Be My Friend :)

26 January 2011

situasi di mana kalau boleh korang nak kata...

Situasi 1: korang tengah bawak motor kat highway...dalam 100 kmj camtu.. depan korang ada la sorang bro ni bawak slow jer.. agak2 dalam 80 kmj gitu.. korang pun potong la dia..elok dah potong dalam 15 meter gitu, bro tuh potong korang balik dengan laju..korang pun relax jer. biasa la kan, sapa laju dia pegi la dulu atau mungkin dia x suka motorist perempuan potong dia kan. tapi bila dia dah potong korang, depan sikit jer dari korang dia slow balik motor dia. korang ni dengan kelajuan yang tidak bertambah atau menurun, potong jer la dia balik. xde niat pun nak lumba2 kan. tapi bro tadi tu buat lagi mcm tadi.. kelam kabut kejar korang balik sampai berjaya potong korang balik..masa potong korang tu, siap sempat paling muka kat korang tau dengan pandangan sinis dan lepas potong dia slow balik..bengang betul..
.....
dalam situasi ni, kalau boleh korang nak kata: Woi brother! ko apsal hah? ingat aku nak main2 ngan ko ker? aku nak balik rumahlah! %^$#*(#@! (tapi aku x kata apa2 pun..x kuasa aku nak melayan. aku potong jer dia balik dan tambah speed sampai dia xde can nak potong lagi dah)
.....
Situasi 2: balik kerja, korang pun bersesak2 la kat jetty tggu feri. ni kat area motorsikal la yer. cuaca dah la panas. feri pulak lambat tahap kura2. tambah pening lagi dengan asap motor sebab ada yg x reti nak matikan enjin motor masa tengah menunggu tu. depan motor korang, sorang pakcik ni tengah syok merokok. asap rokok dia elok jer kena muka korang. korang sabar sebab fikir bukan lama sangat nak kena tahan nafas kalau setakat sebatang rokok tu kan. tapi yang buat korang bengang, selagi feri blm sampai, setiap lima minit, lepas sebatang, sebatang lagi rokok dia hisap. dan pastinya muka korang pun dah nak hijau tahan nafas tapi korang masih sabar. feri pun sampai. semua orang pun start motor masing2. sekali pakcik tu punya motor asapnya mak aihh.. mengalahkan orang tengah bakar sampah! berkepol2 asap motor dia! sampai lemas korang dibuatnya.
.....
dalam situasi ni, kalau boleh korang nak kata: Assalamualaikum pakcik! pakcik nih tengah bakar sampah ker? dari tadi asap berkepul2 nih! sesak nafas saya tau tak?! fikirlah kat orang lain sama. bukan pakcik sorang jer yang nak naik feri ni! (tapi aku x kata pun camtu :( cuma masuk jer feri aku pastikan aku x park area yang berdekatan dengan pakcik tuh dah)

No comments: