Be My Friend :)

21 June 2011

cerita weekend

emm..minggu ni aku xde idea nak cerita apa..hehe..last weekend pun xde buat aktiviti apa since gaji pun belum..so nak celebrate lulus exam pun terbantut gitu.. hehe..hari sabtu dok di rumah sepagian sampai petang sambil buat aktiviti boring seperti basuh baju, kemas rumah (ala2 jer pun) pastu lepas lunch jer semua tido..haha..petang tu dah x boleh tahan dah lepak dalam rumah jer so kami keluar ambil angin petang kat tepi laut...on da way tu beli pisang goreng & milo ais sorang satu...sampai jer tepi pantai, duduk2 dan makan pisang goreng & milo ais yang dibawa tu dulu. lepas tu aku ngan anak aku pergi main tepi laut sambil2 cari remis...gigihlah main macam budak2..haha..mr. hubby xmo campur..dia lepak jer tengok kami 2 beranak yang kusyuk cari remis macam nak buat lauk..haha..ingat senang jer sebab tengok sorang uncle (cina) tu relax jer dah sekerat baldi kecik tu dia dapat remis tapi x taulah pulak dari pukul berapa dia dah ada kat situ..haha..rasanya dah setengah jam bertungkus lumus, mr. hubby dah bagi signal soh naik..sudah2 la tu katanya..haha..sebab dah masuk waktu maghrib pun..alaa..sebab kami datang pun dah lewat jadi kejap ajelah boleh lepak situ. banyak ker remis yang dapat? banyakkkk la sangat.. ada la dalam 20 ekor jer pun (ekor la kan?) hehehe...tu pun punyalah kecik, nak makan pun x sampai hati..hahaha..tapi kami bawak balik rumah jugak sebab my daughter nak main katanya. so letak la anak remis tu dalam bekas yang kami memang ada bawa dari rumah. dari situ kami singgah kejap di pasar malam & lepas tu ke rumah my parent in law pulak...

ahad pulak, pepagi dah bangun sebab mr. hubby ada bowling tournament di megalanes di pacific megamall..so my daughter and I pun ikut sekali sebagai pompom girls..haha..xdelah..sajer la nak ikut..tengok jer mr. hubby main sampai tengahari. kat situ ternampak Qi (jjcm) bersama krew..diorang nak shooting apa xtaulah pulak. aku pun tengok dari jauh jer. nak pergi ambil gambar ke, nak saja2 tegur ker, aku malu..x pernah dibuatnya pun nak ambil gambar artis..hehe..habis main, kami singgah di Tesco Seberang Jaya untuk makan tengahari dan beli barang dapur sikit sebelum balik ke rumah. malam tu kami ke pantai lagi. pegi lepaskan semula anak2 remis tu ke tempat asalnya. kesian la kan nak buang gitu jer sebab remis2 tu hidup lagi memandangkan memang dalam bekas tu kami dah letak sedikit pasir pantai bersama air laut. nak makan jer remis2 tu memang x laa.. :P..hehe..memula masa letak anak2 remis tu di atas pasir pantai, remis2 tu x bergerak pun. sekali bila ombak kena pada remis2 tu kan, hampir semua remis2 tu macam berdiri..hehe..seolah2 nak lari terus masuk dalam laut..haha..seksa dah lepas kot...tapi amazing tau! of course la remis tu x boleh berlari kan..cuma dia dah mula bergerak sikit2 menuju laut..seronok kot dah dapat balik ke tempat asal..sayangnya aku x ambil gambar masa tu sebab dah gelap (alaa...)..lepas tu kami terus balik.. so itu ajelah aktiviti aku weekend yang lalu.. weekend ni ada program best punya! bercuti lagi..hehe.. itu nanti la aku cerita yer.. :)

gambar jenis2 remis tu kredit to yahoo.search

No comments: