Be My Friend :)

04 January 2011

my daughter

semalam hari pertama persekolahan. tahun ni anak aku dah masuk darjah 2. bercutilah kami suami isteri ni menghantar dia ke sekolah. even dah masuk darjah 2, peelnya sama jer macam budak yang baru nak masuk darjah 1. nak berjalan ke kelas dia di tingkat 1 pun sangat lambat. siap nak pegang2 tangan. dah tu dah sampai ke kelas, takut nak masuk pulak. katanya malu. yer la... dah bercuti lama. kawan2 pun dah lama x jumpa. nak pulak masa kami sampai tu, budak2 lain dah ramai yang sampai lebih awal. dia x tau nak duduk kat mana. tak pasal2 aku pulak kena masuk dalam kelas cari tempat kosong kat dia. sebelum aku keluar kelas, dia sempat pesan "mama jangan balik dulu tau? tunggulah sampai habis sekolah". hah? tunggu sampai habis sekolah? mau kematu aku nak menunggu dia. elok cikgu kelas dia pun masuk, aku tengok mood dia dah makin baik. xdelah asyik nak tengok aku kat luar kelas jer. pastu aku pun buat isyarat yang aku nak balik dulu. mujur dia mengangguk.
....
tahun ni awal2 lagi aku rasa dah agak mencabar. mana taknya, hari last kerja tahun lepas (2010), tiba2 saja husband aku dapat surat ditukarkan ke pejabat di daerah lain mulai tahun baru ini. pejabat dia sedang buat pertukaran staff antara daerah2 bagi staff yang dah lama kerja di satu2 daerah. macam job rotationlah cuma ini pertukaran antara daerah2. agak jauh juga pejabat baru dia dari rumah sekarang. untuk dia yang nak kerja di daerah lain tu, bukanlah jadi masalah. aku pun berulang pergi balik kerja lebih jauh dari dia. cuma yang jadi isu di sini ialah dia x dapatlah nak hantar dan ambil anak kami dari sekolah seperti sebelum ini. jadi kenalah kami cari van sekolah pulak dan cari tempat transit yang lebih dekat dengan rumah kami supaya senang van tu nak hantar dan ambil dia dari sekolah. makanya, semalam lepas hantar dia ke sekolah, kami ni memusinglah mencari van sekolah dan tempat transit yang baru. pusing punya pusing akhirnya berjaya juga cari van sekolah yang duduk satu taman dengan kami tu. xde masalah. orang tu setuju nak ambil. terus kena bayar duit van untuk bulan ni. settle satu masalah. pastu tanya taska kat depan rumah aku tu kalau2 dia ada buat transit juga. pun ok, ada transit kat situ. terus bayar duit daftar. duit lagi. mujur kat sekolah sebelum tu takde kena bayar apa2 dah memandangkan duit yuran dan buku2 semua dah siap bayar hujung tahun lepas lagi. cuma duit tuisyen dan yuran komputer sahaja yang belum bayar sebab kelas tuisyen dan komputer tu hanya akan bermula selepas 4 minggu persekolahan nanti. selamat.
.....
hari ni mulalah anak aku pergi sekolah dengan van sekolah. awal2 pagi lagi dah bangun sebab van akan ambil pukul 6.30 pagi. kesian dia. selalu kalau abah dia yang hantar, xdelah keluar awal sangat sebab kelas pun start pukul 7.40 pagi. ini disebabkan naik van sekolah, kenalah bangun lebih awal. tapi tengok dia excited juga nak naik van. maklumlah, selama ini abah dia yang hantar. cepat jer dia mandi dan suruh aku siapkan dia. selalu macam tulah, xde masalah nak kejutkan dia bangun pagi sebab dia cukup senang terjaga. lepas balik dari sekolah nanti, van akan terus hantar ke pusat transit pula. kalau aku ni dapat tukar ke tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah, alangkah bagusnya. senanglah nak hantar dan ambil dia dari sekolah. tapi masalahnya, nak dapat tukar tu masya-Allah susahnya. dah bertahun pun aku mintak tukar. macam hujung tahun lepas, memang betul2 ada peluang nak tukar. dah nampak2 tu peluang yang amat cerah. tapi last2, dapat kat orang lain juga. alasan?.. birokrasi. orang pakai kabel. kita pulak naik keretapi. sebab tu tak dapat. kalau kita bising2 mempersoalkannya, orang marah. siap bagi macam2 alasan lagilah supaya kita kalah jugak kes ni pada akhirnya. sudahnya aku pun terima kenyataan yang dah bukan rezeki aku. hidup perlu diteruskan. kerja ajelah macam biasa. jauh pun jauhlah. aku percaya tentu ada hikmahnya. insyaAllah.

No comments: