Be My Friend :)

14 February 2011

my weekend

cuti hujung minggu korang buat apa? cuti hujung minggu aku penuh dengan pelbagai aktiviti. yer la.. kalau diikutkan dari mula tahun 2011 ni, baru minggu ini aku berpeluang berhujung minggu di rumah since minggu2 yang sebelumnya weekend jer pergi kelas di shah alam. macam minggu lepas pulak, walaupun x ada kelas sebab cny tapi pergi kl juga sebab pergi majlis pertunangan my husband's cousin di cheras. jadinya, bila berpeluang weekend kat rumah sendiri, banyak sungguh benda yang nak dibuat.

hari sabtu mula dengan basuh baju2 dan kasut2 sekolah. lepas dah sidai semua, keluar pulak pergi kedai motor. tukar minyak enjin motor sebab dah lebih 2ooo km. lebih kurang tiap2 bulan jugaklah tukar minyak enjin ni sebab travel dari rumah ke ofis jauh kan. alang2 tu, tukar plat motor yang belakang sama sebab plat tu dah patah sekerat kena langgar masa berebut2 masuk feri tahun lepas. hehe..apsal baru nak tukar? sebab walaupun patah, kat bahagian no plat tu x kena. cuma x berapa nak elok jer la rupanya. tak mahal tukar plat tu...rm4 jer pun. lepas settle kat kedai motor, balik rumah terus. sebelum sampai rumah, singgah beli lauk2 dulu sebab dah tengahari, nak masak pun dah lambat sangat so masak nasi je. lepas makan, on laptop buat assignment. ye la.. student gitulah..ada jer assignment yang nak kena buat..dah tu assignment pulak berlambak2..sampai blur otak aku nak fikir nak buat macam mana dah..hehe..pastu dengar anak aku merengek2.. dia dah boring tengok kucing kat luar tu jer seharian. nak ajak jalan2 la tu. so tanya my husband nak pergi mana2 tak? nak tengok wayang, aku dah check online xde citer yang best pun sekarang ni. so last2 we decide to go bowling. pergi main dekat megalanes di megamal pinang. main 3 games sorang, aku ngan anak aku share games. balingan pertama, anak aku baling (almost semuanya masuk longkang..haha) and balingan kedua aku plak baling. best juga sebab as for my daughter, inilah first time dia main bowling and for me, boleh dikira first time juga sebab dah almost 5 years tak main bowling. points for me and my daughter.. x sampai 100 pun..hehe.. :) balik rumah sambung buat assignment balik sampai pukul 3 pagi.

hari ahad pulak bermula dengan mencuci porch. ada kucing yang dah melepas kat porch depan tu. ada 2-3 tempat jugak. hampeh punya kucing. ntah yang mana satu buat perangai x senonoh ni. kalau aku tau yang mana satu, siaplah dia! tak pasal2 abis sepagi aku kat situ. lagi bengang sebab aku x bela kucing pun. dah settle bab tu, masuk rumah pulak. dah tengahari, nak masak pulaklah. semalam dah x masak, so hari ni kenalah masak. bahan2 pun semua dah ada. menu hari tu: kari daging (daging korban yang tak abih2 lagi..hehe), peria tumis dengan telur, sardin dan sambal belacan. sambil masak, sambil tengok barang2 dapur yang dah abih stok sebab lepas asar nanti nak keluar beli barang2 dapur dan makan2 bersama my parent in law. lepas makan, sementara nak tunggu asar, sambung buat assignment lagi...

lepas asar, mandi dan bersiap, pergi ambil pil kat rumah diorang. sampai2 sana, diorang pun dah siap..so terus ke carrefour. lepas beli barang terus pergi makan di food court carrefour tapi sebelum tu, singgah kat kedai cermin mata yang ada kat carrefour tu kejap. aku nak check what's wrong with my eyes ni sebab mata agak kelabu bila tengok jauh especially mata sebelah kiri. seperti yang telah dijangka, hasil pemeriksaan, aku kena pakai cermin mata with mata kiri need more power than mata kanan. rabun jauh. patutlah aku rasa x selesa bila tengok object yang jauh. pastu kadang2 mula sakit kepala. maklumlah kerja tengok komputer memanjang, balik pun tengok komputer lagi untuk buat assignment. faktor umur pun sama kot. dah tu terus buat spek mata since tengah ada offer pun. buat yang murah2 je. aku pun x pernah pakai spek mata so x taulah yang mana sesuai dengan muka aku. salesgirl tu suggest, aku try, pastu yang mana dapat persetujuan sebulat suara dari my husband and my pil, kira jadi ajelah. seminggu lagi baru siap spek tu. lepas ni baru betul jadi 'the geek' macam gelaran yang my friend, laxmi bagi..heheh.. balik rumah, kemas pulak barang2 yang dibeli dan kemas dapur sekali. setahun sekali nak kemas dapur pun payah. haha... selalu main campak2 jer. maklumlah..kan dah kata weekend selalunya aku xde sebab pergi kelas, hari kerja pulak x sempat nak mengemas sbb hari2 pun sampai rumah dah pukul 7 malam. lepas tu iron baju kerja & baju sekolah, kemas beg sekolah, kemas beg kerja & last sekali kejutkan my husband yang dah terlena depan tv. pastu barulah aku masuk tido.. itupun dah pukul 2.30 pagi pun dah. gitulah weekend aku minggu ni. sangat hectic kan? fuhh...

macam ni la lebih kurang spek yang dipilih

picture credit to: yahoo.search

No comments: