Be My Friend :)

07 March 2011

balik kampung

lamanya x balik kampung. sejak balik masa kenduri adik aku bulan 12 tahun lepas..sampai dah masuk bulan 3 baru ada available weekend untuk balik kampung. rindu betul kat mak. walaupun boleh dikatakan tiap2 hari bercakap di telefon atau berbalas sms dengan mak tapi perasaan rindu nak jumpa mak tu tetap ada. bukanlah xnak balik. tapi bak aku kata tadilah.. nak cari weekend yang available tu payah sikit sebab lepas jer kenduri adik aku hari tu, start bulan 1, every weekend aku ada kelas sampailah sekarang.. ada gap sikit masa cny hari tu pun x dapat nak balik kg sebab x available.. pegi kl juga sebab my husband's cousin bertunang pula. mak xdelah merungut.. sebab dia tau anak sulung dia nih weekend jer pegi kelas kat shah alam.. tapi sebagai anak, aku pulak rasa aku macam missing something deep down in my heart.. :)
.....
so memandangkan ada gap minggu ni sebab kelas xde, terus ajak my hubby balik kg. dia sendiri pun ada sebut.. lamanya x balik kg. nak cakap rindu kat mak aku, mesti dia segan...hehehe.. so baliklah kami 3 beranak ke kampung hari sabtu lepas.. yey! kami jer balik weekend ni.. adik2 x balik..my 2nd sis dah balik last week.. so ni giliran kami pulak and next week my 3rd sis pulak kata nak balik.. bergilir2 la balik mengikut kesesuaian cuti masing2 :).. yang tinggal kat kampung tu cuma adik bongsu kami yang bebaru ni patah tangan sebab jatuh motor.. tangan masih bersimen..dia la teman mak kat umah sebab x boleh nak keluar merayau dengan tangan bersimen tu since abah pun bukan lekat kat umah..ada jer aktiviti dia selain kerja.. :P
.....
hari sabtu tu xde aktiviti apa.. sampai kampung pun dah tengahari.. mak dah masak..so apa lagi..ambil pinggan, makan. macam biasalah..mak masak apa pun sedap..setiap orang pun akan kata yang masakan mak dia la yang paling sedap di dunia! hehehe..aku pun rasa camtu jugaklah.. macam anak aku la.. aku masak simple2 pun dia kata; mama ni masak macam chef wan laa.. hahaha.. tu nak kata mama dia ni masak sedap sangatlah! hihi :P.. padahal xde la special apa sangat pun..
.....
hari ahad, pepagi tu kami pegi pasar ahad kat kuala kangsar..ni dah macam aktiviti wajib kalau balik kampung.. sebab best pegi pasar ahad tu.. bukan nak beli apa sangat pun, saja jalan2 tengok macam2 jualan..pastu boleh lepak tepi sungai perak. landskapnya cantik. tapi lupa pulak aku nak bawak kamera...sayang.. kalau x boleh jugak posing2 kat tepi sungai..hehe..tapi mak x ikut sama sebab mak sangat sibuk nak buat kuih. mak aku tu berniaga kat pasar malam tiap2 hari ahad kat kampung aku tu... jadi kami 3 beranak jer la yang pegi. lepas beli barang sket kat pasar ahad, kami beli rojak buah dan lepak tepi sungai perak jap. anak aku pulak ambil kesempatan main kat playground tepi pasar ahad tu. pastu gerak balik umah. mak pun dah pesan jangan makan nasi kat luar sebab dia dah masak.
......
petang tu, lepas makan dan rehat2 kejap, tolong mak pulak. sian mak sorang2 bersilat kat dapur tu. so aku tolong goreng cucur badak ngan karipap. selain dari 2 kuih tu, mak buat kuih lompang, kuih gelang, lepat ubi, lepat labu, lepat pisang, bengkang ubi, lemang, putu piring dan limas. sorang2 jer buat semua tu.. sangat terer! aku? satu kuih pun x reti buat..kuang3..pukul 5 petang mak aku pun kuarlah pegi pasar malam dengan abah aku. kami pulak bersiap2 nak balik penang sambil sebelum tu tolong kemas dapur mak dulu.. kesian kat mak. at least bila mak balik umah, tengok dapur dah clear, lega sket kepenatan dia kan..pukul 6.30 petang kami pun bergerak keluar dari rumah. singgah kat pasar malam dulu jumpa mak dan abah. abah aku tu anggota rela..so bertugas jaga trafik kat pasar malam tu...:) sampai2 tengok kuih mak tinggal dua jenis jer lagi..yang lain dah clear.. :) mak aku tu dah ada peminat setia dia..sebab tu la cepat jer habis kuih mak.. hehehe.. duduk kejap kat gerai mak, pastu kami pun bergerak pulang ke penang dan selamat sampai umah pukul 9.30 malam.
......
itu ajelah citer weekend aku minggu ni. weekend akan datang ni, ada kelas balik macam biasa. oh yer.. 2-3 entry aku sebelum ni semuanya berkenaan dengan super junior kan? perasan tak? biasalah tu.. itu kegilaan sementara aku jer..hehehe.. nanti bila dah boring, aku tukar minat kat artis lain pulak..hahaha.. macam sebelum ni kat jang geun suk (marry me mary)..pastu kat hyun bin..pastu baru super junior.. lepas ni x tau lagi kat sapa.. hahah.. but don't worry..my hubby tu dah biasa dah dengan obsesi wife dia nih..:P

No comments: