Be My Friend :)

06 January 2011

Japanese Drama

selain dari drama korea, drama jepun pun aku tengok juga. tengok mood. kadang2 bila aku tengok tak ada citer korea yang best, aku tengok pulak citer jepun sebab bukan semua citer korea tu best pun. citer jepun pun ada jugak yang tak bestnya. selalunya sebelum aku pilih nak tengok citer apa, aku survey dulu drama mana yang paling banyak positive review thru internet baik dari segi jalan cerita atau pelakon2nya. kalau citer tu ada pelakon2 yang aku suka, itu dah kira bonus so proceed.

drama jepun ni dibahagikan mengikut musim negara tu. macam Winter (Januari – Mac), Spring (April – Jun), Summer (Julai – September) dan Autumn/Fall (Oktober – Disember). maknanya drama yang disiarkan akan ikut musim2 tertentu. apa yang aku suka dengan drama jepun ni is because episode dia lebih pendek. dalam 11 – 12 episode sahaja untuk satu2 drama (kecuali citer Oshin - 297 episode). drama korea episode dia ada yang 15, 20, 25, 30, 50++ atau 100++. kalau citer yang 50++ dan ke atas tu aku nak tengok online jawabnya memang x la. cepat sampai internet limit usage aku camtu. rugi2. antara citer jepun yang best:

Sunao Ni Narenakute: ada Hero Jaejoong

Tumbling: ada Yamamoto Yusuke, Seto Koji, Miura Shohei & Daito Shunsuke

Yamato Nadeshiko Shichi Henge: ada Kamenashi Kazuya & Tegoshi Yuya

Natsu No Koi Wa Nijiro Ni Kagayaku: ada Matsumoto Jun & Takeuchi Yuko

ini semua drama yang tersiar tahun lepas (2010). Drama tahun 2009 pun ada banyak yang best macam Mei-Chan No Shitsugi, Buzzer Beat, Ghost Friends, Atashinchi no Danshi dan lain-lain. Nak tengok kat mana? boleh tengok kat sini, sini, dan sini.

No comments: