Be My Friend :)

24 December 2010

sambung belajar: susah ke senang?

aku sambung belajar balik dari tahun 2006. sekarang ni aku dah masuk ke semester terakhir sebelum mendapatkan segulung ijazah macam dalam gambar sebelah. ada kawan yang tanya aku: susah tak nak sambung belajar balik bila umur makin meningkat, bila tanggungjawab lain makin bertambah ni? (means: dah kawin, ada anak, kerja lagi). jawapan aku: memang susah. nak pulak sambung belajar secara jarak jauh (pjj) nih. kenapa susah? yer lah. banyak benda nak kena fikir selain dari belajar. bukan macam adik2 yang lepas spm terus sambung belajar. xde banyak sangat benda nak fikir macam makcik2 nih kan. kita ni banyak benda nak kena settle. kat ofis, kat rumah lagi. tapi semua halangan ni berbalik pada diri sendiri jugak. kenapa aku cakap macam tu? sebab bak kata pepatah melayu la.. "nak seribu daya". betul tak?
-----
ada banyak sebab yang menyebabkan kita akan terfikir nak sambung belajar. misalnya, ada yang sambung belajar sebab susah nak cari kerja, atau sebab keluarga suruh sambung belajar, atau nak cari kerja lain yang lebih baik, atau saja2 nak sambung belajar (pun ada), atau apa jualah sebab. pada aku pulak, aku sambung belajar ni balik sebab cita2 yang belum tercapai (ni salah satu sebablah). dulu lepas habis buat diploma, x boleh nak terus sambung buat ijazah kerana keadaan. masa tu cuma terfikir nak cari kerja cepat2 je. nak tolong mak sebab masa tu adik2 kecil lagi. turn adik2 pulak nak sambung belajar. lepas dapat kerja tetap dan habis bayar loan belajar dari yayasan perak, dah nak kawin pulak (dah jodoh.. hehehe). pastu bila dah ada anak, teruslah lagi jauh melupakan cita2 nak ambik ijazah tu. tetiba awal tahun 2006, teringat balik niat tu dan bila satu hari tu aku jumpa balik kawan lama aku yang datang interview kat bangunan yang sama dengan tempat kerja aku, semangat tu jadi berkobar2 pulak. kata kawan aku tu: "hang tak terfikir ke nak ambik ijazah mar? hang sambung la.. umur pun muda lagi. takkan nak pencen dengan jawatan sekarang ni kot?". katanya. kata2 dia ni buat aku terdiam seharian kat ofis. fikir punya fikir, terus laju jer buat survey kat internet. kursus apa, kos, kat mana nak ambil, bla bla bla. seminggu aku survey jer kerjanya. tapi diam2 jer. x bagitau orang. lepas tu senyap2 gak isi borang online. sebab fikir belum tentu dapat lagi so x payahlah nak kecoh2. kang malu pulak aku. sekali betul2 dapat tawaran buat ijazah. eh! biar betul nih. dah fikir macam ni pulak aku. satu masalah lain timbul. macam mana nak cakap ngan orang terdekat tentang ni? setuju ke dia? boleh ke? dan boleh ke aku buat nih? suspen jer.. kita sambung lagi.. :)

No comments: