yg dia reply.. teruih block semua + repot kat fb dohh...

Fatima Abdul Rahman

Thank you for accepting me as your friend as a matter of fact i really liked your profile picture when i saw you i never knew that it wouldn’t take such a long time to get back to me, My name is Fatima Abdul Rahman, I am mixed Malaysian ,my father is Malaysia and my mother is from The UK…I speak very little Malay…lol i was born here in central London and have never been to Malaysia. You just have to understand that communication is an integral aspect of life. i am an IT guru presently working with Hewlett-Packard, i enjoy what i do but because of the way Muslims are being treated over here that is why i want to come down to Malaysia, my dad is late and it is his dying wish that one of us come and live in Malaysia and i want to take up that challenge as the eldest child. Well i only have a younger sister who is currently studying in the united states,
i don’t mean to cause any problem in your family but i think i will like to be with you so you can help me settle in when i come over. I hope to hear from you soon.

Bye
Fatima

marstories said...

anon: hehe..fatima tu comfirm la tipu..syukur alhamdulillah la awak teringat nak google dulu..yang saya hairan diorang ni semua berasal dari UK jer pun...kan? hehe..

Anonymous said...

saya pun ada terima email dari fatima abdul rahman, search kat facebook ada few people nama fatima abdul rahman yang sama je. search kat skype, ada sorang kat australia. search kat google jumpa blog ni. confirm minah tu nak con aku. layan je laa email dia... kasi dia syok sendiri, lepas tu f*** dia terus, maklum laa aku baru saja nak jual pasarmini aku, mungkin dia nak kebas duit aku. ingat aku ni baru lahir semalam ke... thks bro for your good info from your blog, hope other people will find your blog and stop this scam...thks again.

Anonymous said...

Sejak 21 Jun lepas sampai skrg saya dok layan satu awek UK ni yang guna ayat yang sama macam contoh tadi. Dari awal saya mcm dok rasa yang tulis itu org Negro berjanggut atau bangla yang mungkin dok kat Malaysia aja. Gambarnya lawa, dia tak guna fb, tapi email office sy. Bila semak memang ada fb dan gambar mcm 2 jugak. Sy ni berlindung pd Allah, tak tua sgt tapi bila ada org acting awek 15 tahun lebih muda nak ayat saya, saya cepat tangkap dia punya mistake. Sekarang saya dok layan... dia punya action skrg ialah tanya saiz kasut dan pakaian saya; nak beli rumah kat malaysia dan dan apply cuti nak mai Malaysia bulan september ni. Kalau betoilah ni awek... rugi gak kan? Hahaa... TKasih posting yg berguna ini.

marstories said...

anon1: u're welcome... :)
anon2: Haha..good luck untuk awak..cuma berhati2 dan jangan mudah percaya pada orang yang kita x kenal..apatah lagi bila melibatkan duit..and yes..u're welcome..i'm so glad to know that i've been able to help people through this posting :)

Anonymous said...

Sy pn cm korg jgk.tp terhast ngn pjukn nye ak bg almat dan no phone. Ap nk dbuat skg.tlg please

marstories said...

Anon: dont worry..dia xleh buat apa2 dgn alamat & no tel awak tu. Tp dia akan call awak bgtau yg dia dah kirim hadiah dan minta awak bayar wang pelepasan kastam dan soh awak bank in kat akaun tertentu. Just jgn layan & jgn percaya kat dia..x angkat call tu lagi baik.

drmandangmichael@gmail.com said...

Yaitu dia yang berlaku tidak bercela, yang melakukan apa yang adil dan yang mengatakan kebenaran dengan segenap hatinya,
yang tidak menyebarkan fitnah dengan lidahnya, yang tidak berbuat jahat terhadap temannya dan yang tidak menimpakan cela kepada tetangganya;
yang memandang hina orang yang tersingkir, tetapi memuliakan orang yang takut akan TUHAN; yang berpegang pada sumpah, walaupun rugi;
yang tidak meminjamkan uangnya dengan makan riba dan tidak menerima suap melawan orang yang tak bersalah. Siapa yang berlaku demikian, tidak akan goyah selama-lamanya.

Anonymous said...

Saya pun penah terkena. Nasib baik dapat mengesan penipuan itu. tapi masalahnya terbagi nama n alamat ofc. perlu report polis ke??? saya ada repot melalui emel je.tp xtau polis layan ke tak...tlg bagi advise skit..

marstories said...

Anon: terbagi nama & add office tu xper..dia xleh buat apa2 pun. Cuma bila dia call jangan layan...:)

Anonymous said...

aslm.sya pn trkena gak bru smlm.sial minah ni.fatima abdul rahman.lesap rm25000.aku dpt sindiket ni aku kerat2 18 bg anjing makan.
be careful all of em....

Helmi Alley said...

aku pun ade pgalaman gak dari situasi ko ni..haha..dalam facebook pun ader..korang cuba search nick nie..--->>azura saifu..(cube la msj skali msti die trus layan)lebih kurang jugak ar macan kisah yg ko story ni..die nak bg aku 12000 pound,samsung s3,ipad2 and gold necklace..hahaha

firdaus haziq abdul malek said...

Assalamualaikum. Saya pdod. Saya pun hampir terkena ni. Baru sat tadi dia mintak details apa semua. Nasib baik saya google dan jumpa post ni. Thanks a lot! May Allah bless you always and grant you deeds for what you have done. Thnx sangat sangat! =) Harap harap takda sapa sapa yang terkena dah. Hee. Btw, saya terkena di fb. Nama dia AZURA SAIFU. Cantik dan sexyyyy. Haha. Ni fb page dia https://www.facebook.com/azura.saifu. May Allah protect us insyaAllah. Ameen.

Best regards,
Pdod

marstories said...

wah..nampaknya Helmi & Firdaus terkena dengan org yang sama yer!? Alhamdulillah la korang cepat2 sedar...to firdaus: i'm glad to help :)

Anonymous said...

hi... assalammualaikum.... hihihihi sya bru je dapat chat dr kmbing ni mggu lpas, p saya msh layan.... hihihiiii saje je... kambing ni namanya shiela... fb dia????ok2, fb dia http://www.facebook.com/shiela.mohammed
jadi yg kat luar, hati2... n tq tu tuan blog,hihihihiiii sya dah agak dh bnde ni, pas tu tjmpe plak blog ni kn..kn...kn... hihihihihihiii mmg sbjik msg kambing ni mcm yg kat atas tu... p blm smpai thap nk bg duit bagai... hihihiiii k, tq arigato gozaimasu.....

marstories said...

hi anon...wsalam wbt.. :)
doitasimashite :)
glad dapat bantu orang lain supaya tidak terkena dengan penipuan melalui siber ni.. :)

Anonymous said...

salam, sy berharap penipuan ini dapat dihentikan...mari kita fikirkan bagaimana caranya kerana sy tidak mahu kawan2 kita hilang ribuan ringgit kerana mereka. sy ada pengalaman yg sama tp sy tak pernah bg mereka walau satu sen pun. tp sy geram kerana mereka masih lg aktif dan mencari mangsa yg lain.

Anonymous said...

salam, sy berharap penipuan ini dapat dihentikan...mari kita fikirkan bagaimana caranya kerana sy tidak mahu kawan2 kita hilang ribuan ringgit kerana mereka. sy ada pengalaman yg sama tp sy tak pernah bg mereka walau satu sen pun. tp sy geram kerana mereka masih lg aktif dan mencari mangsa yg lain.

marstories said...

Anon: silap org kita juga sbb terlalu percaya. Sepatutnya siasat dulu sebelum percaya bulat2. Apatah lagi kalau melibatkan duit ni. Ni senang sgt percaya pada org asing yg kita x kenal pun...kena hati2 selalu..

SITI NOORYAHMILAWATIMAH Yahaya said...

