Be My Friend :)

21 May 2011

macam-macam

Minggu ni aku rasa cepat pulak masa berlalu. dalam tak sedar, hari ni dah hari jumaat. mungkin sebab hari selasa yang lalu cuti umum sebab wesak dan hari rabu dan khamis pulak aku tak ke pejabat sementelah berkursus pula so sebab itu aku rasa cepat betul masa berlalu minggu ini.. dan minggu depan gaji..hahaha..and not forget to mention that my birthday also will be coming next week (May 25) and it is my 9th wedding anniversary too.. :)

Cerita pasal minggu ni, weekend ni ada hari keluarga yang diorganized oleh ofis aku di Pulau Jerejak Resort and Spa... so esok pepagi lagi dah kena bertolak dari rumah ke jeti nak ke pulau jerejak. untuk aku, ni dah kali kedua aku sampai ke pulau tu. sebab first time dulu adalah disebabkan kursus. and for my hubby and my daughter..this would be their first time. ni la namanya, pulau di dalam pulau...hehe.. ye la kan..pulau jerejak di pulau pinang... :) so hopefully everything will be okay..InsyaAllah..so nanti aku tepeklah gambar2 yang menarik sepanjang hari keluarga ni nanti..nak2 pulak kalau aku dapat hadiah lucky draw...sure aku buat special post kat sini..haha..amin..

And citer pasal my birthday yang merangkap sebagai my wedding anniversary pulak.. rasanya macam biasa aje kot.. hadiah and wishes from my hubby memang wajib la kot..haha..cuma tak adalah set nak hadiah apa dengan harga yang berapa dan nak sambut bagaimana. pergi hari keluarga minggu ni pun boleh dikira sebagai pra sambutan for birthday dan anniversary juga kot..haha..jadilah.. yang penting adalah ingatan from both of us to show how much we do appreciate each other. right? living together as one family are not always as sleep on a bed of roses. sometimes it's hard, sometimes it's hurts and sometimes it's miserable. but that's what we called life. right? dan ianya adalah satu perkara yang biasa apabila dua individu yang berbeza shared a life together...nak pulak dua-duanya anak sulung...bayangkan ajelah macam mana kan? plus my daughter pulak yang semestinya anak sulung juga..lagilah..semua nak rule, so siapa pulak yang nak ikut kan? haha..

And bila cerita pasal hadiah, my friend from UK pun katanya ada send something for me for my birthday..tengah tunggu ni dengan penuh debaran (ye la tuh :P)..hopefully betul2 la dia send..hehe..if not aku tunggulah macam menunggu bulan jatuh ke riba...haha..oh yer.. sebenarnya itu kawan baru aku tu...baik sangat nak bagi2 hadiah..katanya for friendship..perempuan.. :) jangan dia send something illegal dah la... :) (itupun kalau dia betul2 send la kan..walaupun aku tau sebenarnya kan...) and my other friend from States pulak sibuk tanya aku yang aku ni takde ke terfikir nak berhijrah ke sana.. macam idea gila je kan? ye la, States pun aku tak pernah pergi..duit nak pergi sana pun tak ada.. tetiba nak soh aku berhijrah kat sana..tak ke gila namanya? ke dia nak offer kerja baru kat aku kat sana? kalau betul, kerja apa yang dia nak offer? omg.. nak fikir pun aku takut..haha..tak pasal2 nanti gambar aku masuk tv.. terkandas di us sebab bawak dadah (mintak simpang malaikat 44..takutnya!)..dan kalau betul pun, itu pun idea gila jugalah.. haha.. biarlah..tak payah kot nak fikir secara serius..hehe..lagipun dia tanya jer.. so aku pun jawab jerlah yang aku tak terfikir pun lagi nak pegi mana2..ye tak? bukan susah pun..hehe..ends of the conversation..lagipun benda2 gini bukan boleh percaya pun kan? nak bagi hadiah la..nak bagi duit la.. nak offer kerja laa..macam2 la kan? banyaknya tu idea nak 'goreng' aku jer tuh!..hukhuk! xper..aku layan jer dulu..ikut jer the flow and nak tengok sampai mana diorang ni nak goreng aku...pastu pandai2 la aku jaga api jangan sampai diorang goreng aku sampai hangit..hehe..

Oklah...stop dulu for now.. so happy weekend yer korang. next weekend pulak aku nak pegi jalan2 luar negeri..wahhh...sakan yer?..sebenarnya taklah sakan sangat pun..nama jer luar negeri walaupun sebenarnya dot dot dot....hahaha..sajer nak buat suspen..hehe.. and walaupun aku dah cakap selalu, aku nak cakap jugak lagi nih.. thanks yer korang for dropping by at my blog.. sebab masa aku mula2 buat blog about 6 month ago, aku tak rasa pun ada orang nak baca blog aku except kawan2 dan adik beradik jer yang mungkin terpaksa baca sebab kesian (ye ke?) haha.. but then, sekarang ni bila aku tengok stats dah sampai 4000++, aku rasa cam..macam mana nak cakap ek...aku rasa terharu sebenarnya..so thanks for the supports...and lets continue later yer korang.. so take care everybody!

No comments: