Be My Friend :)

14 February 2011

hyun bin oh hyun bin

ni citer pasal pelakon terkenal korea si hyun bin ni yang jadi hero drama korea Secret Garden. bukanlah apa, baru-baru ni aku ada baca cerita mengenai dia ni. dalam satu interview yang dibuat semasa promosi filem terbaru dia 'late autumn' yang dibuat di korea (takkan kat Malaysia pulak kan?..hehehe) si hyun bin yang handsome dan ada lesung pipit ni naik bengang bila wartawan yang interview dia ni tanya mengenai kekasih hati dia si song hye kyo yang cantik tu (antara pelakon wanita tercantik di korea). lebih kurang macam ni la interview antara wartawan tu dengan hyun bin ni yang aku dah translate ke bahasa malaysia (artikel yang aku baca tu dalam bahasa inggeris je.. bukan dalam bahasa korea pun. kalau dalam bahasa korea aku boleh translate ke bahasa malaysia memang sangat dasyat la kan? haha).

song hye kyo
......
wartawan: hyun bin ssi, boleh bagitau bagaimana agaknya hubungan anda dengan makwe anda song hye kyo sekarang ni?
....
hyun bin: minta maaflah, saya tak cerita mengenai hal peribadi saya pada orang. hal peribadi saya adalah hak saya (muka dah masam).
....
wartawan: bukan apa hyun bin, baru2 ini heboh gosip yang mengatakan bahawa hubungan anda berdua telahpun berakhir.. (hyun bin dan song hye kyo ni couple dari tahun 2009 selepas berlakon drama 'the world that we live in').
...
hyun bin: hairan betul la, apa yang sebenarnya peminat nak? mendoakan agar hubungan saya tu berakhir dengan perpisahan ke atau berdoa agar hubungan cinta saya itu akan berakhir dengan happy ending? (hyun bin dah bengang).
....
wartawan: jadi kesimpulannya, hubungan anda dengan makwe anda tu masih berterusan ke atau telah berpisah (masih x putus asa).
......
hyun bin: saya tak mahu komen lagi. lambat laun, peminat akan tahu sendiri kesudahannya macam mana.
....
Haa.. macam tu la lebih kurang interview tu. alah.. relax la hyun bin... takyahlah nak marah2 kan? biasalah bila dah jadi pelakon popular ni. tentu semua peminat pun nak tau semua cerita mengenai dia tak kiralah hal peribadi ke, hal x peribadi ke kan? nak pulak makwe dia si song hye kyo tu pun pelakon terkenal juga (heroin drama 'full house'). nak marah wartawan pun, x boleh juga sebab dah memang tugas wartawan kena tanya soalan2 macam tu untuk tulis dalam artikel dia kan? kalau wartawan tak tanya soalan ni, nanti editor dia marah dia pulak kan? sabar je lah hyun bin. kalau tak nak jawab soalan macam tu, cakap jer 'no comment'. takpun, terus terang je la kan..bagi aku secara peribadi, x kisahlah dia masih couple ke, dah berpisah ke.. sebab xdelah pulak akan mengubah apa2 pun. aku pun minat dia dalam drama2 lakonan dia je. takdelah sampai berangan nak kawin dengan dia ke apa..hehe..maknanya xlah peminat fanatik pun.. ye la, aku berpijak di bumi yang nyata.. sebab artis kat malaysia ni pun nak jumpa secara live pun susah, apa lagilah nak jadi kawan kan? ni pulak artis korea. pergi korea pun x pernah lagi..kan buang masa jer berangan yang pelik2 gitu kan? hehehe..so for hyun bin: i wish you all the best.. whether in your career or in your personal life.. (ewah! macam la hyun bin tu baca blog aku.. :P)..haha..
.....
picture credit to: yahoo.search

No comments: