Be My Friend :)

28 April 2011

movie review: Hanamizuki


Lepas jer habis satu paper (exam) hari rabu yang lepas, aku terfikir2 nak tengok citer apa la pulak kat internet nih sebab rasa cam next paper (last) lambat lagi (jumaat depan)..hehe..ends up, aku tengok citer ni: Hanamizuki.. japanese movie yang telah ditayangkan di Jepun pada bulan Ogos 2010 yang lalu. sebab apa tengok movie dan tak tengok drama bersiri macam yang selalu aku tengok? sebab drama bersiri lambat nak habis.. kang aku lambat pulak nak sambung study..heheh.. so untuk movie ni tarikan utamanya mestilah Toma Ikuta yang jadi hero dalam citer nih sebab aku memang minat ngan Toma Ikuta (sebab dia hensem) :) dan juga sebab heroin dia lawa.. Aragaki Yui..

citernya mengenai kisah cinta antara Sae (Aragaki Yui) dan Kouhei (Toma Ikuta). Diorang ni kenal masa masih di sekolah menengah.. pastu si Sae ni sambung belajar di Tokyo dan si Kouhei ni pulak jadi nelayan macam bapa dia... so diorang ni bercinta jarak jauhlah. Setelah beberapa tahun bercinta jarak jauh ni, last2 lepas bapa si Kouhei ni meninggal, si Kouhei ni putuskan hubungan diorang (clash) sebab dia rasa dia ni macam x sesuai dengan Sae sebab Sae ni belajar pun pandai..dan duduk jauh dari dia (Hokaido). so sama2 la frust. A few years later, Sae ni pun dah dapat kerja dan tinggal di New York (kelasss gitu), dan Kouhei ni pun dah kawin, diorang jumpa balik masa kat majlis perkahwinan kawan diorang. kiranya macam cinta nak berputik kembali tapi x mungkin la sebab si Kouhei ni kan dah kawin kan..so masing2 pun pendam jer la..

so lepas tu Sae ni balik ke New York dan kawan seuniversiti dia yang juga kerja di tempat yang sama propose dia..janji nak kawin la lepas lelaki tu settlekan kerja dia kat iraq..sebab lelaki tu photographer (hensem gak dia nih)...yang Kouhei di Jepun pulak dah bergaduh dengan isteri dia sebab isteri dia jeles kat Sae..so membawa kepada penceraian dan Kouhei ni merantau jadi nelayan ke merata dunia..dan beberapa tahun berlalu..rupanya Sae ni x jadi kawin pun dengan kawan seuniversiti dia tu sebab lelaki tu meninggal dunia masa tengah buat tugasan dia di Iraq.. so dia pun bawa diri ke Canada untuk tengok rumah api di situ..rumah api ni macam mercu tanda cerita inilah sebab Sae ni dilahirkan di Canada...tempat yang ada rumah api itulah. kat situ ada la peristiwa yang mana dia hampir2 nak terjumpa Kouhei ni, x dapat jumpa...pastu berlalu lagi 2,3 tahun bila Sae ni ambil keputusan nak balik ke Jepun... so balik sana, dia buka kelas tuisyen kat budak2 kat situ ajar bahasa inggeris.. dan tanpa disangka, si Kouhei ni pun balik ke Jepun gak..(diorang ni dok satu kampung).. and lastly, diorang jumpa dan cinta pun berputik kembali... gitulah alkisahnya...

apa yang menariknya Hanamizuki ni ialah pertama sekali tentunya sebab barisan pelakonnya yang hensem2 dan cantik2, lepas tu jalan cerita yang digarap dengan baik..and lastly sebab scene2 yang dipaparkan berlatar belakangkan permandangan yang sangat cantik sama ada di Jepun, New York atau di Canada..semuanya cantik2 belaka...so korang bolehlah tengok citer ni secara online di www.viki.com yer. Happy weekend korang! :)

No comments: