Be My Friend :)

04 January 2011

kucing

kat umah aku ni ada 4 ekor kucing. bukan kucing yang aku bela pun. aku rasa itu kucing jiran2 aku. seekor warna putih, seekor warna hitam dan 2 lagi warna macam nak hijau2 sket (bukan warna sebenar sebab warna sebenarnya susah sket nak describe). kucing ni xdelah sepanjang masa kat umah aku (sebab aku bukan tuannya pun) tapi selalu la ada waktu pagi2 kami nak pergi kerja dan petang waktu kami balik kerja. berlari2 dan siap tunggu depan pintu rumah. nak makan sebenarnya. walaupun aku x bela kucing2 tu, tapi dah jadi rutin tiap2 minggu mesti beli makanan kucing untuk bagi kucing2 nih sebab kesian. tapi takat bagi makan ajelah. itu pun kat luar rumah. kirim salam la nak bagi masuk rumah pulak. selalu yang rajin melayan bagi makan kucing2 ni pun my hubby laa. aku tukang beli makanan kucing je.
....
tapi pagi semalam betul2 sudah buat aku naik angin. elok aku dah start motor dan tengah nak pakai helmet, cantik jer kucing yang warna putih tonggek elok jer kat motor dan terus kencing kat motor aku tuh. aduh! siap kena beg recycle yang aku gantung kat tempat letak kaki tu (motor aku skuter). hangin la aku. x pasal2 aku kena cuci dulu tempat yang dia kencing tuh. pastu kena tukar beg lain untuk letak barang aku. dahlah aku dah lambat nak keluar, minyak motor x isi lagi. pagi2 lagi dah buat aku sakit hati. korang fikir apa aku buat kat kucing tuh sebagai balasan dari perbuatan dia? adakah aku flying kick kucing tu @ sepak dia? atau sembur kucing tu dengan air? atau boikot x kasi dia makan dah? atau kesemua di atas? haha. itu korang fikir la sendiri. tapi yang penting aku dah warning my hubby xyah bagi kucing putih tu makan dah. ini namanya buat baik dibalas jahat. jaga ko putih! selama ini memanglah selalu jer motor aku tu jadi toilet kucing nih. tapi aku x nampak kucing mana punya kerja. kali ini sudah jelas. memang dia la punya kerja. hampeh betul. lepas ni, mana2 kucing yang buat hal aku blacklist terus. xmo kasi makan dah. carilah makan kat umah lain yer.

sekadar gambar hiasan :)

No comments: