Be My Friend :)

27 December 2010

movie review: gulliver's travels

dah tengok citer ni? movie ni tengah tayang kat panggung. kalau belum tengok dan rasa2 nak tengok atau tengah bercadang nak tengok, aku syorkan xyah la. hehe.. citer dia x best pun. nampak jer macam best. aku pegi tengok malam jumaat lepas. kalau tengok trailer dia, memang terpengaruh sungguh nak pegi tengok movie ni. yer la, dikatakan movie ni live-action family-comedy adventure film tu.. (walaupun..). ianya menceritakan tentang joe black yang berlakon sebagai gulliver, secara x sengaja ditarik ke dunia lain masa dia sedang travel dengan menaiki bot untuk buat artikel tentang tempat2 menarik untuk magazine tempat dia kerja. masa dalam bot tu dia tertido. jaga2 jer tengah ribut dan bot dia tertarik masuk dalam puting beliung sampai dia terdampar di sebuah pulau yang rakyat2nya kecik2 macam semut yang dinamakan pulau lilliput. the rest boleh baca di http://en.wikipedia.org/wiki/Gulliver%27s_Travels_(2010_film) yer.

movie ni banyak menggunakan kesan khas. of course la kan. dah citer pun fantasy. aku fahamlah memang of course la banyak benda yang x logik dalam citer nih. tapi sangat melampau ok! ada pulak rakyat pulau lilliput yang kenit2 ni, sebab respect sangat kat gulliver ni, diorang binakan rumah khas untuk gulliver lengkap dengan peralatan rumah yang moden pulak tuh. padahal negara diorang ala2 era zaman dulu je pun. dan aksi yang paling ntahapa2 ialah scene masa gulliver ni, padam kebakaran kat istana lilliput dengan air kencing dia. isk..isk..isk..sungguh x senonoh gulliver nih! so dari 5 bintang aku bagi 2 bintang yer. kalau korang nak tengok jugak, silakanlah. mana tau aku jer rasa x best, tapi korang rasa best kan? hehe..

No comments: