Be My Friend :)

01 January 2011

welcome 2011!

selamat tahun baru 2011! moga tahun yang baru ini akan memberi lebih banyak kejayaan pada kita semua. insyaAllah. bagi aku pulak, bila masuk aje tahun baru ni, tentunya dah kena prepare mental dan fizikal. iyelah, anak aku pun dah masuk darjah 2 tahun ini. aku pun dah masuk ke semester terakhir. sem ini dah jadi super senior (bukan super junior kumpulan dari korean tu tau). haha. wahh.. macam mimpi jugak. rasa macam baru aje aku daftar masuk untuk semester yang pertama dulu. sekarang dah pun masuk ke semester ke-9. sedar2 dalam aku bertungkus lumus berulang alik dari penang-kl tiap2 minggu, berjaga sampai awal pagi siapkan assignment yang bertimbun2 di samping kena tengokkan anak aku buat kerja sekolah dia yang banyaknya macam budak sekolah menengah, akhirnya aku sampai juga ke my final semester. Alhamdulillah. bak kata pepatah melayulah.. bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. betul tak? lepas ini mesti aku rindu suasana begini. lepas dapat ijazah ni nak buat apa pula? entahlah, aku pun belum ada idea. fokus sekarang nak habiskan dulu semester ini. jangan ada yang kantoi sudahlah. dah pulak subjek untuk semester ni aku tengok could be tough jugaklah.
.....
dari segi kerja pula. aku harap tahun ni, aku akan cepat dapat habiskan kursus minima 7 hari tu. bukan apa, sejak belajar ni, selalu sangat time pejabat aku buat kursus aje, aku x dapat nak join. sebabnya, buat kursus pun on weekend. aku pulak tiap weekend ada kelas. nak ponteng kelas aku x berani pulak. karang aku tertinggal apa yang lecturer ajar atau suruh buat lagi haru. memanglah ada kawan2 boleh pinjamkan nota dan bagi info tapi mestilah x sama macam kita sendiri yang pergi kelas. aku ni dahlah x pandai sangat. jadi x maulah aku tanggung risiko kalau x pergi kelas. program lawatan yang pejabat aku anjurkan pun aku x dapat nak ikut sepanjang tahun lepas. geram betul. macam kursus jugak, program lawatan pun buat sama masa aku kelas. terlepaslah peluang nak ikut sekali. bila diorang cadang nak buat masa aku xde kelas, tetiba x jadi pulak atas pelbagai sebab. macam hari tu, siap suruh aku cepat2 buat passport. cadangnya nak pegi luar negeri. sekali elok aku dah siap buat passport, x jadi pulak program tuh. hampeh. x rezeki. simpan jelah passport aku buat pekasam. rugi duit aku seratus! huh!
.....
berbanding dengan tahun 2010, untuk tahun 2011 ni aku ada la a few thing yang aku nak achieve. kira macam azam tahun inilah. harap2nya akan dapat dicapai. insyaAllah. lagipun azam aku tu bukan sesuatu yang x logik atau sangat sukar dicapai pun. cuma kena usaha. lagipun buat benda apa sekalipun, kenalah ada usaha. kalau x, macam mana nak mencapainya kan? so sekali lagi, selamat tahun baru 2011 yer!

No comments: