Be My Friend :)

13 June 2011

ke Kuala Lumpur


weekend yang baru lepas ni, aku pegi kl. member lama kawin di wangsa maju. so setelah berminggu membuat plan bersama member aku sorang lagi yang juga bekerja di penang, maka bertolaklah kami ke kl pada hari jumaat yang lalu. bertolak di awal pagi memandang hanya kawan aku ni jer yang akan drive sehingga ke kl since aku x drive walaupun aku ada lesen..hehe..inilah akibatnya bila banyak bawak motor lagi dari drive. sudahnya walaupun lesen dah 3 tahun, bawak keter sebelah tangan pun x sampai kot..haha.. (dan jadi bahan mr. hubby berleter..huhu). so aku jadi tukang baca map ajelah dari ipad kawan aku tu..and alhamdulillah..perjalanan yang pada mulanya dirasakan mungkin agak sukar sebenarnya agak mudah juga..selamat sampai ke destinasi. Memula jumpa sorang lagi member di The Mall, since dia pun keluar rehat, kami makan2 dulu di The Mall..lepas makan, barulah member kami tu sampai dan terus bergerak ke rumah dia di petaling jaya. Lepak sekejap di rumah beliau sambil makan cup cakes yang sedap..pastu kami bergerak ke sunway piramid untuk jumpa sorang lagi member kami yang bekerja di situ. sementara tunggu dia habis kerja, kami pegi main bowling dulu seround. lepas main, ngam2 jer member kami tu habis kerja...so terus pergi jumpa dia...dan dia belanja kami makan di Fullhouse...jom tengok gambar2 di sekitar sunway piramid..




iced lemon tea



the menu

2 orang pilih spaghetti ni..sedap :)

aku pilih ni..dory fish with apantah..hehe.. cantik dan sedap

sorang lagi member pilih nih..ayam apantah..sedap juga..

dessert of the day..

dessert ni ada 3 jenis dan sedap sangat, portion kecik jer tapi 5 orang share makan x boleh nak habis jugak..

lepas makan, kami bertolak ke putrajaya dengan menggunakan map juga. rumah kawan kami tempat nak menumpang tidur ni berdekatan dengan alamanda..senang la nak cari..sampai2, makan lagi..dia dah siap masak..pastu timbul idea nak pegi tengok midnite di alamanda.. tengok cerita apa? tu nanti aku cerita dalam next entry yer..pukul 3 pagi baru habis tengok wayang..haha..dan esoknya, berkonvoi ke rumah kenduri.. selamat sampai dan dapat jumpa kawan2 lama (satu course di poli dulu)...lepas makan dan ambil gambar beramai2, kami pun pulang ke pangkal jalan..haha..tapi aku turun di ipoh sebab nak singgah di rumah ibunda dulu...ahad baru aku balik ke penang semula..overall, perjalanan yang sangat menarik dan sangat seronok bila dapat jumpa kawan2 ni semua setelah bertahun2 x berjumpa...sayang korang.. :) Thanks to mie, naja & zikri, tinie, laxmi..and selamat pengantin baru to my friend Darlina..

2 comments:

TiNiE said...

rinie, nnt nak cilok all the pics eh...
eh, pic bowling takder eh???
tahniah pasai dah update...

marstories said...

hehe..boleh tinie..amik jerlah..pic2 lain sengaja aku spare untuk masuk dalam fb..hehe..:)