Be My Friend :)

07 May 2011

movie review: Thor

baru jer habis exam semalam... hari ni dah pegi tengok wayang! hehe.. memang terbaik movie nih! actually my hubby ada bowling tournament kat bowling centre di Centre Square, Sungai Petani petang tadi. So my daughter and i ikut sekali. tapi dah tau dah games akan makan masa yang lama so both of us pegi tengok wayang cerita ni sebab panggung wayang sebelah bowling centre ni jer..heheh..tiket pun x mahal..rm12 jer pun untuk dua orang.

berbalik pada movie Thor ni.. sangat best! ianya menceritakan tentang hero cerita ini iaitu Thor lakonan Chris Hemsworth yang tough giler tu. Dia dibuang ke bumi oleh ayah dia Odin (Anthony Hopkin), King of Asgard sebab perangai Thor yang degil sebab cari pasal dengan musuh diorang Frost Giants from Jotunheim yang sangat ngeri rupanya. banyak scene2 yang agak mendebarkan masa Thor dan kawan2 dia pergi kacau negara Jotunheim tu. mujur last minit bapa si Thor ni datang menyelamatkan Thor dan kawan2 dia dan balik semula ke negara mereka. sebab marah sangat pada Thor inilah bapa dia buang dia ke bumi bersama tukul sakti dia dan menghilangkan segala kuasa sakti dia dengan niat nak mengajar dia. masa dia di bumilah dia berjumpa dengan heroin movie ni iaitu Jane Foster lakonan Natalie Portman yang cantik tu. Si Jane ni saintis. Dia terjumpa Thor masa dia tengah buat kajian tentang bintang.

So semasa dia di bumi, adik Thor ni iaitu Loki (Tom Hiddleston) dapat tahu dia bukan anak kandung bapa Thor ni, malahan dia sebenarnya anak ketua Frost Giants yang bernama Laufey (Colm Feore) yang jahat tu. Bapa Thor jumpa Loki ni masa Loki ni masih baby, so dia kesian sangat dan bawa dia balik ke Asgard. Loki ni pun bertukar la jadi jahat. dia sebenarnya memang dengki kat Thor dari diorang kecik lagi sebab Thor ni selalu dapat perhatian yang lebih dari bapa diorang King of Asgard tu. So sampai ke besar dia memang x puas hati kat Thor. So bila Thor ni dah kena buang negara, dia ambil kesempatan nak naikkan diri dia di mata bapa dia supaya dia dapat jadi King of Asgard yang baru sampai sanggup arahkan Destroyer iaitu Robot besar yang ganas giler pergi bunuh Thor di bumi dan buat pakatan rahsia dengan Laufey of Frost Giants. memang sangat menyampah tengok si Loki ni masa nih. So many things happen and at the end, Thor dapat balik kuasa dia dan penukul sakti dia pun kembali kepada dia dan bawa dia balik ke Asgard. so terjadilah pergaduhan dia dengan adik dia Loki hingga dia terpaksa musnahkan Bifrost Bridge iaitu jambatan yang boleh membawa mereka pergi merentasi dunia lain termasuklah bumi. So bila jambatan tu dah musnah, Thor dah tak dapat nak balik ke bumi untuk jumpa dengan Jane. Jadi dia sangat sedih tapi Jane di bumi tak putus asa..dia still teruskan kajian dan berharap akan dapat jumpa Thor semula dan Thor di Asgard seolah2 macam boleh nampak Jane dari sana...so gitulah cerita dia...

overall cerita ni tak boring dan sangat menarik sebab memang aku suka cerita style gini kot..hehehe..so dengan suka hatinya aku bagi 4 bintang dari 5 bintang... :)

gambar kredit to wikipedia.org

2 comments:

Naja said...

Hang dulu dapat tengok.. aku belum berkesempatan. Apapun tq ya, kurang2 aku dapat bayang dah cemana rupaparas filem ni... :)

marstories said...

you are welcome naja.. rupa parasnya memang menarik untuk ditengok..hahah..kebetulan dah ada dekat2 dengan panggung wayang tu..tu pasal terjah jer..lagipun memang aku tunggu citer ni kuar pun..pastu dah lama x tengok wayang kat situ so boleh jugak mengimbas kenangan sekali..hang ingat dak lagi?..hehe..