Saya pun baru je lalui pengalaman ni...saya saja layan sbb nak tau bentuk penipuan diorg. Seorg lelaki kononnya saudi arabian tinggal di Dallas, bekerja sbg engineer. Fuhh ayat mmg baguih, caring, dua bulan dok chatting...dia mula tanya saiz bdn la, pakaian dlm la. Dia kata, nak bg hadiah kat saya sbg tanda persahabatan. Laptop, Samsung Galaxy Note, flower, gold wristwatch, brown envolope yg ada duit di dlmnya. Dia bg link dan no tracking. bila check mmg ada. Dua hari lepas tu syarikat curier di Malaysia call, bgtau brg dah sampai tp kena byr RM2,500. Lelaki ni massage saya bgtau dia gi melancong ke Paris dan tak boleh nak tolong byrkan utk saya. Dia pujuk saya suruh bayar secepat mungkin takut brg tu hilang konon. Saya cakap saya tak ada duit dan saya tak perlu byr apa2 atas kiriman parcel. Saya unfriend dia. Dia marah, dia kata saya jahat sbb menyebabkan kerugian dia la mcm2 dia kata saya. Saya pun balas gak... Saya blok dia. Rupanya dia bukak account baru utk message saya, dia kata salah ke dia cuma nak saya jadi special girlfriend dan dia cintakan saya. Dia ingat dgn itu, saya boleh la nak baik semula dng dia. Sorry la, kita dah tau dia penipu takkan nak layan lg kot. Rupanya org2 mcm ni step dia sama ja utk menipu. Hati2 la...jgn sampai kita sendiri hilang pertimbangan.

marstories said...

Siti: wahh..terbaik kes awak ni. Tp kalau ikut logik laa..kan...apahal bunga pun termasuk dln parcel yg diorang hantar tu yer? Kan parcel ambil masa yg lama nak sampai sini. Dalam pandai diorang ni nak menipu org, ada jugak bab yg kurang cerdiknya! Betul x?!..alhamdulillah awak x terkena... :)

Anonymous said...

Thanks untuk share info penipuan ni.. Saya pun pernah dapat msg kat fb dari fatima abdul rahman.. Msg ini kat bawah ini saya dapat semalam.. Nasib baik jumpa blog ni, thanks ya pemilik blog..
Hati2 kawan2 jgn mudah tertipu...

Honey, how are you doing? I know you are far asleep as i send this mail but never the less i just want you to know that i love you so much and i want to thank you for the joy you brought to my life. I went shopping today and i got you some nice stuff i just hope you like them.I want you to help me check out the prices of houses around where you live because i want to come down and start a life in Malaysia and then shuttle UK often,i have made up my mind on this and since you have got a lot of experience you will be my guidance angel, hope you don't mind?

Honey, you have to promise me something, you have to be honest with me, i need no money from a man,i know my dear, you have such quality i need from a man. please honey don’t allow anything to come between the both of us, try your best to be honest to me, i need this information to send the gift i bought for you,

Dear please send me your personnel details,

Your full Name:
Your full House Address:
Your Mobile or Contact Number:
Your Email Address:

That i will use in sending the parcel. Please my dear try your best to be very honest with me and my family. Have a blissful day. kissssssssss. Hope to hear from you soon

marstories said...

Anon: Hehehe..sama2.. :)

Anonymous said...

Hi..Sya ada berkenalan dgn perempuan yg bernama Fatima Abdul Rahman. Sya bru kenal dia sebln lbh. Dia tu pandai ckp manis. Dia juga ckp ada htr parcel kt sya. Semlm ada mamat negro call sya. Dia ckp mereka tu agent penghantar br2.

Anonymous said...

Hi...sya juga terima msj sebiji mcm awk punya. Skrg org tu nk sya byr dt parcel tu. Ha..ha..byk ctk suruh kita byr. Nasib baik tk kena tipu sbb sya ne bkn org tamak.

marstories said...

anon: syukur...jangan mudah tertipu yer..kalau dia sibuk sangat nak hantar parcel, soh dia bayar sesiap kos penghantaran parcel tuh sebab dia yang beria nak hantar kan..bukan kita yang mintak..hehe..

Anonymous said...

Aku pown baru je kna..td dia suh aku bayar..egt aku ni ape..bodo sgt ke..aku ckp blik aku keja kastam..dqn xda trima ape2 penghantaran dr syrikat yg dia ckp..smpai skrg dia tutup fon..wakakaka

Anonymous said...

Sama kes bf sy,fatima abdul rahman..anta msg kt fb pnjang gile nk beli rumah segala..ayat manis..mcm kite bodo..huhu

Anonymous said...

Alamak aku pn terkena juga la tp aku dh bg no talipon aku mcmana ni wei...mmg sama nama ni fatima abdul rahman

marstories said...

anon: Dah bagi xper...jangan jawab jer bila dia telefon..dan jangan percaya apa yang dia cakap.. :P

Anonymous said...

Saya pun br dpt msh fb drp fatima abdul rahman....sy syak penipu ni

Anonymous said...

aduii, aku dah feeling towards kat fatima abdul rahman, nasih baik aku buka blog nie, memang sebijik ayat yang dia msg kat aku... syukur tuhan masih melindungi aku.

Kwon Candy said...

assalamualaikummm.adoyoiii..modus operandi yg sama,,nama yg sama,text yg sama,,nama pun sama...nasib baek saya buka blog ni..saya na send semua detail saya...macammana na buat ea..fatima abdul rahman..dah 3 ari senyap x balas2 msz..tup2 ptg ni kuar masuk satu dari dea...na beli rumah..bdget 80k pound ,na bisness kfc..na melaburdlm urus niaga emas..na joint saya /share..saya dah ye2 carikan dea rumah at danga bay..hantar pricenya sekali...nasib saya buka blog niyh..q admin...kalau x nta pe jadi ngan saya ,,tapi nmasalahnya nama ,fone number ,email saya da hantar,,address lage...agak2 apa yg perlu saya buat ea..tolong kwn2 bagi pendapat...mcm na wat report r

marstories said...

Kwon Candy: xper, dia x boleh buat apa2 dengan no. tel & alamat rumah awak tu. Dia cuma akan telefon awak dan bagitau yang barang yang dihantar terpaksa ditahan dan awak kena bayar dalam beberapa ribu untuk melepaskan cukai barang tu sebelum dia bagi barang tu. Jangan percaya! barang tu x wujud pun. Once awak dah masukkan duit dalam akaun untuk release parcel tu, dia pun akan hilang gitu jer...

Anonymous said...

aduhh, aku ade tige name ni, kat fb shiela mohamed, kat ym Almed Hassan, dkt weChat akeem pulakkk.. aduhh.. menyamar jd duda anak sorang, kunun mat saleh. bini dh mati kne kanser, xmau die pulak mati kne kenser.. ntah gamba sape2 die duk share.. dlu gamba lain, skang gamba lain, tp ayat lbih kurang tu jeh.. gamak kje die ngan henpon n laptop je laa.. bru knl 2 3 hari nk ajak kawen, hunimun kat paris bla3.. aduhh, knape ssh beno nk tgkap die ni, kat mne org yg tuan punya akaun yg mangsa2 dh bank in..

marstories said...

Anon: secara basicnya, memang penipuan internet ni lebih kurang jer ayatnya. Macam copy & paste jer, cuma mungkin menggunakan nama & gambar yang berlainan. Selalunya dalangnya orang kulit hitam dan orang tempatan kita jadi rakan kongsi yang tolong sindiket ni. Dah banyak kes ni dibongkarkan di dalam tv. Tapi kalau masih tertipu jugak, salah kita juga sebab terlalu percaya..

Anonymous said...

aku seorang lelaki perempuan tuu umur 26 , sama la kes nya tapi xtahu betol x , nama nya FB:sheila mohammed , aq dah terbagi no ngan alamat . acano ni ? orang nya pakai spek . dye suh bayar duit pos . hahahaha memang xla , aq pown sengkek je . thnx admin for info :D

Amy trendy aja said...

sye kene juge dah.... yg sedih lgi, dah bgi semue personal detail termasuk account number sye... tp naseb baek dlm account tu tak de duet, klo tak bsa kene hacker lah account tu. nme die tu fatima abdul rahman. nak bli condominium, nak buka kfc sm jual emas. jd last action, kene jgelah duet sekitar 1jt rupiah atau sekitar rm.300. tp tak pe, die mesti mati dalam keadaan tak baik sbb dah tipu orang2. pe psal blog ni bru muncul pas dah kene tipu ???? die semue bagi die punye detaillah, termasuk agen di indon, namenye Ibu Yanti. dan die punye agen namenye marathon courir servis beralamat di jalan tanggung remaja 3 blok A5 no.23 tomang raya, depan CIMB Bank, tomang jakarta barat. utk admin, trimekasihlah dah bagi luang untuk share semue pengaduan. bgi orang2 yang belum kene, khusus di indon, jangan percaye. apelagi dengan data2 tresebut sbg bukti...

