Be My Friend :)

07 April 2011

review filem CUN!


seperti yang korang dah tau, last week aku tengok citer cun! ni di pawagam. aku jarang sebenarnya tengok wayang filem melayu ni. boleh dikira dengan jari. dahlah pulak tahun ni, aku memang jarang sangatlah berkesempatan nak tengok wayang pun...hehe. okay, berbalik pada citer cun!..pada keseluruhannya pada aku, citer ni menghiburkan..banyak scene yang boleh buat korang ketawa. terutamanya dengan watak faezah elai tu. selamba jer dia. nak pulak dia memang orang utara (penang), jadi nak bawak watak orang kedah tu memang dia nampak x kekoklah..kiranya salah satu lakonan terbaik dialah setakat ini. watak lain yang bagus is nadia nisha yang bawak watak adik kepada remy ishak yang x berapa cerdik akalnya. pandai dia bawak watak 'manis'. maya karin, aku rasa.. lakonan dia biasa jer seperti watak2 dia dalam filem2 yang lain...cuma nama luna latisya tu over sket..hehe..sorry.

Ning baizura pulak bawa watak sebagai penerbit program meletops (ala2 melodi)...kiranya dia bos kepada maya karinlah..sangat over dan gedik terlampau. sama macam watak dia dalam filem magika..aku rasa ning patut diberi watak yang lebih serius lepas ni sebab dia bukan x pandai berlakon..cuma watak tu yang menyebabkan dia nampak over..sorry ning..saya suka lagu awak! (tetiba)..hehehe..and yang paling over is si jehan miskin tu...menyampah betul tengok dia..hero citer ni, remy ishak..memang sangat sesuai jadi orang kampung..oklah lakonan dia..quite good..and lastly watak kartina aziz..dia jadi nenek kepada remy ishak dan faezah elai..satu jer yang aku x berkenan dengan watak kartina aziz nih..punyalah sepanjang masa dia asyik hisap curut.. buruk tau rupanya..hehe.. overall..citer ni taklah menghampakan walaupun ada kekurangannya here and there..biasalah..don't expect to much and just enjoy the movie! :)

No comments: