Be My Friend :)

30 December 2010

i will promise you lyrics - jang geun suk

aku dah jatuh cinta dengan lagu ni :)

korean language
.....
Geogi anja ulji malgo nae soneul jabbawayo
dangshineui geu modeun geol jikkyeojulkeyo
wetoriinhin chaero naebeoryeoduji anheullaeyo
geudaeeui gaseume nae mami dahgo isseunikkayo
......

geudae seulpeumeul ihaehago shipeoyo
geu ttaeseuhameul jeonhaejugo shipeulppun
......

geogi anja ulji malgo nae nuneul barabwoyo
oraejeon gieokdeuldo da malhaebwayo
irheobeorin geotdeureun ije da jiweobeoryeoyo
eonjego geudaemaneul wihae yeogi seo isseulkeyo
.....

geudae seulpeumeul ihaehago shipeoyo
geu ttaeseuhameul jeonhaejugo shipeul bbun
.....
I will promise you
kkok geudaeraseo nan yaksokhal su itjyo
jikkyeobwa julkeyo
eonjena geudae nun ape
oh naega isseoyo
....

myeotbeoniga dashi
shijakhamyeon dweyo
sojunghan kkumeul
euishimhaji mayo
....

I will promise you
kkok geudaeraseo nan yaksokhal su itjyo
jikkyeobwa julkeyo
eonjena geudae nun soge
oh naega isseoyo
.....

seulpeumeun modu itgo nae soneul jababwayo
dangshineui geu modeungeol gamssajulkeyo
wetoriin chaero naebeoryeo duji anheullaeyo
geudaeeui gaseume nae mami dahgo isseunikkayo
....

I will promise you

english translation

don't cry while sitting there, holding my hands
I will protect all of you
the lonely people, I will not let you alone
because it's your heart that mine is approaching slowly
.....
I want to know your sorrows
just want to give you the warmth
.....
don't cry while sitting there, looking at my eyes
tell me the memories that happened long time ago
the lost, now just throw them away
no matter when, I will just stand here for you
.....
I want to know your sorrows
just want to give you the warmth
.....
I will promise you
because it's you, I will keep the promise
I will protect you, no matter when, in front of you
oh I'm here
....
no matter how many times, it's ok to restart
don't doubt the precious dream
.....
I will promise you
because it's you, I will keep the promise
I will protect you, no matter when, in front of you
oh I'm here
.....
forget all the sorrows, holding my hands
I will protect all of you
the lonely people, I will not let you alone
because it's your heart that mine is approaching slowly
.....
I will promise you

29 December 2010

mary stayed out all night/marry me mary ost

guide to a better life

guide to a better life ni aku dapat dari sorang bff aku yang hantar thru email some times ago. maybe ramai yang dah dapat email macam ni kan? tapi xper, aku nak share jugak kat sini bagi yang belum pernah tengok sebab aku rasa guide ni sangat bagus untuk dikongsi bersama because it's inspirational. hope u'll love it.
......
This is amazing, randy pausch 47 yrs old, a computer sc. lecturer from Mellon University. he died of pancreatic cancer in 2008, but wrote a book ‘the last lecture” before then, one of the bestsellers in 2007. what a legacy to leave behind. in a letter to his wife and his children, he wrote this beautiful "guide to a better life" for his wife and children to follow.May you be blessed by his insight.
.....
points on how to improve your life
  1. Don't compare your life to others'. you have no idea what their journey is all about.
  2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
  3. Don't over do; keep your limits
  4. Don't take yourself so seriously; no one else does
  5. Don't waste your precious energy on gossip
  6. Dream more while you are awake
  7. Envy is a waste of time. You already have all you need.
  8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
  9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
  10. Make peace with your past so it won't spoil the present
  11. No one is in charge of your happiness except you
  12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
  13. Smile and laugh more
  14. You don't have to win every argument. Agree to disagree......
  15. Call your family often
  16. Each day give something good to others
  17. Forgive everyone for everything
  18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
  19. Try to make at least three people smile each day
  20. What other people think of you is none of your business
  21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch..
  22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
  23. GOD heals everything
  24. Do the right things
  25. However good or bad a situation is, it will change
  26. No matter how you feel, get up, dress up and show up
  27. The best is yet to come
  28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
  29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
  30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.
While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you school with, people you play with, people you work with and people you live with.Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you. it's a good things to share.

28 December 2010

books

aku dari dulu suka betul baca buku. tapi masa tu buku2 tu aku tak belilah. pinjam jer kat library. free. dulu boleh pinjam 2 buah buku dgn 1 majalah jer untuk 2 minggu. sekarang ni dah boleh pinjam sampai 4 buah buku + 1 majalah. tapi kat bangunan tempat kerja aku ni, ada mini library jer. so pilihan buku xlah banyak sangat. kadang2 sampai terpinjam buku yang sama 2 kali. tapi start bulan 6 lepas, aku mula rajin beli buku pulak. itupun gara2 aku terbaca blog2 novel online dan lepas tu jadi addicted. dalam blog selalunya novel online ni xkan cerita habis cerita dia. ada part yang dia blankkan, atau endingnya xde. sebab apa? sebab novel2 ni dah dibukukan. jadi maksudnya 'silalah beli bukunya di kedai buku berdekatan'. huhu.
.....
so buku2 atau novel2 pertama yang aku beli ialah koleksi novel dari hlovate. kesemua buku tulisan hlovate ni pada aku sangat best! tajuk buku dia: tunas, aA +bB, rooftop rant, versus, 5 tahun 5 bulan dan pelangi (share dgn 2 lagi penulis). 1 lagi buku yang dia tulis tapi combine dengan 2 penulis lain dalam gurindam jiwa aku x beli sebab cerita yang hlovate tulis dalam ni sikit sangat dan 2 lagi penulis tu aku x minat tapi aku ada la pinjam buku tu dari library dulu. selain hlovate, aku ada jugak beli buku2 yang ditulis oleh areilla sahimi. tajuk buku dia: 2x5 dan iman suraya. satu lagi kalau x silap aku baju pengantin mak andam. ini aku belum beli lagi. ada jugaklah 2-3 buah novel bahasa melayu lagi yang aku dah beli tapi bila dah baca, aku pos kat mak di kampung. mak aku sangat suka membaca gak. siap feel dan nangis2 lagi kalau cerita dalam novel tu sedih. yang lain tu novel bahasa inggeris. best2 jugak. macam buku yang ditulis oleh barbara taylor bradford, cecelia ahern dan sophie kinsella.
.....
bila masa aku baca buku? selalunya aku membaca masa dalam feri sementara nak tunggu sampai seberang sana waktu pegi dan balik kerja. memanglah x lama sangat. perjalanan tu lebih kurang 15-20 minit jer dalam feri. tapi bagi aku yang hari2 naik feri ni, 15 minit pun dah rasa macam setengah jam. nak feel2 macam dalam kapal titanic pun dah x lalu dah. jadi nak hilangkan boring tu aku bacalah buku. dengan cara ni, sekejap jer rasa perjalanan tuh. tetiba dah sampai seberang. gitu. atau baca buku masa dalam bas masa on the way travel from penang to kl. dalam kereta pun aku membaca gak. yer la, sebab bukan aku yang drive pun. pendek kata, aku akan buka buku bila jer ada kesempatan. kalau kat rumah, sementara tengok tv pun aku boleh baca buku (masa iklan). so kat atas tu la koleksi2 buku @ novel yang aku beli sepanjang tahun ini. majalah pun aku suka jugak beli. macam majalah harmoni, woman weekly dan marie claire. majalah2 ni x sampai sepuluh ringgit pun kan.
.....
pada aku membaca ni x terhad dengan novel2 dan majalah saja. aku ada jugak baca e-books dari internet. xpun bila ada exam atau test, bahan bacaan bertukarlah dari baca novel ke baca nota. janji bila ada masa terluang tu aku mesti kena baca sesuatu jugak untuk isi masa. lain kali aku buat review tentang buku2 yang aku dah baca yer. jumpa lagi.

27 December 2010

sambung belajar: susah ke senang (part2)

akhirnya aku daftar jugak untuk sambung belajar nih. walaupun pada peringkat awalnya, sokongan dari orang2 terdekat adalah tidak seperti yang diharapkan. bukanlah diorang ni menghalang cuma boleh dikatakan sokongan tu tidak menggalakkan. tapi aku ni degil, keras hati dan kuat semangat jugak. sebab kalau aku x cuba, macam mana aku nak tau aku boleh buat atau tidak kan? kalau nak berputus asa sekalipun, kenalah usaha dulu. betul tak?
....
bila dah start belajar, hati kena kuat sebab banyak lagi masalah akan timbul. belajar jarak jauh ni bukan macam belajar fulltime. pada aku belajar jarak jauh ni = belajar sendiri. memanglah pegi kelas. tapi kelas pun, paling kerap 4 kali sebulan jer. itupun, satu hari kelas tu divided by 4 class = 2 hours for 1 subject. only. buku kena cari sendiri. lecturer cuma bagi tajuk buku jer. ada la jugak lecturer yang tolong dapatkan buku tu dari supplier. tapi kebanyakkan lecturer cuma bagi tajuk buku jer so student kena carilah sendiri kat mana2 dan macam mana nak dapatkan buku tu. nota pun kena buat sendiri. selalunya lecturer akan kata, nota yang dia ajar dalam kelas tu nota dia, so dia xkan bagi copy kat student. seksa betul. selalunya start jer semester baru, lecturer akan bagi siap2 tajuk2 assignment yang nak kena buat beserta dengan dateline bila kena hantar. boleh kata tiap2 kali ada kelas kena hantar assignment atau buat presentation atau ada test/quiz. macam kat uitm, kebanyakkan subjek dalam bahasa inggeris. kat U lain pun mungkin sama gak.
.....
classmate pun satu hal juga. maklumlah belajar part time macam ni, banyak perbezaannya. umur dah tentu2 x sebaya. dari 20'an hinggalah 50'an. masing2 dah kerja pulak tuh. susah ok nak cari yang betul2 boleh ngam dengan kita. sebab tiap2 subject selalunya ada group project/assignment. kalau dapat partner atau group member yang x ngam, susahlah nak buat kerja. masalah utamanya ialah masing2 duduk berjauhan. nak bincang face to face memanglah susah kecuali time ada kelas jer. yang lain tu kenalah guna telefon dan emel. macam aku, sepanjang 4 tahun yang lepas, nak buat group assignment ni memanglah bab yang paling aku x suka. dalam kelas aku, aku sorang jer dari penang. yang lain banyak yang area kl, selangor atau seremban. nak bincang selalu tu memang xlah. jadi untuk selesaikan masalah, selalunya masa kelas dah bahagi siap2 bahagian masing2 yang kena buat. pastu follow up thru email or calls. atau kalau susah sangat nak dapat feedback atau kerjasama, aku buat jer dari a-z assignment tu sorang2 dan bubuh jer nama ahli lain. sebab aku xnak nanti, tetiba last minit assignment tu x siap dan akan jejaskan markah aku gak. dari nak berkira sangat, betterlah aku buat jer sorang2 dan hantar gak before/on dateline.
.....
sepanjang 4 tahun ni, pernah jugak aku terfikir untuk give-up. bukan apa, kadang2 tu x terkejar jugak dateline untuk assignment2 semua nih. masalah kewangan jugak. sebab aku pun travel jauh nak ke kelas dari penang-shah alam-penang. naik bas sorang2 (5 jam pegi, 5 jam balik). fuhh! sangat boring. ada jugak kadang2 travel by car bawak family jugak. tapi x selalulah. kos sangat tinggi. naik bas pun kos dah tinggi apatah lagi kalau bawak kereta. dahlah yuran awal semester mesti lebih dari rm1k, nak beli buku2 lagi (buku sangat mahal). kesimpulannya, memang pokai la aku. mujurlah ada adik2 kat kl tempat menumpang teduh (manja). bolehlah jugak lepak kat rumah diorang tiap kali aku ada kelas. thanks sis.
.....
subject2 dalam course yang aku ambil tu pun susah2. yer la.. aku ni bukanlah scorer. sepanjang 4 tahun lepas ni, ada subject yang ok, ada yang sekadar cukup makan dan ada jugak yang kantoi. normallah tuh. kat rumah pun bukannya selalu aku ada masa nak belajar. maklumlah bila dah kerja dan berkeluarga nih, banyak betul benda2 lain yang nak kena buat juga. balik kerja dah tentu2 penat. hal di rumah lagi. tapi tiap kali bila aku rasa sangat x larat dan nak berputus asa, aku akan ingat sorang classmate aku ni. dari sem satu lagi aku dah geng ngan dia. sampailah sekarang nih masih partner dengan dia untuk buat group project. aku ingatkan diri aku, kalau aku give up, aku akan malu dengan dia. sebab apa? sebab akak ni, dah 50'an tau umur dia. lagi 2-3 tahun dah nak pencen pun. kalau kita rasa umur 30'an ni, otak kita lambat dah nak digest subject2 susah ni tapi dia yang 50'an ni pun boleh buat. x ke malu namanya kalau kita kata kita x boleh? tambah2 bila kita tau, dia pun ada masalah peribadi malah lebih banyak dan lebih berat dari masalah kita. sebab itulah aku selalu jadikan dia idola aku. kalau dia boleh buat, xkan aku yang lebih muda dari dia malah sebaya dengan umur anak dia ni x boleh buat pulak. betul tak?
....
belajar pjj ni sangat mencabar. tambah2 lagi bila kosnya kita sendiri yang tanggung dan terpaksa berulang alik jauh2 nak ke kelas. banyak jer alasan untuk buat kita berhenti. tapi aku selalu ingatkan diri aku sendiri yang aku mesti kuatkan semangat. ini cita2 aku. kalau aku x habiskan, sia2 ajelah usaha aku selama ini. aku nak jugak merasa family aku tengok masa aku konvo nanti. teringin jugak nak dapat jambangan bunga yang besar masa konvo tu. sebab masa aku konvo lepas habis buat diploma dulu, family aku x dapat tengok aku konvo sebab keadaan yang tidak mengizinkan. iyerlah.. dahlah jauh di port dickson nun, adik2 pun kecil dan masalah kewangan juga. masa tu sangat sedih bila xde sapa yang tengok aku terima diploma selain dari kawan2. apatah lagi tengok kawan2 seronok bergambar dengan family masing2.. dapat bunga.. tapi aku sorang2 jer. memang sangat sedih. sebab tu aku bertekad.. aku mesti habiskan ijazah aku ni. kali ni, mesti nak mak aku tengok aku konvo dengan family yang lain jugak. dan siap request kat family aku soh bagi bunga kat aku nanti.. kalau x bagi sure aku sentap! hahaha..
....
so moral of the story ialah sebenarnya kita boleh buat sesuatu tu kalau kita betul2 nak. halangan tu pasti kita boleh tempuh selagi kita yakin yang apa yang kita buat tu betul dan mesti kuat semangat. to my family and friends yang sentiasa menyokong aku selama ini.. thanks yer.. i really appreciate it!

movie review: gulliver's travels

dah tengok citer ni? movie ni tengah tayang kat panggung. kalau belum tengok dan rasa2 nak tengok atau tengah bercadang nak tengok, aku syorkan xyah la. hehe.. citer dia x best pun. nampak jer macam best. aku pegi tengok malam jumaat lepas. kalau tengok trailer dia, memang terpengaruh sungguh nak pegi tengok movie ni. yer la, dikatakan movie ni live-action family-comedy adventure film tu.. (walaupun..). ianya menceritakan tentang joe black yang berlakon sebagai gulliver, secara x sengaja ditarik ke dunia lain masa dia sedang travel dengan menaiki bot untuk buat artikel tentang tempat2 menarik untuk magazine tempat dia kerja. masa dalam bot tu dia tertido. jaga2 jer tengah ribut dan bot dia tertarik masuk dalam puting beliung sampai dia terdampar di sebuah pulau yang rakyat2nya kecik2 macam semut yang dinamakan pulau lilliput. the rest boleh baca di http://en.wikipedia.org/wiki/Gulliver%27s_Travels_(2010_film) yer.

movie ni banyak menggunakan kesan khas. of course la kan. dah citer pun fantasy. aku fahamlah memang of course la banyak benda yang x logik dalam citer nih. tapi sangat melampau ok! ada pulak rakyat pulau lilliput yang kenit2 ni, sebab respect sangat kat gulliver ni, diorang binakan rumah khas untuk gulliver lengkap dengan peralatan rumah yang moden pulak tuh. padahal negara diorang ala2 era zaman dulu je pun. dan aksi yang paling ntahapa2 ialah scene masa gulliver ni, padam kebakaran kat istana lilliput dengan air kencing dia. isk..isk..isk..sungguh x senonoh gulliver nih! so dari 5 bintang aku bagi 2 bintang yer. kalau korang nak tengok jugak, silakanlah. mana tau aku jer rasa x best, tapi korang rasa best kan? hehe..

24 December 2010

the best korean drama 2010

ini carta 5 drama korea yang paling best untuk tahun 2010. kenapa aku kata paling best? sebab aku dah tengok banyak gak drama korea tahun ini dan antara yang banyak2 tu 5 drama ni yang paling best dari segi jalan cerita dan pelakon2nya. semua drama ni pun happy ending. so xlah letih2 tengok dari episode 1, tetiba episode last hero atau heroin mati ke apa ker atau ending tergantung ker (yang jenis soh kita fikir sendiri ending dia camana) dan harus diingatkan bahawa ini adalah pendapat aku sahaja yer so pendapat orang lain tidak semestinya sama dengan pendapat aku..hehe :)

1. mary stayed out all night/marry me mary (comedy/romance)

2. playfull kiss/mischievous kiss (comedy/romance)


3. sungkyunkwan scandal (genre: history/comedy/romance)


4. personal taste/personal preference (genre: romance/comedy)


5. cinderella's sister/cinderella's stepsister (genre: melodrama/romance)

.....

sambung belajar: susah ke senang?

aku sambung belajar balik dari tahun 2006. sekarang ni aku dah masuk ke semester terakhir sebelum mendapatkan segulung ijazah macam dalam gambar sebelah. ada kawan yang tanya aku: susah tak nak sambung belajar balik bila umur makin meningkat, bila tanggungjawab lain makin bertambah ni? (means: dah kawin, ada anak, kerja lagi). jawapan aku: memang susah. nak pulak sambung belajar secara jarak jauh (pjj) nih. kenapa susah? yer lah. banyak benda nak kena fikir selain dari belajar. bukan macam adik2 yang lepas spm terus sambung belajar. xde banyak sangat benda nak fikir macam makcik2 nih kan. kita ni banyak benda nak kena settle. kat ofis, kat rumah lagi. tapi semua halangan ni berbalik pada diri sendiri jugak. kenapa aku cakap macam tu? sebab bak kata pepatah melayu la.. "nak seribu daya". betul tak?
-----
ada banyak sebab yang menyebabkan kita akan terfikir nak sambung belajar. misalnya, ada yang sambung belajar sebab susah nak cari kerja, atau sebab keluarga suruh sambung belajar, atau nak cari kerja lain yang lebih baik, atau saja2 nak sambung belajar (pun ada), atau apa jualah sebab. pada aku pulak, aku sambung belajar ni balik sebab cita2 yang belum tercapai (ni salah satu sebablah). dulu lepas habis buat diploma, x boleh nak terus sambung buat ijazah kerana keadaan. masa tu cuma terfikir nak cari kerja cepat2 je. nak tolong mak sebab masa tu adik2 kecil lagi. turn adik2 pulak nak sambung belajar. lepas dapat kerja tetap dan habis bayar loan belajar dari yayasan perak, dah nak kawin pulak (dah jodoh.. hehehe). pastu bila dah ada anak, teruslah lagi jauh melupakan cita2 nak ambik ijazah tu. tetiba awal tahun 2006, teringat balik niat tu dan bila satu hari tu aku jumpa balik kawan lama aku yang datang interview kat bangunan yang sama dengan tempat kerja aku, semangat tu jadi berkobar2 pulak. kata kawan aku tu: "hang tak terfikir ke nak ambik ijazah mar? hang sambung la.. umur pun muda lagi. takkan nak pencen dengan jawatan sekarang ni kot?". katanya. kata2 dia ni buat aku terdiam seharian kat ofis. fikir punya fikir, terus laju jer buat survey kat internet. kursus apa, kos, kat mana nak ambil, bla bla bla. seminggu aku survey jer kerjanya. tapi diam2 jer. x bagitau orang. lepas tu senyap2 gak isi borang online. sebab fikir belum tentu dapat lagi so x payahlah nak kecoh2. kang malu pulak aku. sekali betul2 dapat tawaran buat ijazah. eh! biar betul nih. dah fikir macam ni pulak aku. satu masalah lain timbul. macam mana nak cakap ngan orang terdekat tentang ni? setuju ke dia? boleh ke? dan boleh ke aku buat nih? suspen jer.. kita sambung lagi.. :)

