Be My Friend :)

20 March 2011

kelas

aku ada kelas hari ni kat shah alam. semalam, buat assignment punya pasal pastu sambung buat mid term test lagi.. pukul 6 pagi baru settle semua. rehat kejap 5 minit, pastu kemas beg, gosok baju..terus mandi dan bersiap. Pukul 7.15 pagi dah kuar dari rumah..bas aku pukul 8 pagi. as a result.. kerja siap.. cuma sebab aku x tido langsung, aku rasa aku dah macam berjalan kat atas awangan.. hehe.. macam x pijak tanah..sepanjang dalam bas dari butterworth ke kl pun, bukannya boleh tido sangat... x selesa. bas yang aku naik tu, langsir dia x cukup lebar.. i mean, x boleh nak tutup keseluruhan tingkap kat seat yang aku duduk tu.. sudahnya kat bahagian muka terdedah dengan panas..so camana la aku nak tido kalau kat bahagian muka tu berpanas?.. so sepanjang lebih kurang 4 jam perjalanan tu, aku rasa lebih 10 kali jugaklah aku terjaga dari tido... takperlah..balik nanti aku cover balik..

kelas pukul 4.00 petang karang ada presentation, tu pasal la aku seksa diri aku siapkan jugak assignment sepanjang malam sampai pagi tadi.. itu assignment group..tapi sebab group project ni ada 2 untuk subjek yang sama, aku ngan geng lam group dah sepakat bahagikan tugas.. tapi..tu la.. kalau korang tengah belajar lagi, atau korang pernah belajar macam aku ni, jarak jauh..korang tau la macam mana problems yang ada dalam group project nih.. banyak yang bagi alasan, x tau nak buatlah, xde masa nak buat bahagian dia la sebab kerja banyak, sakit, pergi kursus, xde internet kat rumah la.. adooii... seksa.. abih? x pernah pulak diorang fikir.. kalau aku pun kata aku x tau nak buat.. aku pun xde masa nak buat sebab kat tempat kerja banyak kerja nak kena buat berlambak2.. atau aku boleh kata aku pergi kursus kat luar negara ker yang diorang xkan tau pun aku tipu ke tak sebab belajar jarak jauh nih.. jarak kita ngan kawan2 kita pun jauh gak.. masing2 berterabur kat macam2 negeri dan akan bertemu masa kelas jer every weekend...so sangat mudah nak tipu kalau xnak buat bahagian diorang dalam group project tu tau.. yang aku paling x boleh tahan kalau kata, x tau nak buat atau xde internet kat rumah... please la.. abih yang assignment subject lain tu, diorang cari info dari internet kat mana? boleh jer kan pegi cc kalau xde pc atau internet kat rumah.. alasan..alasan..

inilah sebabnya aku berjaga, gigih siapkan assignment tu jugak sampai x tido seharian.. 24 jam tuh.. sebab aku kena siapkan bahagian2 yang tak dibuat langsung atau x bagi info langsung.. aku la kena cari, kena taip, kena compile dalam satu paperwork and then buat slide for presentation. giler kan? aku dah lalui benda ni sejak aku sambung belajar tahun 2006 lagi. geram juga. tapi kalau aku x buat, sapa nak buat? assignment ni kena hantar on dateline dia.. kalau x nanti lecturer taknak terima. silap2 aku pun kantoi sekali..tu la pasal, aku telan je la semuanya... sebab fikir..ini last sem aku, sabar..sabar..

we'll continue later.. :)

2 comments:

Naja said...

Rini.. insya allah usaha gigihmu pasti akan terbayar sikit hari nanti. Jangan pernah berputus asa ya darling.. semangat dan ketekunan hang sangat2 aku kagum. Caiyokkkkk!

marstories said...

thanks naja.. ada jugak aku terfikir gitu.. tapi x berbaloi pulak nak bayar kesusahan aku selama ni kalau aku nak putus asa di saat2 begini..kan?.. xper..aku sabar..and i love u..