Be My Friend :)

14 June 2011

movie review: Super 8

movie inilah yang aku tengok di alamanda hari sabtu yang lalu. tengok midnite. memula x rancang pun nak tengok movie memandangkan kami pun sampai di rumah kawan kami tu dah dekat pukul 10 malam. tetiba tuan rumah suggest tengok midnite. knowing me yang memang suka tengok wayang, sure setuju 110%..tapi kena pujuk 'driver' sama sebab partner aku tu dah keletihan drive dari pagi lagi. akhirnya berjaya juga misi memujuk..haha..movie ni dipilih oleh tuan rumah sebab dia kata kalau steven spielberg yang jadi producer, sure movie tu best..so kami yang lain pun mengikut sahaja.. keluar rumah dah dekat pukul 12 malam..movie akan start pukul 12.50 pagi..mujur dari rumah dia ke alamanda tu sekangkang kera jer...10 minit dah sampai sana..so aku dgn tuan rumah bergegas ke kaunter tiket. sampai di kaunter, adik kaunter yang agak hensem tu kata yang movie tu tiket dia dah sold out...cuma tinggal barisan yang telah dibooking aje dan tiket yang dibooking ini, akan dibuka kepada jualan kalau tidak dituntut pada jam 12.20 pagi nantinya. malangnya kena ikut jam pada skrin komputer diorang..so masa tu lebih kurang kena tunggu lagi 12 minit..so kami dua decide nak tunggu jugak sampai tiket booking dibuka. jadi kami lepak jer kat tepi kaunter sambil berdoa supaya orang yang booking tu x jadi nak datang so membolehkan kami membeli 5 keping tiket.. hehe.. gigih..12 minit tu rasa lama macam setengah jam tau..hahaha... nak pulak tengok orang semakin ramai nak membeli tiket.. dah cuak jugak tapi dari pendengaran kami, ramai yang datang tu nak tengok citer kl gangster.. so rasa macam ada harapan la.. cukup jer 12 minit menunggu, kami terus ke kaunter adik hensem tu tadi..tergelak dia tengok kami yang beria2 dari tadi nak tengok juga citer ni.. alhamdulillah..tiket ada lagi... :) bukan apa, inilah first time kami berjumpa setelah bertahun2 x berjumpa..jadi inilah satu cara nak habiskan masa bersama-sama...lepas ini, x tahu lagi bilalah lagi nak berkesempatan untuk berjumpa. maklumlah..masing2 sudah bekerja dan berkeluarga dan juga tinggal berjauhan kan.. sesekali ada masa begini, rasa teruja juga..hehe..

so untuk movie ni, pada aku sangat mendebarkan juga sebab aku sebenarnya x tahu langsung pasal movie ni..means aku x baca review atau sinopsis dia sebelum tengok citer ni. so hanya berpandu kepada cerita tuan rumah yang movie ni berkisar kepada alien. dan memang betul pun, movie ni berkisar kepada alien yang membalas dendam sebab manusia menzalimi dia...banyak part yang memaksa aku menutup mata dan mulut serta memegang tuan rumah yang berada di sebelah..hahaha..dia pun berdebar juga..haha..camtulah perempuan ek..overall cerita ini menarik..korang boleh baca sinopsisnya di SINI..dan aku bagi 3.5 bintang untuk movie nih.. :)

2 comments:

Naja said...

3.5 bintang aje?? Aku bagi 4.5 bintang. ok ok aku tau hang lebih minat kepada citer2 jenis fantasi macam Red Riding Hood dgn apa tuh yg ada singer Aslan tuh...

Aku rs menonton filem ni lebih seronok daripada biasa sebab dapat bersama dgn kawan2 yang sudah betahun tak jumpa. I laikkkkkkkkkkkk

marstories said...

hahaha..yer betul..waiting for transformers 3 pulak nih..dan aku setuju..menonton wayang kali ini lebih seronok..i like it very much jugak! :)