Be My Friend :)

27 December 2010

sambung belajar: susah ke senang (part2)

akhirnya aku daftar jugak untuk sambung belajar nih. walaupun pada peringkat awalnya, sokongan dari orang2 terdekat adalah tidak seperti yang diharapkan. bukanlah diorang ni menghalang cuma boleh dikatakan sokongan tu tidak menggalakkan. tapi aku ni degil, keras hati dan kuat semangat jugak. sebab kalau aku x cuba, macam mana aku nak tau aku boleh buat atau tidak kan? kalau nak berputus asa sekalipun, kenalah usaha dulu. betul tak?
....
bila dah start belajar, hati kena kuat sebab banyak lagi masalah akan timbul. belajar jarak jauh ni bukan macam belajar fulltime. pada aku belajar jarak jauh ni = belajar sendiri. memanglah pegi kelas. tapi kelas pun, paling kerap 4 kali sebulan jer. itupun, satu hari kelas tu divided by 4 class = 2 hours for 1 subject. only. buku kena cari sendiri. lecturer cuma bagi tajuk buku jer. ada la jugak lecturer yang tolong dapatkan buku tu dari supplier. tapi kebanyakkan lecturer cuma bagi tajuk buku jer so student kena carilah sendiri kat mana2 dan macam mana nak dapatkan buku tu. nota pun kena buat sendiri. selalunya lecturer akan kata, nota yang dia ajar dalam kelas tu nota dia, so dia xkan bagi copy kat student. seksa betul. selalunya start jer semester baru, lecturer akan bagi siap2 tajuk2 assignment yang nak kena buat beserta dengan dateline bila kena hantar. boleh kata tiap2 kali ada kelas kena hantar assignment atau buat presentation atau ada test/quiz. macam kat uitm, kebanyakkan subjek dalam bahasa inggeris. kat U lain pun mungkin sama gak.
.....
classmate pun satu hal juga. maklumlah belajar part time macam ni, banyak perbezaannya. umur dah tentu2 x sebaya. dari 20'an hinggalah 50'an. masing2 dah kerja pulak tuh. susah ok nak cari yang betul2 boleh ngam dengan kita. sebab tiap2 subject selalunya ada group project/assignment. kalau dapat partner atau group member yang x ngam, susahlah nak buat kerja. masalah utamanya ialah masing2 duduk berjauhan. nak bincang face to face memanglah susah kecuali time ada kelas jer. yang lain tu kenalah guna telefon dan emel. macam aku, sepanjang 4 tahun yang lepas, nak buat group assignment ni memanglah bab yang paling aku x suka. dalam kelas aku, aku sorang jer dari penang. yang lain banyak yang area kl, selangor atau seremban. nak bincang selalu tu memang xlah. jadi untuk selesaikan masalah, selalunya masa kelas dah bahagi siap2 bahagian masing2 yang kena buat. pastu follow up thru email or calls. atau kalau susah sangat nak dapat feedback atau kerjasama, aku buat jer dari a-z assignment tu sorang2 dan bubuh jer nama ahli lain. sebab aku xnak nanti, tetiba last minit assignment tu x siap dan akan jejaskan markah aku gak. dari nak berkira sangat, betterlah aku buat jer sorang2 dan hantar gak before/on dateline.
.....
sepanjang 4 tahun ni, pernah jugak aku terfikir untuk give-up. bukan apa, kadang2 tu x terkejar jugak dateline untuk assignment2 semua nih. masalah kewangan jugak. sebab aku pun travel jauh nak ke kelas dari penang-shah alam-penang. naik bas sorang2 (5 jam pegi, 5 jam balik). fuhh! sangat boring. ada jugak kadang2 travel by car bawak family jugak. tapi x selalulah. kos sangat tinggi. naik bas pun kos dah tinggi apatah lagi kalau bawak kereta. dahlah yuran awal semester mesti lebih dari rm1k, nak beli buku2 lagi (buku sangat mahal). kesimpulannya, memang pokai la aku. mujurlah ada adik2 kat kl tempat menumpang teduh (manja). bolehlah jugak lepak kat rumah diorang tiap kali aku ada kelas. thanks sis.
.....
subject2 dalam course yang aku ambil tu pun susah2. yer la.. aku ni bukanlah scorer. sepanjang 4 tahun lepas ni, ada subject yang ok, ada yang sekadar cukup makan dan ada jugak yang kantoi. normallah tuh. kat rumah pun bukannya selalu aku ada masa nak belajar. maklumlah bila dah kerja dan berkeluarga nih, banyak betul benda2 lain yang nak kena buat juga. balik kerja dah tentu2 penat. hal di rumah lagi. tapi tiap kali bila aku rasa sangat x larat dan nak berputus asa, aku akan ingat sorang classmate aku ni. dari sem satu lagi aku dah geng ngan dia. sampailah sekarang nih masih partner dengan dia untuk buat group project. aku ingatkan diri aku, kalau aku give up, aku akan malu dengan dia. sebab apa? sebab akak ni, dah 50'an tau umur dia. lagi 2-3 tahun dah nak pencen pun. kalau kita rasa umur 30'an ni, otak kita lambat dah nak digest subject2 susah ni tapi dia yang 50'an ni pun boleh buat. x ke malu namanya kalau kita kata kita x boleh? tambah2 bila kita tau, dia pun ada masalah peribadi malah lebih banyak dan lebih berat dari masalah kita. sebab itulah aku selalu jadikan dia idola aku. kalau dia boleh buat, xkan aku yang lebih muda dari dia malah sebaya dengan umur anak dia ni x boleh buat pulak. betul tak?
....
belajar pjj ni sangat mencabar. tambah2 lagi bila kosnya kita sendiri yang tanggung dan terpaksa berulang alik jauh2 nak ke kelas. banyak jer alasan untuk buat kita berhenti. tapi aku selalu ingatkan diri aku sendiri yang aku mesti kuatkan semangat. ini cita2 aku. kalau aku x habiskan, sia2 ajelah usaha aku selama ini. aku nak jugak merasa family aku tengok masa aku konvo nanti. teringin jugak nak dapat jambangan bunga yang besar masa konvo tu. sebab masa aku konvo lepas habis buat diploma dulu, family aku x dapat tengok aku konvo sebab keadaan yang tidak mengizinkan. iyerlah.. dahlah jauh di port dickson nun, adik2 pun kecil dan masalah kewangan juga. masa tu sangat sedih bila xde sapa yang tengok aku terima diploma selain dari kawan2. apatah lagi tengok kawan2 seronok bergambar dengan family masing2.. dapat bunga.. tapi aku sorang2 jer. memang sangat sedih. sebab tu aku bertekad.. aku mesti habiskan ijazah aku ni. kali ni, mesti nak mak aku tengok aku konvo dengan family yang lain jugak. dan siap request kat family aku soh bagi bunga kat aku nanti.. kalau x bagi sure aku sentap! hahaha..
....
so moral of the story ialah sebenarnya kita boleh buat sesuatu tu kalau kita betul2 nak. halangan tu pasti kita boleh tempuh selagi kita yakin yang apa yang kita buat tu betul dan mesti kuat semangat. to my family and friends yang sentiasa menyokong aku selama ini.. thanks yer.. i really appreciate it!

No comments: