Be My Friend :)

17 January 2011

pengalaman aku naik bas

sejak aku mula belajar dari tahun 2006, aku selalu travel dari penang ke kl dan dari kl balik semula ke penang dengan menaiki bas. bukan sebab aku suka sangat naik bas tapi sebab terpaksa memandangkan naik bas adalah cara yang paling menjimatkan sementelah aku memang kena turun kl hampir setiap minggu untuk attend kelas aku di shah alam. selesa jugalah naik bas untuk perjalanan yang makan masa 5 jam tu. walaupun boring, selagi ada buku untuk dibaca dan ada mp3 untuk dengar lagu2, dah cukuplah. tapi kadang2 naik bas ni buat aku sakit jiwa juga. nak tau kenapa?
....
macam semalam lepas habis kelas aku naik bas balik ke penang. bas aku pukul 8 malam dari hentian duta. bas pun datang on time. lepas pakai sweater dan sumbat earphone mp3 kat telinga, aku terus terlena. letih sangat rasanya. aku duduk kat seat yang single. bila terasa macam bas nak berhenti aku terjaga. rupanya dah sampai kat hentian sebelah simpang pulai. tu tempat favourite la bas berhenti rehat kejap sambil isi minyak. aku pun turun gak kejap pergi toilet. sebab lepas ni bas memang xkan berhenti kat mana2 perhentian dah. duduk semula kat tempat aku, aku terperasan ada benda yang bergerak2 kat seat depan aku. aku tengok betul2 rupanya benda tu lipas. banyak pulak tuh! bukan dekat seat depan aku tu jer ada, kat tepi tingkap, kat lantai bas.. banyak betul. dengan macam2 saiz pulak tu, dari anak lipas, ke kakak lipas, abang lipas, mak lipas, bapak lipas... mak aihh.. aku dah start geli. tapi nak buat macam mana kan? aku bukannya ada bawak ridset nak sembur lipas2 tuh. sudahnya mana yang kat kaki aku, aku pijak jer... mana yang dekat seat aku, aku jentik jatuh. sudahnya dari simpang pulai ke penang tu aku dah x boleh tido. takut wey lipas tu masuk dalam baju ke apa. sangat x selesa aku rasa. cuma berdoa dalam hati cepat2 la sampai. elok sampai jer, cepat2 aku turun. sangat x best kan?
....
tapi ini bukan pengalaman pertama la naik bas yang banyak lipas. banyak kali jugaklah kalau dikira dalam 4 tahun aku travel naik bas ni. heran kan? kenapalah pengusaha bas ni x selenggara bas dia elok2? sedangkan diorang ni, kalau boleh tiap2 tahun nak mintak kerajaan naikkan tambang bas kan? tapi kebersihan bas dan keselesaan penumpang x ambil kira pulak.
....
cerita lain pulak, pernah jugaklah sekali tu, on the way ke kl, aku sakit perut. masa tu dah dekat rawang. walaupun malu nak bagitau kat driver bas, aku redah gaklah bangun pegi bagitau dia yang aku nak pegi toilet. tapi korang tau driver bas tu kata apa? "tahanlah.. dah dekat nak sampai ni". dekat apanya dari rawang nak ke hentian duta. belum kira lagi jem kat tol duta tu. dia xmo berhenti dah kat mana2. selamba jer dia buat muka x bersalah. sikit pun x kesian kat aku. sungguh x bertimbang rasa driver tuh. korang bayangkan macam mana sengsaranya aku nak tahan dalam perjalanan yang lebih dari sejam tu? berpeluh2 okay! x tentu arah aku masa tu. elok sampai hentian duta jer, laju aku turun dan cepat2 jalan macam x cukup tanah ke toilet. bengang betul! susah sangat ke nak berhenti kejap? lepas dari tu, bila travel naik bas jer, aku beringat dari awal. malam sebelum naik bas tu, aku pastikan aku x makan banyak atau makan yang pedas2. pastu sebelum keluar rumah, pergi toilet dulu siap2. pastu dalam bas, aku takkan makan atau minum dah. sepanjang perjalanan 5 jam tu, walaupun ada spare air mineral, selalunya aku takkan minum. biar aku tahan lapar dari aku terpaksa tahan sakit perut kan. sangat sengsara...dah sampai tempat yang dituju barulah ingat nak makan ke, nak minum ke. aku dah serik. cukuplah sekali.
....
aku pernah juga kena melepak tepi highway sebab bas rosak dan terpaksa naik bas ganti. pastu pernah gak naik bas yang aircondnya tetiba rosak di pertengahan jalan so driver terpaksa bukak pintu depan sepanjang perjalanan. pernah gak naik bas yang penuh ngan 'abang la' (bangla) yang menyebabkan aku pening lalat sepanjang perjalanan. pernah gak nak bas yang x berenti di hentian tepi highway tapi sebaliknya berhenti kat kedai makan dalam kawasan kelapa sawit yang toiletnya sangat kotor. pernah gak naik bas yang bagi aku seat belakang sekali yang penuh ngan passenger lelaki sampai aku kena request kat driver supaya tukarkan aku kat seat depan sikit. dan banyak lagilah pengalaman aku sepanjang 4 tahun aku berulang alik naik bas nih. sabar ajelah kan?
.....
tapi bila aku ingat yang kelas aku akan habis bulan 4 ni, aku pasrah ajelah. ada 8 kali jer lagi nak kena pergi kl. lepas tu insyaAllah x payah dah nak berulang naik bas lagi macam sekarang dan sehingga itu aku berdoa moga Allah permudahkanlah segala urusan aku ni. amin.

2 comments:

TiNiE said...

priceless xperiences yg org lain takkan dpt.
kot yer pun ada, mungkin ada beza here n there.
tahniah n good luck!

marstories said...

hehe..thanks tinie.. betul..it's really priceless experiences.. :)