23 December 2010

movie review: the cronicle of narnia - the voyage of the dawn treader

minggu lepas aku ada pergi tengok movie ni kat gsc sunway carnival. memang dah plan lama nak tengok citer ni memandangkan 2 movie sebelum ni (the lion, the witch and the wardrobe & prince caspian) aku tengok. aku suka jer citer fantasy macam ni. setengah orang mungkin rasa x best. biasalah tu, citarasa masing2 kan berbeza2. macam aku, lebih suka tengok movie genre fantasy macam ni dari tengok horror movie. mujur aku & hubby share the same interest. jadi memang xde isu kat situ nak tengok movie macam mana. tiket awal2 lagi aku dah beli online secara e-payment. malas nak beratur kaedahnya. lagipun kat online siap boleh pilih seat nak duduk kat mana. sampai jer kat kaunter terus pegi kaunter express amik tiket, pegi makan dulu pastu masuk panggung.

citer ni bersambung la kisahnya dari 2 movie sebelumnya tu. cuma kali ni 4 beradik pavensie ni nak besar so abang & kakak (peter & susan pavensie) dah x boleh nak kembali ke zaman narnia. pun begitu masih la jugak ada beberapa scene yang melibatkan diorang berdua nih. secara keseluruhannya, seperti biasa bagi movie yang dibuat berdasarkan buku, mesti jalan ceritanya ada sedikit perbezaan dari versi buku sebab dalam movie masa tu terhad. bukan senang nak merealisasikan semua benda yang jadi dalam buku ke bentuk filem pula. aku dah baca semua buku dalam the cronicle of narnia ni seingat aku 2 tahun yang lepas. ada 7 buku keseluruhannya. aku pun baca yang versi e-book punya. movie ni berdasarkan buku yang ketiga dalam siri ni. ada lagi 4 buku (the silver chair, the horse and his boy, the magician's nephew & the last battle). kalau semua dibuat movie, aku mesti pergi tengok walaupun aku dah tau jalan2 ceritanya. minat punya pasal kan. huhu.

so, pada aku citer ni bestlah. dah suka mestilah kata best kan? anyway, kalau nak tau sinopsis movie ni secara lengkap, bolehlah baca di http://en.wikipedia.org/wiki/The_Chronicles_of_Narnia:_The_Voyage_of_the_Dawn_Treader yer. dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang.

22 December 2010

my precious lyrics - mary stayed out all night ost

ni permintaan dari adik aku yang nak lirik lagu my precious dari drama mary stayed out all night/marry me mary - the best korean drama for 2010.

Jang Geun Suk - My Precious Lyrics

~Romanization~

Sujubeun geu soksagim seumyedeuneun gweitgae
Sobokhage ssahyeoganeun urideureui iyagi
Seororeul barabomyeo saraganeun
Cham eoriseokgo yeppeunmoseubdeul

Tabaktabak georeoganeun najeumakhan golmokgil
Deungsairo bichweooneun hanmogeumeui heatsalcheoreom
Mueotjocha alsueoptdeon naege
Jageun kkum hanareul shimeojuneun neo

My Precious (My Precious)
My Precious (My Precious)
Gasshigatatdeon gieokdeuri heunjeokdo eopshi sarijilmankkeum
Ttaetteuthage

My Precious (My Precious)
My Precious (My Precious)
Gagonan yeoreumjocha sojunghi ganjikhage dwelgeotmangateunIreon seolleim

Tturuttuttu ttuttuttu tturuttuttu ttuttuttu
Tturuttuttu ttuttuttu tturuttuttu ttuttuttu
Tturuttuttu ttuttuttu tturuttuttu ttuttuttu
Tturuttuttu ttuttuttu ttu~

Gibunjoheun barame seuchineun otgit wiro
Buseojineun neoeui nunbit dusoneul moa dameuimyeon
Jeoreobshi geujeo sunsuhaetdeon naldeuri
Nae gaseum wiro jeonhaejyeo onda

Yunanhi ganganjeolhaetdeon irheobeorin nae baramdeul
Meomutmeomut chueogi da hansumjit godoraseomyeon
Honjaseoman namgyeojilgeot gatatdeon
Nae dusoneul kkok jabajudeon neo

My Precious (My Precious)
My Precious (My Precious)
Buseojilgeotman gatatdeon gaseumeul mareobshi ssudadeumeo jueotdeon
Neoeui songil

My Precious (My Precious)
My Precious (My Precious)
Neoman gyeote itdamyeon mueotdo haenaelsuisseulgeotman gateun
Ireon seolleim

My Precious (eotteon haetsalboda ttatteuthan)
My Precious (eotteon bboseokboda chanranhan)
Buseojilgeotman gatatdeon gaseumeul mareobshi ssudadeumeo jueotdeon
Neoeui songil

My Precious (eotteon haneulboda kkaekkeuthan)
My Precious (eotteon yuriboda tumyeonghan)
Neoman gyeote itdamyeon mueotdo haenaelsuisseulgeotman gateun
Ireon seolleim

My Precious

~English Translation~

Shy pervading while whispering in your ear
Our story is covered by mystery
Feels happy when we Looked at each other,
Oh look how pretty foolish it is.

While we gently walking at the alley
the gap like a sip of illuminated by sunlight coming through
I could not even know what it is
You instill in my little dream

My Precious(My Precious)
My Precious(My Precious)
It was like going to memoriesa warm feeling
i dont want to disappear without a trace

My Precious (My Precious)
My Precious (My Precious)
Cherish even a small step forward
This excitement that we will cherish as

Glorious in the wind passing over the collar
Your eyes, our hands together
The days of just pure sales work
Handed over while my heart comes

I was desperate and lost hope of an exceptionally
Broken sentences are still reminiscence turns
Were likely to be left alone
Did you hold on tight to my hands

My Precious (My Precious)
My Precious (My Precious)
Seemed my heart keeps beating
Silence gave your hand to me

My Precious (My Precious)
My Precious (My Precious)
If only you can passed by what ever it is
Can make it just like this excitement

My Precious (My Precious)
Warmer than the sun
My Precious (My Precious)
More than any brilliant gem
....
Seemed my heart keeps beating
Silence gave your hand to me

My Precious (My Precious)
Which is cleaner than the sky
My Precious (My Precious)

More transparent, than some glass
If only you can passed by what ever it is
Can make it just like
This excitement

My Precious ..

my sister's wedding - last part

lagi gambar2 sekitar majlis:

3 beradik





cucu mak yang sulung

cucu mak yang bongsu




geng basuh pinggan

sedara mara melepak sampai habis majlis

my sister yang nak interprem gak
tamatlah sudah cerita tentang my sister's wedding nih.. :)

20 December 2010

my sister's wedding - part 3

pengantin lelaki sampai lebih kurang pukul 1.45 ptg. terus jalan dengan dimulakan dengan geng kompang kampung aku.
dan disambut oleh pengantin perempuan

masuk rumah untuk bersanding pulak...

pastu makan beradap..



sambung lagi...

15 December 2010

my sister's wedding - part 2

hari yang dinantikan pun tiba. awal2 lagi mak aku dah kejutkan semua orang dalam rumah. rupa2nya kat luar dah ramai orang yang datang. yang lelaki mula sibuk memasak di bahagian belakang. yang perempuan pulak tengah prepare bahan2 masak. aku pulak mak aku suruh pegi beli kuih muih untuk breakfast memandangkan orang ramai so yang kami prepare dari awal x mencukupi. zass aku dan hubby pegi beli kuih2. adik2 pulak bersilat dalam rumah mengemas itu ini. ni few gambar sekitar majlis:

the pelamin

meja makan pengantin


bilik

suasana kat luar rumah

waktu ni masih pagi lagi. sebab belum boleh makan, kami adik beradik amik kesempatan bergambar dulu. nanti dah ramai yang datang susah pulak nak bergambar.

us 8 beradik with partners

dah boleh makan..

menu of the day

kita sambung lagi.. :)

14 December 2010

my sister's wedding - part 1

i've been busy last week for my sister's wedding. penat tak terkata. kenduri on saturday but dari hari selasa lagi aku dah balik kg. bos pun bagi green light. tolong mak ke hulu ke hilir beli barang itu ini. adik2 lain x dapat balik awal kerana tuntutan kerja. they only coming back on friday. gila kentang banyak sungguh kerja yang nak dibuat sebelum kenduri. i really exausted but also excited. mujur sedara mara yang duduk berdekatan datang menolong. alhamdulillah. this is a few picture before the wedding - the preparation:


masa ni bz menyiapkan bunga telur dan goodies bag. ini turn adik2 dan sepupu2 pulak buat sebab aku dah setengah pengsan kukus telur beratus2 tu kat dapur sorang2 dari pagi sebab diorang belum sampai lagi pagi tu. lepas lunch barulah diorang sampai. sepupu2 pun dah ramai yang datang. haruslah cepat2 aku bagi tugas kat diorang pulak. ramai2 buat, sambil2 buat lawak, cepat jer banyak yang siap. mak ngan abah aku memang x tengok dah apa dah jadi dalam rumah. geng senior semua bz kat luar rumah. nanti kita sambung lagi yer.

06 December 2010

movie review: rapunzel

korang dah tengok rapunzel? kalau belum, aku syorkan korang pergilah tengok. sebuah cerita yang sangat menarik, segar dan melucukan. gamat panggung dengan ketawa sepanjang tayangan terutama apabila ada scene yang melibatkan sesumpah hijau bernama pascal iaitu binatang peliharaan rapunzel dan seekor kuda istana yang bernama maximus. walaupun kedua-dua haiwan ini sebenarnya tidak boleh bercakap tetapi dari kelakuan dan perbuatan mereka sangat melucukan. hero dalam cerita ini ialah seorang pencuri yang bernama flynn rider atau namanya yang sebenar eugene fitzherbert. flynn terjumpa menara rapunzel secara tidak sengaja sewaktu dia sedang cuba melarikan diri dari dikejar oleh kuda istana iaitu maximus selepas dia mencuri sebuah tiara dari istana. rapunzel menggunakan suara artis terkenal hollywood iaitu mandy moore yang juga menyanyikan banyak lagu untuk filem ini. untuk sinopsis penuh mengenai filem ini bolehlah dibaca di http://en.wikipedia.org/wiki/Rapunzel_(film) yer.. durasi filem ini ialah 2 jam termasuk iklan sebelum filem ditayangkan. dari 5 bintang, aku bagi 3 1/2 bintang.