Be My Friend :)

17 May 2011

my weekend

weekend baru lepas ni korang buat apa? aku kan, pepagi sabtu dah pegi bengkel motor. motor aku tu dah 2-3 minggu ni ada penyakit tak mau di-start guna starter so tiap kali nak start motor, aku kena turun dulu, tongkat 2, baru boleh start secara manual. leceh jugaklah. tambah2 lagi masa tunggu feri kat jeti. kadang2 tu feri lambat sangat datang so kenalah matikan enjin motor dulu. tak off enjin pun x boleh jugak sebab dah tentu2 motor aku jer yang berbunyi. orang pun dah pandang2 jeling2...malu gak kan? tapi bila dah matikan enjin, nampak feri datang, aku dah gelabah...memula tengok kiri kanan, ada space tak nak tongkat 2 motor aku tuh..sebab kalau tak tongkat 2, nak start manual tak lepas punya. dengan pakai baju kurung lagi. dengan orang pandang2.. uuhhh..memang tak best. so dah set dalam otak, sabtu nak pegi jugak perbaik motor tu..walaupun bajet dah ke laut..pejam mata jer laa..huhu.. so dah ok dah motor aku..tukar benda apa ntah yang pomen tu kata 'kekacang'...kena rm100.. selamat..minggu ni terpaksalah aku diet sampai gaji..hahah..adooii...aku siap kata kat pomen tuh..kalau tak ok juga motor aku lepas nih, jaga dia...hehe.. dia gelak jer..dia kata kalau tak ok, maknanya nak kena tukar motor baru pulak la tuh..! hampeh...banyaklah motor baru..nak perbaik motor pun aku dah senget...lagi nak berangan tukar motor baru? memang tak laa...hehehe..

petang tu pegi pantai pulak...tak jauh..dekat area tol LLB (lingkaran luar butterworth) jer.. standard la kan aktiviti kat penang nih..pantai jerlah yang ada pun...jalan2 jer tepi pantai sambil2 tengok orang main layang2, memancing, cari remis, mandi manda, berkelah, pengantin tengah tangkap gambar outdoor, orang dating, camping, tangkap gambar guna kamera canggih2....hehhe..my hubby pun ada gak tangkap gambar..tapi guna kamera digital cinonet jerlah.. waktu senja nan merah kat situ..cantik betul tau.. masa tu warna langit blended with blue and orange color.. sangat cantik..nanti aku upload kat sini kemudian sebab gambar2 tu belum masuk dalam lappy lagi...

hari ahad pulak..family outing.. means family kecilku plus my pil..my hubby la plan nak bawak parent dia jalan2 for mother's & father's day. tak jalan ke mana pun la.. saja pusing pening kat penang jugak la.. heheh..awal2 pagi ahad tu kami dah keluar rumah dan pick up my pil and terus gerak ke pulau. around 8.30 am dah sampai belah pulau so we decide to breakfast at kassim mustaffa at Chulia Street (betul ke nama jalan tuh?..aku tak sure..hehe) dulu... lepas tu terus gerak ke 'roadwalk' kat lorong kulit (belakang stadium pulau pinang)...my mil la teringin nak pegi dan nak beli buah2 kat situ..orang memang terbaiklah punya ramai :) hehehe.. standardlah hari ahad kan..mestilah ramai orang kat situ..letih betul jalan...kami tak beli apa sangat pun..my mil beli buah epal & oren (10 biji = rm5) dan aku pulak 'terbeli' pokok bunga ros kuning (rm12) dan pokok cabai burung (rm5) dan buah kiwi (10 biji = rm8)...pastu headphone & brick games untuk my daughter... pokok bunga tu bukan apa, jangan tak tau yang aku ni minat tanam pokok jugak..kat rumah dah ada ros putih, ros merah + pink + orange tau... selain dari pokok kari dan pokok pandanlah..hahaha..tapi pokok bunga aku tu kurus kering.. tak penah boh baja gitulah kaedahnya..hahaha.. xper..lepas ni aku beli baja pokok ek...pokok cabai tu pulak sebab aku geram tengok banyak betul cabainya tuh.. tu la terbeli sekali..hahah.. nanti aku boh gambarnya kemudian ek..

lepas shopping ala2 kat roadwalk, kami pegi ronda2 batu feringghi dan kawasan sekitarnya pulak.. tapi waktu tu air laut tengah pasang, so x boleh nak lepak tepi pantai..ronda jer la...pastu terus gerak ke prangin mall.. makan tengahari kat situ. ikutkan aku, memang aku boring dah nak pegi prangin mall tu..maklumlah, aku pun kerja kat area situ gak.. tapi my pil & my daughter jarang2 sangat nak sampai situ, so senang makan kat situ ajelah..cuaca kat luar pun panas terik..so masuk mall sejuk sket kan.. lepas makan, kami lepak kejap kat panggung wayang kat prangin tu ushar movie baru.. tapi nampaknya tak ada cerita yang menarik untuk ditonton.. so gerak keluar dari prangin and pegi lepak kat padang kota baru pulak.. area hotel gurney..angin kat situ best..kuat dan nyaman jer.. lepak sana dekat2 2 jam jugaklah.. pastu gerak pegi queensbay mall pulak...sambil tu survey tempat letak kereta kat jeti untuk ke pulau jerejak dulu sebab this weekend, ofis aku nak buat family day kat pulau jerejak..so dah tau kat mana nak parking kereta nanti, kami gerak ke queensbay mall pulak.. pegi minum2 jer sambil aku pegi ambil birthday coupon kat jusco since bulan ni birthday aku tapi takde stok pulak coupon tuh so dia soh ambik akhir bulan nanti...sempat tukar gift baucer rm20 dari point yang ada.. jadilah.. acara penutupnya, kami bertolak balik la dari pulau ke tanah besar.. singgah kat tesco seberang jaya dulu for dinner.. pastu hantar pil balik rumah dan kami pun balik rumah kami. fuhhh...letih giler..

so itulah aktiviti aku on weekend yang baru lepas nih.. this weekend ada family day pulak..pastu next weekend nak pegi melancong pulak.. nak ke mana?... nantilah kita story mory lagi ek.. :)

No comments: