Be My Friend :)

06 December 2010

movie review: rapunzel

korang dah tengok rapunzel? kalau belum, aku syorkan korang pergilah tengok. sebuah cerita yang sangat menarik, segar dan melucukan. gamat panggung dengan ketawa sepanjang tayangan terutama apabila ada scene yang melibatkan sesumpah hijau bernama pascal iaitu binatang peliharaan rapunzel dan seekor kuda istana yang bernama maximus. walaupun kedua-dua haiwan ini sebenarnya tidak boleh bercakap tetapi dari kelakuan dan perbuatan mereka sangat melucukan. hero dalam cerita ini ialah seorang pencuri yang bernama flynn rider atau namanya yang sebenar eugene fitzherbert. flynn terjumpa menara rapunzel secara tidak sengaja sewaktu dia sedang cuba melarikan diri dari dikejar oleh kuda istana iaitu maximus selepas dia mencuri sebuah tiara dari istana. rapunzel menggunakan suara artis terkenal hollywood iaitu mandy moore yang juga menyanyikan banyak lagu untuk filem ini. untuk sinopsis penuh mengenai filem ini bolehlah dibaca di http://en.wikipedia.org/wiki/Rapunzel_(film) yer.. durasi filem ini ialah 2 jam termasuk iklan sebelum filem ditayangkan. dari 5 bintang, aku bagi 3 1/2 bintang.

No comments: