Be My Friend :)

06 May 2011

my last paper


Alhamdulillah.. tadi dah lepas paper last untuk semester ni yang juga merupakan semester last aku. moga segala yang telah dicurahkan di atas kertas tadi akan mencorakkan kejayaan buat aku setelah bertukus lumus selama 4 1/2 tahun menimba ilmu di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. semalam waktu yang paling kritikal. aku sangat2 stress memikirkan banyak betul yang aku nak baca dan sekaligus nak kena ingat. seksa. sampai x lalu nak makan dan tidur pun jadi tak lena walaupun masa aku masuk tidur tu dah pun pukul 3 pagi. bukan apa, aku sangat risau. macam2 benda berlegar di dalam kepala aku ni. maklumlah, ini final semester aku. kalau tak lepas mana2 paper untuk semester ni, tak pasal2 pulak aku kena repeat semula paper ni next sem. Ya Allah, mintak dijauhkan. aku tak sanggup. cukuplah dengan segala cabaran dan dugaan yang aku dah lalui sepanjang 4 1/2 tahun ni. aku tak bercadang nak tambah lagi tempohnya...haha..

bila cerita tentang habis belajar, aku sebenarnya dah siap "listdownkan" benda2 atau perkara2 yang aku nak buat lepas habis belajar ni..tapi dalam kepala jer laa..bukan on paper..hehe.. antaranya ialah..aku nak betulkan semula waktu tidur aku yang dah tak berapa nak betul sejak mula belajar tahun 2006...haha..itu yang utama. sebab selalu tiap2 hari, purata tidur cuma 3-4 jam jer sehari. ada jugak yang sampai 2-3 jam jer sehari bergantung pada tahap kesusahan assignments. pastu aku berikrar tak mau pegi kl lagi dah sepanjang bulan 5 ni terutamanya kalau kena naik bas. orang penang kata 'boring tak tau nak habaq dah!' haha...tapi bulan 6 insyaAllah akan ke kl semula. sebab ada member lama nak kawin. hehehe..tu pasal berikrar bulan 5 jer takmo pegi kl. serius. pastu yang lain, aku nak main bowling, nak tengok wayang, nak bercuti, nak balik kampung, shopping..fuhh..panjang punya senarai..haha.. oklah, nanti kita sambung lagi. oh yer, gambar kat atas tu sebenarnya wallpaper yang aku ambil di www.trulyloveable.com. kat sana ada banyak lagi wallpaper dan ecard yang cantik2 so boleh tengok kat situ yer...

No comments: