Be My Friend :)

31 January 2011

mimpi hantu

korang pernah tak mimpi hantu pastu esok paginya sakit kat mana2 anggota badan? citernya macam ni.. semalam balik dari kelas dari kl aku naik bas pukul 9 malam. sampai di rumah lebih kurang pukul 2.30 pagi. lepas salin baju, basuh kaki dan cuci muka teruslah tido. mula2 tu susah jugak nak tido.. mungkin sebab lewat sangat tido sampai xleh nak tido kot. tapi last2 terlena juga. pastu aku mimpi. dalam mimpi tu, aku mimpi yang aku tengah tido, tetiba ada lembaga hitam tarik tangan kanan aku. kira ni mimpi dalam mimpi la tau. sungguh2 lembaga hitam tu tarik tangan kanan aku. sedaya upaya jugak aku berusaha tarik balik tangan kanan aku tu tapi lembaga hitam tu pun kuat jugak menarik. yang tangan sebelah kiri pulak mr. hubby pegang tapi dia tido dan x sedar apa2. aku nak menjerit tak boleh. badan pun x boleh bergerak. macam dah kena kunci. akhirnya dapat jugak aku tarik balik tangan kanan aku dan terjerit. terus mr. hubby terjaga dan tanya kenapa? aku beritau dia yang ada lembaga hitam tarik tangan kanan aku tapi masa tu lembaga hitam tu dah hilang. mr. hubby kata xper sebab hantu tu dah hilang, dia soh aku tido balik. dia plak nak pegi bilik air kejap. aku pun oklah. cuba nak tido balik lepas mr. hubby pegi toilet. kira masa ni aku masih mimpi tau. elok jer mr. hubby masuk bilik air dalam bilik kitaorang tu, lembaga hitam tu menjelma balik dan sekali lagi dia cuba tarik tangan kanan aku! macam dia nak tarik aku ke mana ntah. masa tu aku tarik kuat2 tangan aku dan menjerit. masa ni la aku betul2 dah terjaga dari tido dan mengejutkan mr. hubby di sebelah secara x langsung. dia dengar aku menjerit. cemas dia bertanya kenapa? aku ceritalah mimpi dalam mimpi aku tu. berdebar2 jantung aku tau. mr. hubby soh aku baca doa dan ayat2 yang patut. dia pun baca juga. sampailah aku tertido balik. pastu memang x mimpi apa dah sampai ke pagi. tapi jaga pagi tadi, ibu jari tangan kanan aku sakit sangat. x boleh nak genggam dan pegang barang. macam dah tergeliat. agaknya effect dari mimpi dalam mimpi aku semalam tu kot. sudahnya, sebab x tahan sakit, terpaksalah aku bandage ibu jari aku tu macam kat gambar sebelah. itulah citer mimpi hantu aku malam semalam...
gambar credit to: yahoo search

2 comments:

Hasnidar my Name... said...

salam, tinie, has dlu2ada gak kene ni tp tu semua kan mimpi tp kdg2 ada gak dsebaliknya mybe petanda... tp semua urusan ALLAH...

marstories said...

yerlah has.. memang mimpi jer pun..cuma kebetulan lepas mimpi tu jari aku sakit. x taulah kalau ada tergeliat mana2 sblm tu. rasanya xde pulak. mula2 aku bandage jer untuk kurangkan rasa sakit. tapi makin melarat sampai bengkak. sudahnya dapat mc 2 hari sebab bengkak tu. doktor pun x boleh nak beri kesimpulan..dia bagi ubat jerlah..but now it's getting better..