Be My Friend :)

09 May 2011

movie review: Red Riding Hood

semalam dah tengok cerita Thor so hari ni tengok citer Red Riding Hood pulak and kali ni tengok di tempat biasa iaitu di GSC Sunway Carnival. Orang adalah ramai tapi tiket citer ni still available banyak masa aku beli tu sebab orang yang ramai tu mungkin nak tengok citer Thor atau Fast 5 and sebenarnya aku pun ada terfikir nak tengok Fast 5 tetapi memandangkan masa aku tengok online, movie tu diklasifikasikan sebagai 18 (untuk 18 tahun ke atas) so tak jadilah sebab nanti my daughter xleh nak join pulak. Lagipun memang dah berangan nak tengok citer Red Riding Hood ni masa tengok preview filem ni dulu. so pergi kaunter terus beli tiket movie nih.

ceritanya memang best dan penuh dengan aksi2 yang mendebarkan. paling penting, heronya hensem (Shiloh Fernandez as Peter) dan heroinnya lawa (Amanda Seyfried as Valerie). Movie ini menceritakan tentang Valerie yang tinggal di sebuah kampung di pinggir hutan di Daggerhorn, Russian Empire. Dia ni kawan baik dengan Peter dari kecil dan sampai besar bercinta dengan Peter ni jugak. Peter ni tukang kayu. tapi parent si Valerie ni dah janji nak kahwinkan Valerie ni dengan tukang besi bernama Henry (Max Irons) yang juga hensem (hensem jer..yg x hensem x mention here..haha). Henry ni memang suka kat Valerie ni tapi dia tahu yang Valerie x suka dia. Sebab Valerie takmo kawin dengan Henry, dia dengan Peter bercadang nak lari. Sekali tak jadi bila kakak si Valerie (Lucie) mati kena bunuh dengan serigala jadian dan di sinilah mulanya scene2 suspen yang mencemaskan. mujurlah aku duduk ditengah2 antara my daughter dan my hubby so tangan aku kiri kanan pegang diorang...hahaha...


so sejak kejadian kakak si Valerie ni mati kena bunuh dengan werewolf, satu kampung semua takutlah dengan werewolf sampai penduduk2 yang lelaki pegi la nak bunuh werewolf ni dalam gua dekat dengan kampung diorang. diorang berjaya bunuh tapi itu bukan serigala jadian..tu serigala biasa jer. tapi diorang x tau, so diorang pun berparti la meraikan kejayaan diorang tu tanpa menyedari yang werewolf akan menyerang diorang lepas tu. oleh kerana kejadian ini berlaku pada bulan mengambang merah, sapa2 yang kena gigit dengan werewolf ini akan bertukar menjadi werewolf. so werewolf ni memang datang menyerang penduduk kampung masa diorang tengah berparti tu, ramai yang mati. werewolf tu sangat ganas. seram giler. tapi bila sampai kat depan Valerie, werewolf ni cuma berderam dan seolah2 bercakap dengan Valerie dan anehnya Valerie boleh faham apa werewolf ni cakap dengan dia. Werewolf ni nak Velerie ikut dia pergi dari situ. Kalau tak, dia akan bunuh satu kampung tu. Rupanya werewolf ni orang kampung tu jugak. sapa sebenarnya werewolf ni? kenapa dia nak Valerie ikut dia? Kenapa Valerie jer yang faham apa werewolf ni cakap? apa kena mengena dengan red riding hood? dan bagaimana kesudahan kisah cinta antara Valerie dengan Peter yang hensem tu? korang boleh tengok summary movie ni kat SINI yer.. hehe.. pada keseluruhannya, cerita ni sangatlah menarik so kalau ada masa, tengoklah movie ni yer dan rating aku, aku bagi 4 1/2 bintang untuk movie nih.. :)

No comments: