Be My Friend :)

10 January 2011

masalah

semua orang kat dunia ni ada masalah kan? kalau dia miskin, masalah dia mungkin berkisar tentang masalah kewangan, kalau dia kaya, mungkin dia ada masalah yang lain pulak. bak kata pepatahlah... selagi dinamakan manusia, mesti ada masalah dia masing2. cuma cara dia menyelesaikan masalahnya je x sama. ada orang, sangat sabar, kita nampak dia relax jer walau dia ada banyak masalah. ada orang pulak sangat serabut bila ada masalah. jadi cepat marah, muka pun masam jer. ada orang pulak, bila ada masalah dia jadi sangat tension sampai buat benda2 negatif yang mungkin membahayakan nyawa dia atau orang lain. stress terlampau. tapi normallah ada masalah kan? orang gila jer xde masalah :) hehehe. eh! terpanjang pulak intro aku kan? sebenarnya aku nak cerita, aku ada masalah sekarang nih.. masalah van sekolah anak aku. sekolah baru seminggu tapi abang van tu kata dia xleh nak amik dan hantar anak aku ke sekolah dah... kenapa? alasan dia, sebab waktu sekolah anak aku x sama ngan budak2 lain. susah dia nak amik anak aku sorang2. lari trip dia. adooii.. ottoke? macam mana nak buat nih?
.....
aku hantar anak aku ke sekolah jenis kebangsaan (cina). memang lain sikit dari budak2 lain kat taman umah aku ni. kebanyakkannya semua sekolah di sekolah kebangsaan yang ada di sekitar taman tempat aku tinggal ataupun kat sekolah kebangsaan yang baru buka di dalam taman ni sendiri. sekolah anak aku tu pun bukanlah jauh sangat dari rumah. cuma masalahnya waktu sekolah agak x sama ngan sekolah kebangsaan. waktu balik sekolah berbeza sebab ada hari2 tertentu dalam seminggu tu, anak aku ada kelas tambahan di sekolah. contohnya hari isnin dia balik pukul 4 petang sebab ada kelas tambahan bahasa arab & tasmiq. hari selasa pulak balik pukul 1.40 petang, hari rabu hingga jumaat akan ada kelas tambahan lain pula. kelas2 tambahan ni memang inisiatif pihak sekolah sendiri yang nak buat untuk murid2nya. wajib pulak tu. jadi itu yang jadi masalah kat abang van tu. sebab budak2 lain yang dia ambik, sekolah kebangsaan, waktu balik lebih kurang sama, jadi dia boleh ambik semua sekaligus dalam satu trip. cuma anak aku jer lain waktu dia nak kena ambik. tu la dia kata dia lari trip.
.....
sebenarnya hujung tahun lepas, aku ngan hubby pun pernah terfikir nak tukarkan dia ke sekolah kebangsaan yang ada kat dalam taman ni. sebab dekat dan susah nak cari van untuk ambil dan hantar dia ke sekolah sekarang. tapi fikir punya fikir, rasa sayang pula. anak aku tu dah masuk darjah 2 di sekolah tu. memanglah pencapaian akademiknya belum memuaskan sebab bukan senang juga untuk dia belajar bila terpaksa menggunakan bahasa yang dia tak tau. dia kena belajar bahasa baru, dengan kawan2 yang majoritinya cina lagi. tapi apa yang aku nampak, dia dah ada peningkatan juga. dari tak tau apa langsung, dia dah boleh faham sedikit sebanyak bahasa cina. malah dah boleh berkomunikasi dengan kawan2 cina dia dengan menggunakan bahasa tu. merungut pun x. nampak dia happy jer. lagipun dalam kelas dia, ada 6 orang budak melayu termasuk dia, budak india pun ada 2 orang. xdelah dia sorang jer terkontang-kanting. tiap2 hari memang banyak kerja sekolah yang dia kena buat. aku tolonglah juga ajar dia mana-mana yang aku tau. kadang2 sampai kena cari maksud dalam kamus bahasa cina. xpe, janji buat.
.....
itulah sebabnya aku sayang nak tukarkan dia ke sekolah lain. nampaknya nanti aku kena slow talk ngan abang van tu. kalau dia mintak naikkan harga pun aku sanggup je janji dia boleh ambik anak aku dari sekolah. kalau aku ngan hubby kerja dekat2 ngan rumah tentu xde masalah. ni sebab kami dua memang x mungkin dapat ambik dia dari sekolah sebab faktor tempat kerja yang jauh, jadi nak x nak, kenalah kami cari juga van untuk hantar dan ambik dia dari sekolah. kalau abang van tu betul2 x dapat nak ambik juga, solution lain, kena cari van lainlah jawabnya. emmm.. harap2nya dapatlah aku selesaikan masalah ni. pening aku dibuatnya. belum lagi nak fikir nak buat tesis untuk final sem aku ni lagi. lecturer mana yang jadi supervisor aku pun belum tahu lagi. dalam 2-3 hari ni baru tau siapa. moga2 dapatlah aku settlekan masalah van anak aku ni dulu. lepas tu baru fikir tesis. moga Allah permudahkan. amin...

2 comments:

Laxmi said...

alar sian hang rini.. aku pun memula register anak aku kat skulah cina (anak aku baru masuk darjah 1 thn ni).. pastu pikir2 bykkkk kali terus tukaq ke skulah kebangsaan, faktornye aku risau nak kena cari tusyen, kelas tambahan bagai kat anak aku if dia skulah cina.. maklumla aku ni takdak konfiden kat diri sendiri cemana leh handle xtra task padahal skarang pun dah tak tercapai dah.. huhuhu
bagus anak hang leh cope.. takyah tukar skulah tapi hang cuba diskas tanya kat parents kwn2 anak hang ke mana tau if there's another solution mcm van lain or parents yg duk dekat ngan umah mil hang yg leh hantar anak hang pi balik skulah ke.

marstories said...

tu la lax.. harapan kita sebagai parents ni kalau ikutkan lebih tinggi dari gunung kan? aku x nafikan yg mmg mencabar sket la bila hantar dia kat sek tu.tapi since dia pun dah darjah 2, dah ok sketlah.masalah van tu,xper sbb abg van tu pun still akan amik dan hantar anak aku smp hujung bulan ni sebab dah bayar pun duit van utk bln ni awal2 lagi. ada masa lagilah nak cari solution..I hope so..