Amy trendy aja said...

crite bagus... tp sayangnye sy dah jdi korban jg. tpi kesian lah sme oang2 yg lebih dulu kene, smp beribu2 ringgit. sye kene taklah smp beribu2 rm, cm berjuta.... (sedih sangat...) cm berjuta rupiah je, sekitar 7juta rupiah. tak sangke pla ade oang tipu mcm ni. sye kene tipu fatima abdul rahman jg. sesiape yg kene dgn fatima tu, crite die mesti same dgn saye. malah die kasi nomor dan nama agen di jakarta. sesiape yg bace komen ni, apelagi oang indon, mesti semak betul2 alamat penipu tu... Ibu Yanti, Marathon Courir Sevice Jl.Tanggung remaja 3 Blok A5 no.23 Tomang, Jakarta Barat (depan cimb bank). nama tujuan transfer uangnya ibu sandra imelda salim dgn nmor rekening BNI 0303809097.... hati2. bohong aja semuanya tu...
semoga penipu itu cepat kaye, sehingge tak de tipu orang lagi...

Anonymous said...

Fatima abdul rahman???? Shitt!!!! Dkt seminggu aku dok layan minah ni... Celaka anak haram! Die siap bg no tpon.. N gambar!... Sial... Ayat yg die bg tu sebijik sama!

Anonymous said...

aku pon hmpir kne gak,siap sruh aku byar 2500,untuk dpt kn parcel to,nsib baik aku call abg aku,dia ckp mne ada courier sruh kita byar duit kt dorg,trus je aku check kt website courier to mmg wujuk,tpi ble aku track je parcel kt dorg,dorg ckp ape x ada sbrang delivery kt aku,trus je aku hngin sbt call ke landon,lps tu trus je aku mcj dia ckp klu dia tipu aku,aku akn report polis,aku ckp kt dia abg aku ni ketua polis,blh cri dia di mne2 sje,lpas tu trus je check kt embssay enggland almt yg dia bgi kt aku tu,skg ni dorg tngah proses kes ni,bkn ape klu x buat mcm ni dorg akn trus je mnipu org,ada ke org nk bg 200.0000 pound?klu ada raya 1 tahun aku,hri2 aku mnyanyi lgu awi raffel to bila aku kaya..hahahaha..aku hrap lpas ni dh x kne tipu lg laaa..

Raihani Mustapa said...

Salam...saya dapat gak msg camni...tapi dah tukar nama tau...FARAH AZWAN plak...Beware semua...msg2 dia pown sebijik sama...hahaha...nasib baik baca blog ni dulu...hehehe...alhamdulillah. .Allah nk lindung....^-^

Azharif said...

Zharif Said:

Salam Semua,sy baru shj selamatkan sorg kwn dr trus trtipu dgn sindiket ini,mudus operandi mmg sma bg duit dlm pounds,labtop,bunga hp dan lain2 lg... smpai blh bg tracking number utk mngaburi mata kwn sy bhw brg tu mmg wujud. Smpai lah hr ini 14/2/14 brg yg dijanjikan dah smpai kat KL,tp disebabkan x diclare bhw ada duit dlm tu,so, salah disisi undang2 dan kna bayar denda USD3000, kwn sy siap dtg ofis walaupun dia sbnarnya cuti,disebabkan excited sgt, dia call syarikat courier tu nk bincang utk lepaskan brg tu spaya smpai trlebih dahulu, tp pihak syarikat tu kata,ok boleh bayar dulu RM5000 brg akan smpai hr ni dan balanced blh bayar kemudian,aku dahrsa pelik sbenarnya dgn permainan ini, aku bgtw dia spaya periksa alamat courier center kat KL tu dimana dan suruh some one pg verify betol ke ada brg2 mcm tu, dan bla aku search nama courier tersebut mmg x de lgsg, aku search lg tntg penipuan sindiket ini,mmg ramai yg dh terkena. So,aku bgtw mmg dia dah kna tipu...Reminder for all, be care full always.

Anonymous said...

Dia guna nama baru... Aisyah Sani. Scam giler... ayat sama jek dgn yg atas2. Mula2 ingt friend of friends sbb saya comments dkt wedding pictures of my british friend. Lps tu dpt pm dia. Ingtkan myfriends suggested her to contact me... sigh... remember! Aisyah Sani...