Be My Friend :)

10 January 2011

what should i do?

semalam aku ada kelas di shah alam macam biasa. abis jer kelas dalam pukul 5.30 petang, aku terus naik bas ke kl dan turun di kl sentral. sampai pun dah dekat pukul 7 malam. lepas jer beli mcD (take away), aku pun cepat2 naik tingkat atas nak beli tiket teksi nak ke hentian duta. bas aku pukul 8 malam. on the way nak ke kaunter teksi tu, tetiba jer ada sorang brother tu approach aku. macam ni perbualan aku ngan bro tuh:
....
that bro: excuse me, boleh saya tumpang tanya?
aku : yeah?
that bro: are you working here?
aku : no..
that bro: are you from here?
aku : no.. (apahal nih tanya aku macam2... aku dah x sedap hati)
that bro: oh sorry, but can you help me?
aku : apa? (cepatlah cakap..aku nak pegi hentian duta nih.. karang lambat plak)
that bro: actually I dari bangsar nak ke nilai but tadi dalam komuter, i'd lost my purse in the crowd. so...
aku : oh sorry..
....
lepas tu aku terus blah ke kaunter tiket teksi dan terus naik teksi ke hentian duta. aku takut wey. aku x tau nak react macam mana bila dia cakap macam tu. sebab tu belum sempat dia habis ayat dia, aku dah blah dari situ. aku agak2 mesti dia nak cakap: boleh x aku bagi dia duit sikit untuk buat tambang dia nak ke nilai?.. sorry, aku susah nak percaya orang. dah pulak aku sorang2 je masa tu. hari pun dah nak malam. kalau korang, apa yang korang buat? oh yer, brother tu melayu dan aku perasan yang sebelum tu masa aku naik eskalator nak naik atas tu, bro tu kat depan aku tengah elok jer cakap dgn hp dia. dan masa dia cerita kat aku tu, muka dia xde macam panik pun yang purse dia hilang. aku sebenarnya rasa bersalah gak x tolong dia.. tapi aku takut kena tipu dan fikir macam2 benda negatif. ye la... apa relevannya yang dia tanya aku sama ada aku kerja kat situ ke tak? dan tanya sama ada aku orang sini ke tak?.. pelik tak? dah pulak masa tu aku memang tengah pegang duit untuk beli tiket teksi. betul ke aku buat camtu? emmm...

5 comments:

Laxmi said...

dah dia ada hp biar la dia kol kawan dia mai rescue dia rini.. kalo aku pun tak layan la org2 camnih riso gak we kenot trust anyone.. lain la kalo cacat ke apa buleh la konsider.

marstories said...

ha..tu la pasal lax.lagipun kalau dia betul2 nak mintak tolong, kenapa x terus cakap jer. ni x,tanya mcm2 pulak dulu.lagipun dah sah2 aku bawak bagpack..mestilah boleh agak yang aku bukan kerja kat kl sentral tuh..kan?

naja said...

sangat betul tindakan hang rini.... aku dah byk kali kena trick centu.. pestaim buleh la hati suci aku pecaya... kali2 yg seterusnya, lanttakkan di sana!

naja said...

lantakkan di sana!

marstories said...

naja: betul tu. sebab aku pun pernah kena gak dulu kes mcm ni, tapi yang tu ckp motor dia hilang.bak kata hang la, pestaim bolehlah hati suci aku percaya..hehehe..