Be My Friend :)

11 January 2011

movie review: season of the witch

sabtu lepas aku pergi tengok wayang citer ni di tgv, jusco bukit tinggi dengan adik aku. saja aku ajak dia tengok citer ni sebab tengok movie preview macam best jer. pada aku citer ni agak seram juga sebab awal2 lagi dah start dengan scene yang menakutkan di mana, 3 orang wanita yang telah dituduh sebagai ahli sihir dihukum gantung dengan cara ditolak dari jambatan dan mayat mereka dibiarkan masih tergantung direndam pula dalam sungai. sebagai melengkapkan hukuman, satu demi satu mayat wanita ini ditarik semula ke atas jambatan oleh paderi untuk dibaca jampi serapah dari sebuah kitab agama. sebab kalau x buat macam ni, mayat2 ni dikhuatiri akan hidup semula sebab diorang ahli sihir. mayat wanita pertama ada sedikit pergerakan bila dibacakan jampi serapah bermakna dia memang mengamalkan sihir, mayat kedua tiada pergerakan, mayat ketiga pulak, masa paderi ni nak tarik keluar dari sungai, jadi sangat berat dan tidak boleh ditarik langsung sehinggakan paderi tu sendiri yang jatuh dari jambatan tu. paderi tu akhirnya dibunuh oleh mayat ketiga yang dah bertukar menjadi demon.
....
scene seterusnya berkisar tentang peperangan yang disertai oleh hero cerita ni iaitu nicolas cage dan ron perlman. diorang sertai peperangan ni demi berkhidmat untuk gereja tapi bila diorang sedar yang diorang dah banyak membunuh wanita dan kanak2 yang x bersalah, diorang menyesal dan tarik diri dari menyertai peperangan. insaf. dah tu diorang pun mengembara la berdua hingga sampai sebuah kota yang sedang mengalami penyakit misteri yang dipanggil black plague iaitu penyakit yang diakibatkan oleh sumpahan ahli sihir. pemerintah kota tu tangkap 2 orang ni sebab tau diorang ni dulu terlibat dalam peperangan tapi berjanji akan lepaskan diorang kalau diorang bersetuju untuk hantar sorang gadis yang disyaki sebagai ahli sihir ke monastery di mana dia akan dibicarakan oleh paderi2 besar kat situ. macam2 benda seram jadi di sepanjang perjalanan diorang ke monestary ni. jauh pulak tu tempat yang diorang nak pegi tuh. bila sampai sana, rupanya semua paderi2 besar kat situ pun dah mati akibat dari terkena black plague. muka diorang sangat seram. kat sini pompuan tu bertukar menjadi demon dan mengganas. niat dia, dia nak cari dan bakar kitab suci yang ada dalam monestary tu. kitab suci tu ada macam2 jampi serapah yang boleh bunuh dia. tu pasal dia nak sangat kitab tu. full summary untuk movie ni korang boleh baca di sini yer. pada aku citer ni best jugalah kalau nak dibandingkan dengan gulliver's travel tu. so untuk movie ni aku bagi 3 bintang dari 5 bintang.

2 comments:

naja said...

i luv nicolas cage... kalo dia blakon, citer hat tak syok pun jd syok kat mata aku! sorang lagik, pakcik travolta! kekekekek

timakasih rini coz buat preview pilem ni.. jimat duit teket aku rm10 nge nge nge!

marstories said...

hehe..u're welcome naja.. dan sebenarnya jimat duit tiket 14 hengget tau sebab tiket kat tgv sangat mahal..tengok kat gsc lagi jimat..nak pulak kalau tengok hari rabu.. :)